Chic & Glam, Clarins

CLARINS memperkenalkan palet solekan terbaru, Chic & Glam, yang direka khas untuk memberi lebih pilihan dan kemudahan kepada wanita.


Palet alat solekan berkenaan hadir dalam tiga rona bekas menarik iaitu emas, kelabu serta hitam dan setiap satunya mempunyai tiga pewarna mata, dua pelembap bibir, satu maskara dan satu bedak asas.


Selain itu, bekas palet itu turut didatangkan bersama span, berus mata serta berus bibir dan cermin untuk kemudahan pemiliknya.

Ia sudah berada di pasaran dan boleh didapati pada harga RM175 setiap satu.