Tubuh langsing idaman setiap lelaki dan wanita tidak kira bangsa. Namun, gaya hidup moden menerusi amalan pemakanan tidak seimbang serta lebih gemar makanan ringan menyebabkan usaha mendapatkan tubuh langsing menjadi sukar.
Kesibukan hidup terutama di bandar besar termasuk bebanan kerja setiap hari dikatakan menyumbang kepada kenaikan berat badan disebabkan kekangan masa untuk menjalani aktiviti beriadah.
Statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan kadar kegemukan di kalangan rakyat negara ini semakin meningkat, iaitu daripada 20 peratus kepada 39 peratus sejak tujuh tahun lalu.
Menurut statistik berkenaan, setiap satu daripada lima orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti dengan 7.9 peratus daripada penduduk yang mengalami berat badan berlebihan terdiri daripada wanita manakala 4.7 peratus lagi lelaki.
Memahami keadaan itu di samping kajian teliti selama beberapa tahun, Himalaya Herbal Healthcare (Himalaya) edaran Embun Elit Sdn Bhd, menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Ayurslim mulai 22 Januari lalu.
Kempen sepanjang tahun itu mensasarkan pengguna terdiri daripada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami masalah obesiti, dalam usaha memerangi kegemukan yang membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
Ketua Pegawai Operasi Embun Elit Sdn Bhd, Marcel Gan, berkata masalah obesiti semakin serius dan meningkat tiga kali ganda di negara ini.
Jika tidak dirawat, katanya, masalah kegemukan boleh menyebabkan penyakit lain antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, sakit jantung dan barah.
"Kempen yang dijalankan menawarkan kiraan indeks jisim tubuh (BMI) secara percuma selain sesi penilaian kesihatan secara peribadi dengan pakar nutrisi.
"Kami turut memberikan sampel Ayurslim secara percuma kepada pelanggan bagi menilai sendiri kesan perubatan menerusi penggunaan herba tradisional," katanya di Plaza Gurney, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Menurutnya, jika pengambilan Ayurslim diamalkan secara berdisiplin termasuk penjagaan makanan dan senaman secara konsisten, produk berkenaan mampu menunjukkan hasilnya dalam tempoh sebulan.
Melalui kempen kesedaran itu, Himalaya mempromosi produk pelangsingan badan secara semula jadi menggunakan herba terpilih berasal dari India, Ayurslim.
Ayurslim yang diperkenalkan sejak lebih 10 tahun lalu di pasaran antarabangsa, menggunakan bahan semula jadi terdiri daripada lima jenis herba yang bergabung untuk memberikan kesan menurunkan berat badan.
Lima bahan aktif yang terkandung dalam kapsul Ayurslim adalah garcinia cambogia, commiphora wightii, gymnema sylvestre, erminalia chebula dan trigonella foenum-graecum.
Gabungan lima bahan itu membantu untuk memecahkan lemak, mengurangkan kolesterol tidak baik, mengurangkan paras gula, menyingkirkan toksin dari badan dan mengurangkan berat.
Ia dijual pada harga RM44.90 bagi setiap botol berisi 60 kapsul. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.himalayahealthcare.com.