Sunway Pyramid memulakan pengembaraan eksotik sempena Aidilfitri ini menerusi pengalaman membeli-belah unik dikelilingi seni, kraftangan dan budaya berwarna-warni Empayar Uthmaniyyah.
Bermula 19 Julai lalu hingga 18 Ogos depan, ruang legar utama aras LG1 kompleks beli-belah berkenaan membawakan pengunjung elemen serta pengaruh dari timur dan barat merangkumi kepelbagaian etnik Turki.
Dengan konsep `The Realms of Raya in Sunway Pyramid', pengunjung bakal menikmati sambutan meriah meliputi bazar mini mewah, barangan penebusan koleksi raya yang mempesonakan, sampul duit raya eksklusif, hidangan Turki dan 'dondurma', tarian dan persembahan Turki serta peluang memenangi percutian menarik ke negara timur tengah untuk dua orang.
Menurut Pengurus Besar Pemasaran Sunway Pyramid Phang Sau Lian, konsep itu cuba menampilkan perbezaan seni dan budaya Turki dalam mewujudkan kesan harmoni untuk menggabungkan segalanya bagi merayakan Aidilfitri.
"Bazar mini mewah pula sudah tentu menambah keterujaan membeli-belah dalam suasana berbeza dalam kalangan pengunjung, sekali gus menyempurnakan pencarian fesyen, barangan kecantikan, hiasan dan banyak lagi keperluan raya yang memberi lebih pilihan kepada mereka," katanya.
Bazar berkenaan akan memfokuskan konsep Turki yang menjual pelbagai barangan khususnya fesyen raya yang cukup bergaya termasuk baju kebaya, baju kurung, baju Melayu, kaftan dan songket.
Lokasi beberapa kedai ternama di sekitarnya seperti Laura Mercier, Crabtree & Evelyn, Rimba, Cold Storage dan Famous Amos menambah keriuhan suasana bazar mini mewah berkenaan.
Satu elemen paling menarik daripada seni hiasan Turki ini adalah manik `Evil Eye' iaitu azimat berbentuk mata yang cukup terkenal di Turki sebagai `Nazar'.
Nazar sering dipakai dipercayai untuk melindungi diri dari tenaga jahat dan negatif. Ia biasanya kaca buatan tangan dalam bentuk bulat atau titisan air mata dalam warna biru gelap, putih, biru cerah, hitam, malah kuning atau emas menyerlah.
Untuk menambah sedikit 'kemanisan' di kompleks beli-belah berkenaan, Sunway Pyramid juga membawakan hidangan terkenal Turki dan 'dondurma' - ais krim Turki yang dihidangkan dengan gaya.
Turk Samet Aksoz bakal mengadakan persembahan untuk menghasilkan ais krim di ruang legar sama itu untuk dinikmati pembeli.
Tekstur elastik dan melekit serta rintangan untuk lebur membuatkan dondurma menjadi `kegembiraan' untuk makan apabila lambungan blok ais krim dan bertukar kon tidak pernah menjatuhkan ais krim terbabit.
Raya bertambah meriah dengan kewujudan Sofia Iman di kompleks terbabit, salah satu daripada pengeluar songket dan baju Melayu terkemuka di Malaysia.
Komited untuk mengekalkan warisan dengan songket, baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya, Sofia Iman menawarkan koleksi reka bentuk yang luas berdasarkan tradisi gaya eksklusif dengan songket buatan tangan berkualiti tinggi serta pilihan fabrik sangat baik.
Pengembaraan beli-belah yang unik diteruskan dengan usaha untuk mencari hadiah sempurna sempena Aidilfitri. Bawa pulang hadiah dan cenderamata yang mempesona dari kedai Arabian Nights dan Arabian Oud yang menawarkan kristal cerah serta bungaan Lavieflo untuk menceriakan raya anda.
Lebih 890 kedai di kompleks beli-belah ini membabitkan empat presint berlainan iaitu Fashion Central, Oasis Boulevard, Marrakesh dan Asian Avenue mengikut pilihan gaya fesyen pilihan masing-masing.
Dalam pada itu, penebusan barangan koleksi raya yang mempesonakan di Sunway Pyramid menawarkan hadiah berupa sepasang mangkuk seramik cat tangan berinsipirasikan Turki dalam pelbagai warna untuk setiap pembelian RM600 dengan maksimum gabungan tiga resit atau RM500 untuk pemegang kad HSBC.
Pembeli juga boleh mengumpul set eksklusif peket raya apabila membelanjakan RM150 dalam satu resit atau RM100 untuk pemegang kad HSBC.
Memandangkan promosi Jualan Mega juga seiring 'Realms of Raya in Sunway Pyramid' mulai sekarang sehingga 1 September depan, pembeli berpeluang memenangi hadiah hebat apabila membelanjakan RM250 dalam satu resit atau RM150 bagi pemegang kad HSBC berupa percutian ke Turki dan lebih RM100,000 hadiah & baucar beli-belah lain.
Untuk sesi berbuka puasa, bangkitkan selera anda dengan tawaran di beberapa restoran menarik antaranya Simply Penang atau rasa antarabangsa seperti Thai Thai, Tarbush, Ole-Ole Bali atau Dubu Dubu yang baru dibuka yang menawarkan makanan halal Korea untuk kenikmatan anda berbuka puasa.
Anda juga boleh memilih untuk sesuatu yang lebih ringan dengan pelbagai jenis ban, roti, sandwich dan makanan ringan di The Loaf, Komugi atau Bread Story.
Pada tahun ini, Sunway Pyramid membawakan video 'Salam From the Heart' yang cuba mengingatkan pengunjung mengenai erti sebenar serta matlamat salam.
Salam bukan hanya sentuhan tangan dua insan sebaliknya ia lebih daripada itu. Menerusi komersial pendek yang ditayangkan sepanjang hari di kompleks berkenaan, ia diharap mampu menyampaikan mesej utama dalam menjadikan salam sebagai amalan seharian.