Clixster Mobile Sdn Bhd (CMSB) mendekati golongan kurang bernasib baik di empat rumah kebajikan menerusi `Program Mesra Amal Ramadan Clixster Prihatin'.
Pengendali rangkaian talian mudah alih maya terbaru negara itu memulakan program dengan singgah di Rumah Anak Yatim Shifa di Gombak, diikuti Rumah Perlindungan Al Nasuha dan Kem Modal Insan Kewaja di Batu Caves dan Rumah Titian Kasih di Titiwangsa.
Sumbangan disampaikan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan harian seperti beras, air minuman kotak dan biskut.
Pengarahnya, Azrinaz Mazhar Hakim, berkata program itu bertujuan meringankan beban golongan kurang bernasib baik selain menceriakan mereka sepanjang menjalani ibadat dalam bulan puasa dan persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal.
Katanya, pihaknya memperuntukkan kirakira RM40,000 bagi tujuan amal itu, tahun ini.
"Program kemasyarakatan ini dirancang sejak dua bulan lalu dan ia adalah agenda utama kami pada Ramadan. Ia diharap dapat memberi sedikit sinar ceria kepada anak yatim yang menginap di asrama di sini," katanya yang ditemui ketika melawat Rumah Anak Yatim Shifa di sini, kelmarin.
Turut mengikuti lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif CMSB, Noor Azlan Khamis, pihak pengurusannya dan barisan artis terkenal seperti Fazli Zainal, Ayu OIAM, Maya Matahari, Ani Mahyuni dan Aidil Abu Ghaffar.
Noor Azlan pula berharap program seumpama itu akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi kebaikan seluruh masyarakat selain merapatkan hubungan sesama Islam.
Mengenai CMSB, beliau berkata, Clixster adalah jenama talian telefon mudah alih 3G dan 4G prabayar terbaru yang memasuki pasaran industri telekomunikasi tempatan dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA), pada 2012.
"Setiap pengguna Clixster yang menggunakan perkhidmatan kami secara tidak langsung menyumbang satu sen kepada tabung `infaq' untuk tujuan amal. Hasil kutipan tabung itu kami salurkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan," katanya.