Restoran Al-Jazeerah



Restoran Al-Jazeerah sedia pelbagai hidangan Asia Barat ubati rindu pelanggan yang pernah ke Tanah Suci

Dari pandangan luar, Restoran Al-Jazeerah saling tidak ubah seperti kedai makan biasa malah menurut pemiliknya, Wadhah Haitham Ali Thabet yang berasal dari Yaman, lokasi restoran yang menyajikan hidangan dari Asia Barat itu agak tersorok menyebabkan ramai tidak menyedari kewujudannya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang gemar mencuba dan pernah berkunjung ke Restoran Al-Jazeerah, cubaan kali pertama pastinya tidak akan berakhir tanpa kunjungan seterusnya.

Kata Wadhah, kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke restorannya adalah mereka yang pernah ke Tanah Suci Makkah dan merindui masakan Arab antaranya mendi, iaitu sejenis makanan tradisional Yaman berasaskan nasi dan daging ayam atau kambing yang dimasak di dalam tanah.

Tetapi, atas faktor keselamatan dan kesukaran untuk mendapatkan sebuah premis tersedia dengan dapur di dalam tanah, pemilik Al-Jazeerah menggantikan kaedah masakan tersendiri dengan jaminan, rasanya tetap kekal sama.

“Untungnya, kami mempunyai chef yang sememangnya didatangkan khas dari sana, malah kehebatan mereka mengadun masakan Arab memang diakui pengunjung setia Al-Jazeerah sehinggakan ramai yang memuji keenakan rasa air tangan chef kami,” katanya sambil diakui isteri tercinta, Farah Mohamed Noor.

Melangkah masuk ke Restoran Al-Jazeerah yang diambil daripada perkataan Jazeerah, bermaksud sebuah pulau, penataan gaya dan hiasan dalamnya yang ringkas, tetapi dilengkapi kain sulaman tradisional Arab berjaya mencetus suasana Timur Tengah.

Menurut pemilik kedai, tidak lengkap kunjungan ke Al-Jazeerah jika tidak dihidangkan dengan jus buah campuran yang berasaskan buah mangga dan pisang segar.

Benar seperti dikata, menikmati jus mangga dan pisang tanpa campuran ais begitu terasa, malah nikmatnya memang sukar dilupai kerana gandingan rasa pisang yang bersatu dengan mangga memang serasi.

Kemudian satu persatu hidangan yang menjadi kegemaran warga Asia Barat disajikan untuk dirasa antaranya mendi, matby (daging ayam atau kambing bersos barbeku), kebab bersos lada hitam, fatoush (salad dan daging), hummus (pencuci mulut daripada kacang kuda), gambri (udang goreng bersos) dan pelbagai lagi hidangan yang memenuhi meja.

Kata Farah, kebanyakan rakyat tempatan yang datang ke Al-Jazeerah lebih suka menikmati hidangan berasaskan nasi, manakala pengunjung dari Iran atau Arab pula senang memilih menu daging atau ikan yang dipanggang.

“Bagaimanapun, setiap pengunjung yang memesan menu berat seperti nasi akan diberikan sup kosong dan cili jeruk Arab yang dipanggil shahawik secara percuma.

“Kami cuba membawa budaya Arab yang gemar bersedekah di sini dan kami sendiri puas melihat pengunjung gembira menikmati makanan yang dihidang, malah tidak terlalu memikirkan soal keuntungan,” katanya.

Ia memang diakui kerana di Restoran Al-Jazeerah, semua hidangan walaupun merangkumi menu lengkap nasi, sayur, daging atau ayam hanya dijual pada harga RM10 hingga RM17 saja.

Selain menyediakan hidangan melalui menu, Wadhah turut menawarkan khidmat katering seperti kenduri atau jamuan di pejabat.

“Hidangan istimewa kami semestinya kambing panggang yang dipanggil mahshi, iaitu seekor kambing yang diisi rempah ratus di dalam perut dan dipanggang sesuai untuk majlis aqiqah atau kahwin,” katanya mengakhiri perbualan petang itu.

INFO: Restoran Al-Jazeerah
Pemilik: Wadhah Haitham Ali Thabet
Konsep: Menu Asia Barat
Lokasi: CDB Perdana, Cyberjaya
Telefon: 03-83203320
Menu:
- Matby kambing RM15
- Matby ayam RM10
- Mendy kambing RM17
- Mendy ayam RM11
- Hummus RM5
- Kebab ayam RM15
- Shish tawook RM12
- Daging panggang campur RM20
- Fatoush RM6
- Arabic salad RM5

Sensuous Gold Estee Lauder


Gabungan rona lembut yang menyerlahkan lagi cahaya kelembutan dalaman seseorang wanita menjadi inti pati koleksi Sensuous Gold.

Solekan menggunakan koleksi warna itu dikatakan mampu menghasilkan kilauan hangat rona keemasan yang sememangnya tampak cantik dan berseri, sekali gus menyerlahkan keunikan wanita.

Koleksi rona yang diketengahkan jenama Estee Lauder itu dihasilkan daripada ilham wanita moden yang bukan saja berkeyakinan tinggi, malah mempunyai kekuatan, kehangatan serta sinar kewanitaan.

Menurut Naib Presiden Pembangunan Warna, Pembangunan Produk Global Estee Lauder, Tara Cohen, koleksi warna itu direka bagi membolehkan wanita hadir dalam solekan lembut yang bukan saja kelihatan sofistikated, tetapi turut menyerlahkan imej elegan dan sinar berkilauan.

"Koleksi berkenaan mampu memenuhi cita rasa wanita hari ini kerana ia mempunyai himpunan warna sama ada untuk tampil penuh kelembutan ataupun dengan solekan yang sarat dengan impak dramatik.

"Ia membolehkan wanita menyuai padan dengan pelbagai fesyen untuk menyerlahkan lagi penampilan dan gaya hidup menarik yang dimiliki," katanya.

Koleksi rona menarik berkenaan boleh didapati dalam tempoh terhad saja di kaunter jenama berkenaan di seluruh negara bermula pertengahan Oktober lalu.

Selain itu, bagi memberi kelainan dalam solekan, Tara turut berkongsi teknik solekan menggunakan beberapa produk terbaru daripada koleksi warna berkenaan.

Antara produk yang digunakan adalah bedak shimmer lima rona berkilauan untuk mata, pipi serta muka warna pic dan merah jambu (RM140), bedak Gilded Rose Marblezed edisi terhad (RM120), maskara Sumptuous hitam (RM 85), pembayang mata edisi terhad, Quad in Rose Gold (RM125), pensil mata rona gangsa (RM68), gincu bibir istimewa edisi terhad rona kulit kayu manis dan Terracotta (RM78) setiap satu, pengilat bibir edisi terhad rona Rose Gold (RM72) dan pewarna kuku edisi terhad Rose Gold (RM55)

Tip solekan daripada Tara:

# Untuk menampilkan solekan yang tampak feminin, lembut dan bercahaya, bedak asas hanya dipakai di kawasan yang diperlukan saja pada wajah.

# Untuk menghasilkan solekan mata yang cantik, sapukan pembayang mata rona lembut pada separuh kelopak mata sebelum menggunakan rona yang lebih terang.

# Bagi menyerlahkan kecantikan mata, jangan ketinggalan untuk membentuk garisan di garisan mata bawah serta atas menggunakan pensil mata.

# Akhiri solekan mata dengan memakai maskara di bulu mata bahagian atas saja.

# Jangan ketinggalan memakai pengilat bibir selepas menggunakan gincu kerana ia boleh menghasilkan rona yang lebih cantik dan berkilau.

# Akhir sekali, untuk memberi kesan lebih berkilau, sapukan bedak Gilded Rose Marbleized Shimmer di sekitar wajah.

Belajar Gitar Cara Pantas

Bukankah ianya menarik jika anda dapat memainkan apa sahaja lagu kegemaran anda menggunakan gitar dengan mudah?

Bayangkan situasi ini...

Anda mendengar lagu terbaru band atau artis kegemaran anda di radio dan anda pun berfikir "best jugak lagu ni..." anda pun segera mencapai gitar dan terus bermain lagu tersebut!

Tidakkah anda teringin untuk memiliki kemahiran sebegitu?

Mungkin juga anda berminat untuk menubuhkan band anda sendiri ataupun anda berhasrat untuk menulis lagu (untuk ditujukan kepada yang tersayang?).

Walau apa pun keinginan anda, kemahiran bermain gitar merupakan satu bakat yang sangat menarik untuk dimiliki.

Tak lupa juga ianya sangat cool (",)

Memperkenalkan......


Sesuai dengan namanya Pakej Lengkap Belajar Gitar Cara Pantas ini kami rekakan khas supaya anda dapat mahir bermain gitar dengan lebih cepat. Ditulis dalam bahasa melayu yang mudah, kini anda dapat bermain gitar melalui panduan langkah demi langkah (step-by-step) dengan pantas tanpa perlu ke kelas muzik dengan bayaran yang mahal.

Bayangkan dengan pakej ini anda dapat;

~Bermain kord dengan mudah tanpa mengira lagu
~ Melihat sendiri bagaimana anda dapat posisikan jari melalui penerangan bergambar supaya anda dapat menghasilkan kord dengan lebih senang
~ Belajar kord-kord asas yang membolehkan anda bermain apa sahaja lagu yang anda suka
~ Belajar latihan khas yang dapat membantu anda mahir bermain gitar 2 kali lebih cepat
~ Mengetahui beberapa kesalahan utama dalam permainan gitar agar anda dapat menguasai gitar dengan lebih pantas
~ Dapat menguatkan dan meningkatkan kepantasan jari melalui latih tubi
~ Mempelajari teknik strumming dan scaling dengan betul
~ Belajar cara untuk tune gitar anda sendiri
~ Dan banyak lagi!

Kami jamin, melalui panduan yang diberikan, dalam masa yang singkat anda akan dapat rasakan keseronokkan bermain gitar yang anda idamkan selama ini!

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini

Beaubelle - Pecah lemak guna laser

Beaubelle Worldwide Sdn Bhd (Beaubelle) memperkenalkan teknologi baru dalam dunia pelangsingan badan melalui mesin Power Shape.

Teknologi yang dibawa khas dari Korea itu menggabungkan tiga fungsi iaitu radio frekuensi, laser dan kaedah vakum bagi mempercepatkan proses pemecahan dengan cara mudah dan berkesan serta tidak mendatangkan kesakitan kepada penggunanya.

Pakar kecantikan, Reanne Thong, berkata mesin berkenaan juga membantu dalam proses pengedaran darah, mengurut serta pembuangan cecair dan toksin dalam badan dengan lebih berkesan.

Menurutnya, pengguna akan merasai sedikit kesan haba akibat penggunaan laser di kawasan tumpuan lemak kerana ia bertujuan mempercepatkan proses pembakaran lemak berkenaan.

Keadaan ini membuktikan ketiga-tiga fungsi terbabit saling berkaitan antara satu sama lain kerana selain memecahkan lemak, ia turut membantu memulihkan kulit kusam di samping melembutkan struktur kulit terbabit.

"Bagaimanapun, pengguna juga perlu memainkan peranan untuk mengekalkan keadaan itu dengan mengamalkan pemakanan seimbang serta sihat dan melakukan senaman secara berterusan.

"Jangan hanya mengharapkan bantuan mesin kerana jika tidak berusaha untuk menyeimbangkannya, kesan berkenaan akan hilang dalam sekelip mata saja," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan merangkap Pengarah Penjenamaan Beaubelle, Julius Lim berkata, sejak diperkenalkan kira-kira 10 tahun lalu, jenama itu dikatakan terus mengumpul pengguna setia kerana ia menggunakan bahan semula jadi.

"Sokongan daripada pengguna setia sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada Beaubelle untuk meluaskan pasaran kerana produk ini dapat membantu menyerlahkan keyakinan diri si pemakainya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan keenam spa Beaubelle Skin & Body Care di pusat beli-belah terkemuka IOI Mall, Puchong, Selangor baru-baru ini.

Hingga kini, terdapat lebih 200 produk di bawah jenama Beaubelle termasuk produk perawatan wajah dan tubuh, serta minuman kesihatan.

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Be Gorgeous Watsons

Khasiat susu lebah



Royal jelly sering menjadi bahan utama dalam kosmetik dan perubatan kerana ia dikatakan membantu memulihkan luka serta bertindak sebagai antibiotik dan antiradang.

Ia dikatakan antara nutrien paling berkuasa pernah ditemui daripada alam semula jadi kerana mengandungi asid amino, niasin, asid folik serta vitamin A, B1, B2, B6, C, D dan E.

Dikenali sebagai 'susu lebah', cecair putih likat yang dihasilkan oleh lebah pekerja, royal jelly menjadi sumber makanan utama ratu lebah.

Disebabkan sumber nutrien yang tinggi, ratu lebah berupaya hidup 40 kali lebih lama dan 50 peratus lebih besar berbanding lebah pekerja.

Justeru, nutrien mewah dalam royal jelly itu menjadi antara bahan penting dalam dunia kosmetik kerana dapat membantu memperbaiki tekstur kulit agar lebih lembut, muda dan berseri.

Atas faktor itu, Watsons kini muncul dengan rangkaian penjagaan tubuh Be Gorgeous yang direka khusus untuk keperluan kulit pengguna, di samping meninggalkan kesan nyaman secara keseluruhannya.

Be Gorgeous menampilkan enam produk iaitu krim mandian, lulur badan, losen tubuh, salap bibir, krim tangan dan kuku serta bahan mentega tubuh yang bertindak jauh ke dalam kulit untuk lembapan tambahan bagi kulit kering.

Krim mandiannya menyegarkan dan membuang kekotoran pada tubuh secara lembut, di samping menghidrat kulit manakala lulur mengandungi benih aprikot yang berfungsi menyental kulit mati.

Losen tubuh pula dirumus dengan formula lembapan yang lebih mudah diserap kulit, berbeza dengan krim tangan dan kuku yang bertindak sebagai antipenuaan dengan meningkatkan perkembangan sel baru.

Sementara itu, salap bibir membantu mengelakkan bibir kering dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Ebook Panduan Cinta Untuk Wanita



Ebook ini ditulis dan dicipta khas bagi wanita yang mahu mencari cinta, atau mahu mengenali cinta yang sebenarnya. Panduan Cinta ini penuh dengan strategi cinta yang terbukti berkesan, semata-mata untuk membantu awak melihat dan mencari sama ada seseorang lelaki itu sesuai menjadi pasangan awak.

Di dalam e-book ini, penulis iaitu Dr. Cinta akan menjelaskan kepada awak:

* Apakah sebenarnya cinta sehingga ramai manusia dahagakannya dan hebatkah cinta sehingga ramai orang rebah tanpannya?
* Mendedahkan 4 rahsia besar yang jarang pasangan bahagia dedahkan untuk mencari cinta sejati sehingga ke akhir hayat!
* Awak juga akan menyelami dan memahami lelaki yang bakal menjadi teman hidup awak dari segi naluri, kehendak, emosi dan perwatakkan!
* Apakah pakaian dan penampilan yang sangat sangat disukai oleh lelaki yang sebelum ini awak langsung tidak mengetahuinya! Supaya awak tidak kelihatan seperti Ugly Betty!
* Awak juga akan didedahkan dengan beberapa tempat yang sangat mudah untuk awak menemui bakal teman lelaki awak!

dan banyak lagi!


Panduan Cinta sesuai untuk sesiapa yang serius dalam mencari pasangan supaya bahagia bersama. Tersenyum, bergurau- senda, gelak bersama dan tenungan yang membuatkan hati awak membara dengan kehangatan cinta. Bukankah itu adalah idaman setiap insan bergelar wanita?

Teknik cinta moden!


Panduan Cinta ini juga mengandungi teknik mencari cinta yang moden dan bukannya pendedahan teknik cinta tahun 70-an. C'mon, kita sekarang di abad ke-21!

Trend tudung pasang siap


Ringkas dan menyenangkan namun tetap nampak menarik. Itulah gambaran bagi seorang wanita yang menggayakan tudung pasang siap. Sesuai untuk mereka ingin cepat dan sering mengejar masa, wanita boleh memilih tudung ini.

Ia hanya memerlukan kepakaran tidak sampai tiga minit untuk memakainya. Antara jenama yang memenuhi ciri-ciri tudung pasang siap ialah Sasuria Collections.

Sebagai ejen jualan rasmi Pearl Haya Hijabs di sekitar Lembah Klang, jenama ini mula beroperasi pada Mei lalu.

Sasuria merupakan gabungan nama keluarga pemilik perniagaan ini, Suraya Abdullah bersama suami, Sa-Said dan empat orang lagi anak mereka.

Menampilkan gaya kasual dan klasik, tudung pasang siap ini boleh dipilih berdasarkan tiga saiz, P1, P2, P3.Setiap jenis saiz ini mempunyai tiga bentuk muka yang berbeza seperti kecil (S), sederhana (M) dan besar (L).

Saiz P1

Saiz tudung yang paling singkat sekali. Sesuai untuk dipakai untuk bersiar-siar, bersukan dan melakukan aktiviti luar. Menjadi pilihan wanita muda dan juga kanak-kanak.

Saiz P2

Saiz tudung yang sederhana. Sesuai untuk dipakai untuk ke pejabat, majlis-majlis rasmi, ke kelas, seminar atau bersiar-siar. Saiz ini menjadi kegemaran kebanyakan wanita bekerjaya daripada semua peringkat umur.

Saiz P3

Tudung yang labuh sehingga menutupi bahagian dada . Pelbagai fesyen dapat dilakukan dengan saiz ini bersama dengan pin atau kerongsang mengikut fesyen yang dikehendaki. Sangat sesuai untuk wanita yang kreatif dengan fesyen tudung terkini dan juga untuk wanita di pertengahan umur.

Turbo 3G, DiGi Broadband Discover

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) memperkukuhkan kedudukan dalam arena capaian Internet mudah alih apabila memperkenalkan Turbo 3G, perkhidmatan capaian Internet 3G yang boleh dicapai menggunakan telefon bimbit bagi kawasan Lembah Klang.

Beberapa minggu sebelum ini, ia diperkenalkan Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, berkata 59 peratus kawasan Lembah Klang kini diliputi oleh rangkaian 3G DiGi iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak 44 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Kawasan liputan 3G DiGi kini meliputi 20 peratus di seluruh negara dan ia akan ditingkatkan sehingga 50 peratus menjelang akhir tahun depan. Dengan liputan signifikan di tiga kawasan utama ini, DiGi merancang untuk terus melebarkan sayap ke beberapa bandar utama lagi termasuk Ipoh, Johor Bahru dan Kuching mulai tahun depan," katanya.

"Sejajar dengan perluasan kawasan liputan itu, DiGi kini mampu menawarkan pelbagai kaedah mencapai Internet dan tidak terhad kepada pengguna notebook menerusi modem jalur lebar saja, malah ia kini mampu dicapai menggunakan telefon bimbit dan telefon pintar," katanya lagi.

Menurut Dennelind, DiGi yakin telah berjaya menempatkan diri pada kedudukan terbaik dalam segmen jalur lebar yang diterima baik oleh pelanggan.

"Dengan perkhidmatan baru yang boleh dicapai oleh pelbagai peranti lain ini, kami bertambah yakin bahawa DiGi berjaya membawa pengalaman Internet terbaik kepada mereka," katanya lagi.

Pada masa sama, DiGi memperkenalkan pelan DG BerrySmart untuk pelan pasca bayar Blackberry dengan yuran bulanan RM58 sebulan. Apabila digabungkan dengan pelan BlackBerry Unlimited, ia akan direbat 100 peratus selepas jumlah kegunaan suara, SMS dan MMS mencapai RM200 sebulan.

Antara perkhidmatan baru lain, ia termasuk Internet Unlimited Max 5 untuk pelanggan prabayar dengan capaian tanpa had menggunakan telefon bimbit pada kadar RM5 sehari.

Disediakan juga pelan Internet Unlimited Monthly 58 for DiGi Postpaid dan diberi belian berdiskaun sehingga 50 peratus untuk telefon HTC Dual atau percuma Nokia 2730.

DiGi Broadband Discover pada harga promosi RM48 sebulan dan BlackBerry Unlimited Plan dengan caj RM58 sebulan.

Koleksi Ebook Melayu


Panduan Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Tarikh Lahir
Rahsia Tarikh Lahir. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Memikat Wanita
Panduan Memikat Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Panduan Cinta Untuk Wanita
Panduan Cinta Untuk Wanita. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Sila klik sini

Rahsia Mudah Hamil
Rahsia Mudah Hamil. Sila klik sini

Penawar Konflik Rumahtangga
Penawar Konflik Rumahtangga. Sila klik sini

Panduan Mudah Hamil
Panduan Mudah Hamil. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Norton 2010 cegah pencuri siber


Pencuri 'online' hari ini tidak akan menghentikan kegiatan mereka menghilangkan duit dan menciplak identiti anda apatah lagi golongan ini kerap menggunakan perkakasan yang sofistikated untuk tujuan terbabit.

Vendor perisian keselamatan terkemuka, Symantec saja menghalang hampir 245 juta serangan berkod jahat 'malicious' setiap bulan sepanjang 2008 termasuk e-mel, laman web dan pengiklanan palsu.

Menyedari hakikat terbabit, Symantec menghasilkan perlindungan lebih terperinci pada produk terbaru mereka iaitu Norton 2010 yang mempunyai pendekatan unik menghalang kegiatan tidak bermoral dalam online.

Pengurus Pemasaran Produk Serantau Asia Pasifiknya, David Hall, memaklumkan syarikat itu memperkenalkan model keselamatan terkini dengan nama kod Quorum yang mengesan virus berdasarkan pergerakan tertentu.

"Quorum adalah senjata utama dalam perlindungan online kerana ia akan mengesan isyarat secara bersepadu mengenai kegiatan malware," katanya.

Menurut Hall, kegiatan malware pada masa kini menggunakan isyarat unik yang berubah dan ia memerlukan perlindungan secara sistematik dan bersepadu dalam usaha menangkisnya.

Sementara itu Naib Presiden Perniagaan Pengguna Asia Pasifik dan Jepun, David Freer, berkata jenayah siber kini mengatasi penyeludupan dadah sebagai jenayah paling menguntungkan.

"Setiap tiga saat, kita akan menyaksikan identiti dicuri. Kita perlu menyedari jenayah siber tidak sekadar menghancurkan komputer malah hidup masyarakat," katanya ketika pelancaran Norton 2010 yang turut dihadiri Ketua Perniagaan Symantec Asia Selatan, Effendy Ibrahim.

Norton 2010 merangkumi perlindungan AntiVirus 2010 dan Internet Security 2010 yang dijual pada harga RM139 dan RM179 untuk tiga komputer.

Oleh Afiq Hanif

Tertekan Dengan Masalah Rumahtangga?

Krisis atau masalah dalam hidup lebih-lebih lagi dalam alam rumahtangga pasti tidak akan pernah berakhir. Di sini saya kongsikan rahsia untuk menjadikan kepahitan yang anda rasai selama ini kepada suatu kemanisan dalam mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan…

Setiap penyakit ada ubat yang Tuhan turunkan begitu juga setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Lebih molek memohon kepada Tuhan agar memberi jalan keluar kepada setiap permasalahan dan berusaha, daripada berpecah-belah dan bercerai.

BAHAGIA DAN DUKA ITU RUPANYA PERMAINAN DIRI SENDIRI



Dan kini juga baru saya tahu rupa-rupanya segalanya adalah berpunca daripada diri saya sendiri. Saya sendiri yang mencipta dukalara dan tangisan itu. Bermakna, hanya saya sendiri yang boleh mencipta bahagia. Bahagia dalaman dan luaran.

Dulu, saya sering menuding jari kepada suami menyalahkan beliau atas segala konflik yang melanda. Saya sering nampak kekurangannya sedangkan kekurangan diri sendiri saya tidak akui.

Anda mungkin sering mengagumi pasangan romantik yang berjalan berpegangan tangan, dan berkata sendirian, “Alangkah bahagianya mereka, tapi aku…? Dah nasib badan..”

Ingatlah, setiap anugerah Tuhan itu adalah yang terbaik bagi anda, cuma terpulang pada anda menjadikannya baik atau sebaliknya.

Dengan menghayati segala panduan di dalam ebook ini, anda akan mengetahui hikmah dan ‘motif’ disebalik setiap kejadian yang menimpa. Segala persoalan yang bersarang di hati anda juga akan terjawab.

Jadi, adakah anda ingin terus dirundung kekecewaan dan kesedihan dengan keadaan mahligai anda itu? Anda boleh ‘menelan’ semuanya walaupun pahit jika anda mahu

INILAH YANG ANDA PERLUKAN SEKARANG!


"Rumahtanggaku Aroma Syurga"




Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Buku Motivasi - Rahsia Minda Hebat



Judul: Rahsia Minda Hebat
Penulis: Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood/ Muhammad Zakaria
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd (2009)
Harga: RM26 (Sabah dan Sarawak RM28)
Halaman: 176

Akal yang dikurniakan Allah kepada manusia begitu penting dan besar sekali kegunaannya untuk kehidupan di alam ini.

Menjadi kewajipan manusia untuk memelihara sebaiknya daripada kerosakan sama ada ia dirosakkan oleh faktor luaran mahupun dalaman diri manusia sendiri.

Di samping memelihara, manusia dituntut menyuburkan akal melalui kaedah perubatan, pemakanan, ibadah, riadah dan seumpamanya. Manusia turut dituntut supaya mencerdikkan akal dengan ilmu, pengalaman dan pemerhatian.

Buku ini memberi panduan dalam penjagaan kesihatan akal dan membina kecerdasannya menerusi pelbagai usaha serta ikhtiar.

Ia bagi membolehkannya menjadi benar-benar cerdik dan dapat digunakan untuk mengenali serta mentaati Allah SWT serta melaksanakan tanggungjawab selaku khalifah-Nya, mentadbir dan membangun dunia dengan Islam untuk kesejahteraan umat dan makhluk sejagat.

Antara topik menarik di dalam:


* Kejadian dan Keistimewaan Akal
* Mencerdaskan Minda Melalui Amalan Permakanan
* Mencerdaskan Akal Bayi
* Makanan Segera Mengancam Minda

Buku - Berapa Harga Segulung Ijazah


Universiti bukan jalan pintas untuk menempah kejayaan, bahkan ia juga bukan sebuah gedung ilmu yang boleh dibeli dengan wang ringgit untuk meraih segulung ijazah.

Hidup di alam kampus pula mengajar mahasiswa mengenai kesabaran dan kecekalan. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuhi ketika mengharungi pelbagai isu dan masalah di universiti.

Misalnya, keazaman tinggi untuk melakukan tugasan atau penyelidikan yang diarahkan pensyarah, ada kalanya diuji beberapa rintangan seperti masalah komputer, kewangan, komunikasi, percintaan dan pelbagai masalah lain.

Mahasiswa dan bakal mahasiswa boleh menjadikan buku ini sebagai persediaan mental dan emosi dalam menghadapi ujian yang datang ketika melangkah ke alam kampus. Tip daripada penulis tentu dapat memberi inspirasi kepada pembaca dalam proses menggenggam segulung ijazah.

Judul: Berapa Harga Segulung Ijazah
Penulis: Dr Kamariah Kamaruddin
Penerbit: Galeri Ilmu (2009)
Harga: RM20 (Sabah & Sarawak RM22)
Halaman: 222

PYOTravel.com - Portal Agensi Pelancongan


Agensi pelancongan dalam talian yang menawarkan pakej percutian tempah sendiri dengan pelbagai pilihan syarikat penerbangan, penginapan dan pelancongan pada kadar masa sebenar dengan pengesahan serta-merta kini boleh didapati di negara ini.

Menerusi PYOTravel.com, sesiapa sahaja boleh mengembara di seluruh dunia tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat agensi pelancongan untuk membuat tempahan. Ini kerana, anda boleh membuat tempahan dari rumah, pejabat atau di mana-mana sahaja dengan melayari laman web tersebut.

Selain menawarkan pakej percutian mengikut pilihan anda, ia juga menyediakan perkhidmatan penerbangan dan tempahan bilik hotel.

Pengurus Besar PYOTravel.com, Francis Chin, berkata, PYOTravel.com memberikan tawaran kembara bermutu tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Menurutnya, untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, PYOTravel.com telah merombak keseluruhan sistem untuk mengukuhkan keupayaan teknologi dan juga menambah baik perantaraan laman webnya.

"Kami telah membina sebuah landasan yang sangat interaktif dan struktur navigasi canggih yang membolehkan pelanggan menempah pakej penginapan dan percutian dari keselesaan rumah mereka," katanya kepada Kosmo! di Kuala Lumpur.

Dipacu oleh sistem operasi yang baru dan mantap serta sokongan kukuh daripada rangkaian rakan kembara yang luas, PYOTravel.com dapat menjamin kadar masa sebenar dan memberikan pengesahan serta-merta mengenai kekosongan bilik hotel, tiket penerbangan dan pakej percutian di seluruh dunia kepada pengembara.

MENERUSI laman web ini, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan pakej percutian impian di mana-mana sahaja anda berada. - Gambar hiasan

"Versi portal PYOTravel.com yang dinaik taraf ini memberikan kebebasan kepada pengembara untuk merancang pengembaraan mereka. Orang ramai mempunyai pilihan sehingga 10,000 hotel dan 1,000 pakej percutian dan pelbagai syarikat penerbangan utama di Asia Pasifik.

"Ia termasuk Malaysia Airlines, Cathay Pacific, Singapore Airlines, Qatar Airways, Thai Airways, China Airlines, Eva Air dan Air Asia," ujar Chin lagi.

FRANCIS CHIN (kanan) dan konsultan teknikal PYOTravel.com, Ernst van Oeveran menunjukkan laman web PYOTravel.com di Kuala Lumpur.

Di samping memberi pelanggan pengalaman pengurusan dan tempahan kembara yang mudah dan mesra pengguna, Chin yakin bahawa PYOTravel.com mampu menawarkan pakej dalam talian terbaik kepada pengembara di rantau ini.

"Dengan hanya tiga klik untuk mencari, memilih dan mengesahkan, PYOTravel.com membawakan kombinasi pakej percutian, penerbangan dan penginapan pada harga terendah ke destinasi Asia pilihan atau destinasi lain pelanggan," jelas Chin.

PYOTravel mempunyai lebih daripada 21 portal setempat untuk membolehkan pembelian dibuat dalam mata wang tempatan supaya pelanggan tidak perlu bimbang tentang kadar tukaran yang berubah-ubah.

Bagi membolehkan pelanggan membuat pertanyaan melalui telefon, pusat panggilan tempatan telah dibuka di bandar raya tertentu, iaitu Kuala Lumpur, Bangkok, Singapura, Hong Kong, Taipei, Sydney, Tokyo, Shanghai dan Manila.

Seiring dengan trend komunikasi semasa, PYOTravel.com telah menggabungkan ciri-ciri rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan blog di alamat www.pyobuddy.com pada portalnya.

"Kami akan terus memperluaskan tawaran sedia ada. Ini kerana portal kembara kami kini dilengkapi dengan keupayaan teknologi mantap yang membolehkan kami mencipta pelbagai pilihan menarik untuk pelanggan.

"Salah satu daripada pilihan ini termasuk keupayaan yang membolehkan pelanggan mengatur dan menempah jadual mereka sendiri pada harga terbaik dalam masa sebenar," kata Chin.

Menerusi segala inisiatif terbaru itu, PYOTravel.com menetapkan sasaran untuk menambahk keahlian pelanggan daripada 35,000 kepada 100,000 menjelang Mac 2010.

Rahsia Mudah Hamil




Terokai Segala Rahsia Kesuburan dan Berikhtiar dengan Strategi-strategi Mudah Untuk Dapat Zuriat dan sudah semestinya disertai dengan doa dan tawakkal..."

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Sikat Acca Kappa


Sikat Acca Kappa yang terkenal dalam kalangan selebriti seperti hos televisyen, Oprah Winfrey dan Ratu England pertama, Queen Victoria, mempunyai kualiti sikat yang tiada bandingan. Diperbuat daripada kayu yang tahan lasak, sikat Acca Kappa didatangkan mengikut fungsi tertentu seperti rambut kerinting, diwarnakan, dirawat dan sebagainya.

Harga sikat di Acca Kappa bermula dari RM100.

Gambar Perodua MPV Alza


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dikenali Alza.

Pelancarannya dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Alza versi 1.5 liter akan ditawarkan dalam empat varian pada peringkat permulaan, iaitu versi standard dengan gear manual dan automatik serta versi premium dengan gear manual dan automatik dengan harga atas jalan antara RM56,000 hingga RM64,000 seunit.

Versi mewah Alza dengan dengan gear manual dan automatik akan ditawarkan mulai Mac tahun depan pada harga atas jalan antara RM67,000 dan RM70,000 seunit.

Kenderaan yang menampilkan reka bentuk dinamik dan menyerlah itu antara lain dilengkapi ciri keselamatan terkini, termasuk sistem brek antikunci (ABS) dengan agihan brek elektronik (EBD) dan bantuan brek (BA) bagi varian terpilih.

Ia juga dilengkapi stereng dengan suis audio bagi varian premium dan sports; tempat rehat kaki dan tuil gear di panel papan pemuka untuk varian automatik, serta meter di bahagian tengah papan pemuka, juga yang pertama bagi MPV nasional.

Ebook Kamasutra Bergambar Melayu

Kamasutra (Seni Berasmara)


Kamasutera adalah sebuah kitab kuno dari India yang ditulis oleh Vatsayana berdasarkan kajian beliau ke atas gerak laku seksual manusia. Kamasutra dikatakan adalah manual seks yang paling tua di dunia...

Ananga Ranga (Peringkat Percintaan)


Ananga Ranga adalah sebuah manual hubungan seks yang ditulis oleh Kalyana Malla pada kurun ke 15. Ramai mengatakan tujuan utama Ananga Ranga ditulis adalah untuk mengelakkan perpisahan antara suami isteri....


Taman Harum (The Perfumed Garden)


"The Perfumed Garden" adalah sebuah manual hubungan seks yang ditulis oleh Muhammad al-Nafzawi sekitar tahun 1410 sehingga 1434. Nama asal manual yang ditulis oleh al-Nafzawi ini ialah "The Perfumed Garden of Sensual Delight" atau dalam bahasa arabnya, "Al-rawd al-'âtir fî nuzhati'l khâtir"....

Tao (Cantuman Asmara)



Manual Seks Taoist dicipta dengan tujuan utama untuk mengekalkan kesihatan pengamal ajaran Taoist. Pengikut-pengikut ajaran Taoist percaya dengan mengamalkan seni-seni ajaran Taoist ketika melakukan hubungan seksual, mereka akan dapat mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman, dan jika ditambah dengan senaman-senaman lain, mereka akan dapat melambatkan proses penuaan...

Untuk keterangan lebih lanjut tentang Kamasutera Bergambar Versi Melayu, sila klik sini.

Krim BB - Krim ajaib



Sambutan hangat masyarakat terhadap filem dan drama Korea turut meledakkan kegilaan baru di kalangan syarikat kosmetik Asia.

Kegilaan yang bermula di kalangan selebriti Korea ini kemudian merebak ke Jepun dan China seterusnya menular di kalangan masyarakat tempatan.

Krim muka blemish balm atau lebih dikenali sebagai krim BB mula diangkat sebagai salah satu produk penjagaan muka dan solekan yang sesuai untuk cuaca serta kulit orang Asia. Ada segelintir turut menggelarnya krim ajaib kerana menawarkan pelbagai fungsi kecantikan dengan hanya satu produk.

Namun, kebanyakan pengguna memanfaatkan sepenuhnya lima fungsi krim itu - melembap, menghalang sinaran ultraungu matahari, penyamar cela, bedak asas dan antipenuaan.

Menurut Eksekutif Pemasaran Skin Food (Malaysia) Sdn Bhd, Marsha Lim, ia mula popular selepas selebriti Korea secara terbuka menyatakan keyakinan mereka terhadap krim BB ini.

"Krim ini dibawa ke Malaysia pada 2005, tapi hanya popular sejak tahun lalu apabila ramai selebriti Korea dan Jepun menjadi jurucakap produk itu.

"Ia produk magis. Sememangnya krim BB sesuai untuk kulit Asia, di samping membantu merawat jerawat dan menyamaratakan warna kulit. Kini, pelbagai produk BB dipasarkan mengikut keperluan kulit masing-masing," katanya.

Kata Marsha, fungsi krim BB tidak lagi terhad kepada lima faktor itu malah mula dipelbagaikan sebagai tarikan pasaran dan dijual pada harga lebih berpatutan.

"Pada awal kemunculannya, krim ini dipasarkan pada harga tinggi kerana lima fungsinya yang berkesan. Tempoh penggunaannya juga antara tiga hingga ke enam bulan, jadi ia bernilai untuk wang pengguna.

"Krim BB juga muncul dengan pelbagai variasi, terpulang kepada jenis dan masalah kulit pengguna. Bagi produk Skin Food, kami menawarkan empat jenis krim BB untuk menangani kehendak pelanggan," katanya.

Krim Peach Sake Pore SPF20 PA+ bagi mereka yang mengalami kulit berminyak, Aloe Sunscreen SPF20 PA+ untuk kulit kering, Gingko Green untuk kulit berjerawat dan Mushroom Multi Care SPF20 PA+ bertindak sebagai antipenuaan dan melicinkan kulit.

Penggunaan krim BB ini sebenarnya turut menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi mengoles bedak asas dan bedak padat sebelum memulakan solekan.

"Disebabkan fungsinya sebagai bedak asas dan penyamar cela, penggunaan krim BB ini sudah memadai dan disudahkan dengan bedak debu. Bagi yang gemar solekan berat, gunakan krim ini kemudian teruskan dengan solekan pipi dan mata diakhiri dengan bedak debu serta gincu," katanya.

Dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan dalam satu produk, justeru apa sebenarnya krim BB ini?

Asalnya ia dirumus pakar dermatologi Jerman yang berfungsi sebagai pelembap terapeutik bagi merawat pesakit yang menjalani rawatan pengelupasan dan laser.

Kini, ia dirumus semula dengan menggabungkan lima fungsi itu bagi memberi manfaat dan kemudahan kepada pengguna. Kebanyakan krim BB yang ada di pasaran ketika ini mengandungi jumlah pelembap tinggi dan faktor perlindungan matahari (SPF) selain rumusan antipenuaan, rawatan jerawat dan bedak asas untuk litupan menyeluruh.

Antara produk BB yang popular di pasaran tempatan ialah Magic BB daripada Silkygirl, Miracle Multiplex BB daripada Elianto, Oil Free BB dan Pure Blossom Shimmering daripada The Face Shop.

Krim BB daripada Silkygirl bertekstur ringan meskipun digunakan dalam tempoh panjang. Ia turut mengandungi asid hyaluronik bagi mengurangi garisan halus terutama di bahagian mata, sementara vitamin E derivatif berupaya menentang radikal bebas.

Miracle Multiplex BB daripada Elianto pula dilengkapi SPF50 PA+++ yang bertindak sebagai penghadang sinaran ultraungu paling berkesan dan dapat mengawal pengeluaran sebum.

Terdapat dua pilihan sama ada Miracle White Multiplex untuk kulit matang atau Miracle Multiplex bagi kulit lebih muda. Kedua-duanya tampil dalam tiga rona - soft beige, nude beige dan warm beige yang sesuai dengan warna kulit kebanyakan masyarakat Asia.

Uniknya, krim BB ini dapat membantu membaiki tekstur kulit secara keseluruhan serta beransur-ansur menghilangkan parut jerawat di wajah.

Fungsi Krim BB

# Pelembap

Ia fungsi utama dalam setiap krim BB dengan kepekatan tinggi dan boleh terus menggunakannya selepas mencuci muka, tanpa perlu menggunakan pelembap biasa.

# Faktor perlindungan matahari (SPF)

Majoriti krim BB mengandungi SPF25 PA+ dan ke atas, jadi ia memberi perlindungan lebih baik dan tidak perlu lagi menyapu losen tabir suria biasa.

# Rawatan jerawat, jeragat dan parut

Krim BB dihasilkan dengan bahan aktif semula jadi yang membantu untuk mengatasi dan memperbaiki masalah itu, malah tidak meninggalkan minyak keterlaluan.

# Antipenuaan

Sebahagian besar krim BB dalam pasaran kini mempunyai kandungan antipenuaan yang dapat mengurangi garis halus di sekitar mulut dan mata.

# Bedak asas dan penyamar cela

Olesan krim BB sudah memadai sebagai asas kepada solekan. Ia turut bertindak sebagai penyamar cela untuk menghilangkan kesan hitam bawah mata, menyamar kesan berbintik dan jerawat.

# Losen pemutih

Sesetengah produk BB menambah esen pemutih bagi membantu mencerahkan semula kulit dan mengawal pigmentasi.

Alienware untuk kaki game

Alienware untuk kaki game

Pengeluar produk perkomputeran Dell, membawakan peranti khas untuk kaki 'game' menerusi jenama Alienware yang merangkumi dua laptop bersaiz 15 dan 17 inci direka khas untuk visual berdefinisi tinggi.

Laptop Alienware M15x yang bersaiz 15 inci diperkasakan dengan pemprosesan baru Intel iaitu Mobile Core i7 dan turut ditawarkan bersama sistem grafik 1GB NVIDIA GeForce GTX 260M serta memori 8GB DDR3 1333MHz untuk mendominasi dunia permainan.

Dell turut menawarkan laptop bersaiz 17 inci menerusi M17x yang diperkasakan dengan sistem grafik ATI Mobility Radeon HD 4870 dan ATI CrossFireX meningkatkan prestasi grafik sebanyak 145 peratus bagi pengalaman definisi tinggi menakjubkan.

Kedua-dua peranti ini mampu bertahan sehingga tiga jam (untuk M15x) dan dua jam (untuk 17M) sekiranya pengguna menggunakan baterinya saja sebagai sumber tenaga.

Spesifikasi

PRODUK: Dell M15x

HARGA: RM5,999

PEMPROSESAN: Intel Core i7

SISTEM OPERASI: Windows 7 Home Premium

PAPARAN: 15.6 inci HD Penuh WLED

KAD VIDEO: 512MB GDDR3 NVIDIA GeForce GT 240M

MEMORI: 3GB 1333MHz DDR3 SDRAM

PEMACU CAKERA KERAS: 320GB 7200RPM SATA

PEMACU CAKERA OPTIKAL: 8X DVD +/-RW + R

PERISIAN KESELAMATAN: McAfee

PAPAN KEKUNCI: AlienFX

BATERI: 6-sel Ion Litium

DIMENSI: 48.7 x 377.9 x 308.5mm

BERAT: 4.08kg

Capaian Internet 3G di telefon

Capaian Internet 3G di telefon

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) memperkukuhkan kedudukan dalam arena capaian Internet mudah alih apabila memperkenalkan Turbo 3G, perkhidmatan capaian Internet 3G yang boleh dicapai menggunakan telefon bimbit bagi kawasan Lembah Klang.

Beberapa minggu sebelum ini, ia diperkenalkan Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Johan Dennelind, berkata 59 peratus kawasan Lembah Klang kini diliputi oleh rangkaian 3G DiGi iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan sebanyak 44 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Kawasan liputan 3G DiGi kini meliputi 20 peratus di seluruh negara dan ia akan ditingkatkan sehingga 50 peratus menjelang akhir tahun depan. Dengan liputan signifikan di tiga kawasan utama ini, DiGi merancang untuk terus melebarkan sayap ke beberapa bandar utama lagi termasuk Ipoh, Johor Bahru dan Kuching mulai tahun depan," katanya.

"Sejajar dengan perluasan kawasan liputan itu, DiGi kini mampu menawarkan pelbagai kaedah mencapai Internet dan tidak terhad kepada pengguna notebook menerusi modem jalur lebar saja, malah ia kini mampu dicapai menggunakan telefon bimbit dan telefon pintar," katanya lagi.

Menurut Dennelind, DiGi yakin telah berjaya menempatkan diri pada kedudukan terbaik dalam segmen jalur lebar yang diterima baik oleh pelanggan.

"Dengan perkhidmatan baru yang boleh dicapai oleh pelbagai peranti lain ini, kami bertambah yakin bahawa DiGi berjaya membawa pengalaman Internet terbaik kepada mereka," katanya lagi.

Pada masa sama, DiGi memperkenalkan pelan DG BerrySmart untuk pelan pasca bayar Blackberry dengan yuran bulanan RM58 sebulan. Apabila digabungkan dengan pelan BlackBerry Unlimited, ia akan direbat 100 peratus selepas jumlah kegunaan suara, SMS dan MMS mencapai RM200 sebulan.

Antara perkhidmatan baru lain, ia termasuk Internet Unlimited Max 5 untuk pelanggan prabayar dengan capaian tanpa had menggunakan telefon bimbit pada kadar RM5 sehari.

Disediakan juga pelan Internet Unlimited Monthly 58 for DiGi Postpaid dan diberi belian berdiskaun sehingga 50 peratus untuk telefon HTC Dual atau percuma Nokia 2730.

DiGi Broadband Discover pada harga promosi RM48 sebulan dan BlackBerry Unlimited Plan dengan caj RM58 sebulan.

Oleh Husain Jahit

Bingkisan pengantin


Bingkisan buah tangan pengantin

Bingkisan buat pengantin sering berubah mengikut perubahan masa.

Namun kreativiti seseorang dalam menggubah bingkisan atau gubahan hantaran membuatkannya tampil penuh pesona dan menjadi bualan ramai.

Dalam meletakkan sesebuah bingkisan atau gubahan tampil menawan, cita rasa pelanggan menjadi keutamaan.

Menurut seorang pereka kreatif butik Sayangku Handcraft Sdn Bhd, Siti Sarah Baharuddin, penentuan cita rasa pelanggan mengambil kira pelbagai aspek.

Antaranya adalah tumpuan kepada gaya terkini gubahan selain menokok tambah bentuk reben, bunga-bungaan atau sentuhan tertentu.

"Pihak yang menentukan warna atau tema bagi konsep perkahwinan seseorang adalah bakal pengantin. Kebanyakannya, apabila datang ke butik kami, perbincangan dilakukan terlebih dulu.

"Pelanggan menentukan warna atau gubahan yang sesuai dengan keinginan mereka dan kami menghasilkan gubahan terbaik yang menjadi idaman mereka," katanya menambah, jika ada pelanggan yang mahukan kesesuaian dengan tema atau konsep warna pilihan, mereka boleh mengolah semula mengikut kehendak masing-masing.

Butik peralatan pengantin terbabit terletak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, manakala ibu pejabat di Jalan Raja Hassan, Klang, Selangor.

Mempertaruhkan lebih 100 jenis gubahan kepada pelanggan, ia memberi kelebihan tersendiri kepada penggemar yang sukakan pelbagai gaya, olahan dan ilham yang didatangkan dalam pelbagai bentuk.

"Oleh kerana kebanyakan bakal pengantin gemarkan sesuatu idea yang baru, kami sering mengutarakan gubahan yang jarang terdapat di butik pengantin lain.

"Memandangkan kebanyakan penggubah yang menghasilkan gubahan sering terdedah dengan idea menarik melalui buku atau pengalaman peribadi, rekaan yang diolah sering menyerlah dan mendapat sambutan memberangsangkan," katanya.

Terbaru katanya, bentuk gubahan untuk bunga pahar atau bunga hiasan menggunakan bunga celupan dan stokin antara yang menarik perhatian pelanggan.

Menurutnya, istimewanya bunga stokin atau celupan yang punya penggemar sendiri itu dihasilkan dengan penuh perincian.

Keindahan yang diolah bersama reben dan manik menarik menjadikan gubahan begitu berseni.

Untuk itu katanya, bakul, kotak atau apa saja elemen yang sesuai untuk dijadikan gubahan menarik dan diperhalusi dengan manik mahupun ilham tertentu mencetuskan garapan indah kepada bentuk gubahan hantaran.

Memiliki enam cawangan, butik yang beroperasi di sekitar Lembah Klang ini memberi pilihan kepada pelanggan untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan.

Menurut Siti Sarah, menentukan kemeriahan majlis perkahwinan mahupun pertunangan yang ditandai gubahan menarik sememangnya penting.

Jadi, tidak salah sekiranya melengkapkan majlis yang amat bermakna itu dengan mengabadikan pilihan hantaran atau gubahan penuh daya tarikan yang pasti menjadi kenangan sepanjang zaman.

Untuk sebarang pertanyaan, e-mel kepada sanyang@streamyx.com.

Pancutkan Suami - Setiap Hari Malam Pertama Buat Anda!


Pancutkan Suami - Setiap Hari Malam Pertama Buat Anda!

Tahukah anda bahawa kebanyakan isteri memalsukan orgasme mereka? Mereka bukannya puas... mereka berlakon puas.

Percayakah anda jika saya beritahu, ada 20-40% lelaki yang terpancut cepat?

Kebanyakan suami tidak sedar bahawa kebanyakan isteri mereka tidak puas di atas katil. Mereka ingat isteri mereka 'gembira' dengan kegagahan mereka. Realiti: Baru nak stim, dah terpancut suami mereka.

"Penemuan Terbaru Tentang Rahsia Seks Yang Hebat (Tetapi Tidak Diketahui Umum) Yang Akan Memberikan Bini Anda Orgasme Yang Amat Hebat, Dia Akan Menjadi 'Ketagihan Seks' Kepada Anda Dan HANYA ANDA..."

Untuk maklumat lanjut, sila KLIK SINI


Power Plate - Turun berat badan dengan getaran

Berapa ramai yang mahu menghabiskan masa lama di gimnasium semata-mata untuk membuang segala lemak yang berkumpul di segenap penjuru badan?

Tapi yang pasti, ramai antara kita lebih sanggup berbelanja besar ke pusat kecantikan untuk menyertai pelbagai program perampingan badan dalam masa singkat yang sesetengahnya memudaratkan kesihatan.

Atas kesedaran itu, BodyTone Wellness Studio yang melancarkan pusat keduanya di Bangsar Village II, Kuala Lumpur, baru-baru ini, memperkenalkan teknologi pengurusan berat badan terkini yang lebih berteraskan senaman untuk kecergasan dan pemulihan dalaman.

Menurut Pengurus Operasi BodyTone Wellness Studio di Bangsar Village II, Ooi Ann Ann, mesin getaran Power Plate digunakan dalam setiap program senaman bagi membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan serta meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

"Ia antara program pengurusan berat badan yang terbaik dan seumpamanya di Asia kerana tidak membabitkan sedutan lemak dan pembedahan kosmetik.

"Selama ini minda kita sering diprogramkan kita memerlukan bantuan orang lain untuk menurunkan berat badan sedangkan diri sendiri rela mengabaikan penjagaan diri.

"Apabila berada dalam keadaan itu, mulalah kita mencari bantuan walaupun sedar prosedur yang dilakukan itu berbahaya hingga ada sesetengahnya mengancam nyawa.

"Jadi, kami berusaha mengubah pemikiran seperti itu dengan menggalakkan masyarakat hidup sihat menerusi senaman berterusan. Penggunaan mesin getaran Power Plate di BodyTone pula bertindak memaksimumkan senaman yang dijalani," katanya.

Menurutnya, teknologi Power Plate yang dibawa dari Amerika Syarikat itu mampu menggerakkan seluruh otot menerusi getaran.

"Ia menggerakkan 98 peratus refleks otot yang kebanyakkan 'tidur' kerana selama ini tidak digunakan. Jadi, hasil yang diperoleh juga lebih cepat berbanding senaman konvensional yang hanya menggunakan 40 peratus otot kita.

"BodyTone tidak menggalakkan pengguna taksub untuk menurunkan berat badan. Kami mahu setiap manusia terutama wanita meraikan bentuk tubuh semula jadi mereka tapi dengan berat badan yang ideal," katanya.

Kebiasaannya, seseorang perlu menjalani sekurang-kurangnya lapan sesi senaman atau dua minggu bersama Power Plate untuk melihat hasilnya.

"Ia juga bergantung kepada kumpulan umur dan kekerapan senaman yang dijalani seseorang.

"Jika anda kerap bersenam, anda boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu. Jika anda langsung tidak pernah bersenam, keutamaan kami ialah mengembalikan semula postur tubuh anda sebelum latihan lebih agresif dijalankan.

"Secara purata, BodyTone berjaya membantu lebih 100 pelanggan di Pulau Pinang ketika ia mula diperkenalkan.

"Bagi pelanggan berusia 12 hingga bawah 30 tahun, mereka memerlukan 12 sesi untuk mengekalkan berat badan yang konsisten, sementara sekurang-kurangnya 24 sesi bagi 30 tahun ke atas.

"BodyTone juga membantu kanak-kanak obes kerana senaman bersama Power Plate tidak memudaratkan, malah lebih menyeronokkan. Apa yang menarik ialah yuran kami fleksibel dan ia bergantung kepada bajet pelanggan. Kami juga mempunyai barisan pelatih kecergasan bertauliah antarabangsa yang sedia membantu menangani masalah pelanggan," katanya.

Teknologi Power Plate asalnya dipelopori atlit Olimpik dan angkasawan Russia. Ia bertindak menerusi getaran keseluruhan tubuh secara semula jadi bagi mengaktifkan kontraksi refleks otot.

Senaman yang dijalankan di atas Power Plate juga tiada impak tinggi, sesuai untuk semua keadaan tubuh dan setiap senaman berlangsung selama 30 saat hingga seminit.

Lebih 50 senaman boleh dilakukan di atas mesin getaran itu termasuk regangan dan urutan.

www.ayambrand-recipes.com

Resipi sihat di laman web

Mencari resipi bersesuaian lazimnya memang memeningkan terutama apabila membabitkan pemakanan seimbang bagi pengguna yang mementingkan cara hidup sihat.

Antara kaedah menarik adalah laman web resipi berkonsep video dan maklumat khasiat pemakanan bertujuan memupuk kaedah memasak dan cara hidup lebih sihat di kalangan pengguna.

Di laman web kelolaan jenama makanan dalam tin, Ayam Brand terdapat lebih daripada 100 resipi yang memaparkan arahan lengkap langkah demi langkah untuk menyediakan pelbagai jenis masakan enak, sihat dan senang disediakan.

Setiap resipi dipaparkan menurut kategori berbeza seperti buah-buahan, sayuran, santan, kacang panggang, tuna, mackerel dan sardin.

Video yang disediakan pula merangkumi penggunaan bahasa Malaysia, Cina dan Inggeris untuk kemudahan pengguna.

Menurut Pengurus Besar Ayam Brand, Ting Seng Hee, kejayaan laman web video itu juga seiring dengan pembinaan laman web yang sama di Australia, China, Thailand dan Hong Kong.

"Maklum balas pengguna menunjukkan resipi video dan maklumat nutrisi disediakan memenuhi kehendak mereka yang baru belajar memasak dan mereka gemar mencuba masakan baru.

"Kami berbangga dapat memainkan peranan untuk menggalakkan kehidupan lebih sihat melalui resipi video di laman web serta menggalakkan lebih ramai pengguna mempelajari cara untuk memasak," katanya.

Menurutnya kini, terdapat peningkatan terhadap minat memasak daripada golongan pelbagai umur hasil program televisyen yang memaparkan chef selebriti.

Pada masa sama, keinginan menjalani kehidupan yang lebih sihat menyedarkan pengguna mengenai cara pemakanan yang lebih sihat dan kaedah menyediakan masakan mereka.

Laman web resipi video dan maklumat khasiat pemakanan serta kesihatan yang senang digunakan itu boleh dilayari menerusi www.ayambrand.com.my dan www.ayambrand-recipes.com.

Resipi boleh dicari berdasarkan bahan utama yang digunakan seperti mackerel, tuna, sardin dan kacang panggang apabila pengguna melayari www.ayambrand.com.my.

Bagi laman web www.ayambrand-recipes.com ,resipi yang diingini boleh didapati dengan membuat carian berdasarkan jenis masakan seperti masakan Malaysia, Cina, Thailand dan Jepun.

Selain itu, pengguna dapat memperoleh resipi berinovatif di bawah kategori Dishes Facelift serta pelbagai resipi sihat dan tip memasak.

Maklumat mengenai produk turut dilengkapi catatan khasiat pemakanan, rasa dan pensijilan bagi produk jenama terbabit bagi membolehkan pengguna yakin dengan pilihan masing-masing.

Malah, untuk memudahkan pengguna, resipi video berkenaan turut disediakan dalam format MP4 dan boleh dilihat melalui laman web, dihantar sebagai emel ataupun pautan serta dimuat turun ke dalam komputer, iPod, telefon pintar atau alat penyimpanan lain.

Bagi mereka yang gemar menyimpan salinan kertas, Ayam Brand juga menyediakan versi dokumen.

Pada majlis pelancaran, Chef Nathalie Arbefeuille melakukan demonstrasi empat resipi daripada laman web terbabit yang sesuai disediakan untuk sarapan pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam menggunakan produk Ayam Brand.

Lindungi kulit dengan teknologi nano

Lindungi kulit dengan teknologi nano


Rutin penjagaan kulit semula jadi sudah menjadi sebahagian kehidupan masa kini malah kemajuan teknologi membolehkan kita menikmati penjagaan kulit yang jauh lebih baik.

Antara rangkaian produk penjagaan kulit di pasaran yang mengetengahkan kemajuan teknologi adalah Nanowhite yang mengandungi tiga kandungan unik iaitu teknologi nano, endorfin aromakologi dan omega white-C.

Teknologi nano kini antara yang hangat dalam industri kosmetik menggunakan molekul nano untuk membantu dalam penyembuhan, memberikan khasiat, melembap dan melindungi kulit.

Ia seribu kali lebih halus daripada molekul biasa dan membantu mengalihkan kandungan aktif Nanowhite dengan lebih berkesan, jauh ke dalam akar epidemis.

Endorfin aromakologi pula memainkan peranan aktif dalam merangsang pengeluaran beta-endorfin, molekul sihat dan menggesa rasa ceria dan perasaan yang baik.

Aroma penting yang memberi keseronokan ini menyediakan ketenangan dan membuka liang roma untuk penyerapan yang lebih baik untuk omega white-C, sekali gus menambah seri dan kecerahan kulit.

Omega white-C adalah penemuan baru dalam dunia sains Jepun yang membantu mengurangkan pengeluaran melanin. Ia seterusnya membantu mengurangkan masalah warna kulit tidak sekata dan kehadiran bintik perang di samping mengurangkan tanda penuaan.

Bagi pembersihan dalaman Microfoliating Clay keluaran terkini Nanowhite, ia mengandungi partikel halus untuk membuang kotoran yang tersekat dalam liang roma.

Melicinkan kulit yang tidak sekata, ia membantu mengurangkan masalah pigmentasi serta mempertingkatkan pembaharuan kulit untuk wajah lebih cerah dan jernih.

Untuk produk pembersih Snow Wash yang turut melembap dengan efektif, ia boleh didapati pada harga RM15.90.

Pembersih Clarifying Cleansing Milk pula tidak berminyak dan ringan yang turut membuang lebihan solekan dengan berkesan.

Ekstrak botani dalam produk berharga RM19.90 ini membantu untuk merapikan kulit serta membuatnya lembut dan anjal.

Bagi penyegar Refining Treatment, ia membantu merapatkan liang roma dan membuang lebihan sebum lebihan tanpa mengeringkan kulit.

Menerusi rangkaian ini, turut disediakan Polishing Renewal Exfoliator yang membolehkan kulit diperbaharui dan diperhalusi.

Ia mengurai bintik hitam dan membuat sel kulit mati dalam urutan muka. Ini menyebabkan kotoran naik ke permukaan dalam gumpalan kecil supaya mudah untuk dibilas.

Untuk pelindung matahari dilengkapi SPF50++, Omega Day Shield dihasilkan daripada sains penjagaan kulit dari Jepun untuk hasil ketara dalam tempoh singkat.

Produk topeng wajah Nanowhite pula membuang kotoran sebelum ia menjadi cela pada wajah. Rumusan lembutnya memperbaharui dan mengembalikan lembapan optimum kulit serta mengurangkan cela kecil pada kulit.

Produk lain diketengahkan Nanowhite termasuk pati serum pencerahan kulit serta pencerah bahagian sekeliling mata.

Tudung Fareeda anggun sopan




Menampilkan keindahan dalam bertudung mampu menyerlah keanggunan seseorang.

Bertudung bukan hanya kelihatan menarik, tetapi menyerlahkan lagi keterampilan sama ada untuk pakaian harian mahupun ke majlis.

Pemilik yang juga pereka tudung berjenama Fareeda, Faridah Zakaria, berkata pemilihan corak, warna, kemasan dan jenis fabrik amat dititikberatkan ketika mengolah tudung untuk pelanggan.

"Semua aspek memainkan peranan tersendiri kerana penggemar bukan hanya memilih jenis tudung diminati atau bersesuaian dengan dirinya.

"Sebenarnya, corak rekaan juga ada peranan kepada si pemakai. Berdasarkan kaji selidik, warna atau corak dipilih mampu menyerlahkan diri si pemakai untuk kelihatan lebih menarik dan anggun bahkan, tampil lebih muda," katanya.

Yakin jenamanya mampu melangkah lebih jauh, Faridah mengakui kebanyakan penggemar menyenangi fabrik yang digunakan terdiri daripada lycra, labuci bermanik, dope dyed, opal, organza, kasibo serta sutera Korea, Itali mahupun Perancis.

Tudungnya sering diperagakan pengacara dan pembaca berita di saluran televisyen TV9 serta TV3 selain menaja program Gadis Melayu dan Mari Mengaji.

Pernah memiliki salun terkenal di utara tanah air, dia yakin dengan ilhamnya untuk terus mencetuskan tudung berkualiti serta ada aura tersendiri.

Menurutnya, alternatif kepada wanita bertudung untuk tampil anggun bergaya, Fareeda mengetengahkan pelbagai nama yang menjadi sebutan kepada penggemar.

Raihanah misalnya, menampilkan corak bunga-bungaan, berpadanan bagi kurung atau kebaya polos.

Agak berbeza dengan Raihanah Eksklusif menggunakan sifon Itali yang terkenal dengan fabrik lembut dengan variasi rona ceria dan motif flora, tampil anggun untuk ke majlis eksklusif atau keraian.

Suraiya pula tampil bergaya dan lebih mempesona, Suraiya Eksklusif menggunakan fabrik berkualiti dwilapisan yang menutupi bahagian luar dan dalam dengan pelbagai rona daripada fabrik sifon Perancis dan sifon Itali.

Jenis tudung lain seperti Sofiya dengan sulaman penuh kemasan dan Maisarah untuk pelbagai peringkat usia bagi menyempurnakan gaya.

Setelah dua tahun beredar di pasaran, Fareeda kini mempunyai lebih 150 pengedar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kebanyakan tudung keluarannya hanya boleh diperoleh menerusi pengedar dan stokisnya di enam negeri yang turut berkolaborasi dengan Gulatis Silk House.

"Kebanyakan orang mengenali Fareeda kerana 'tulang' yang dibentuk pada setiap tudung, ia adalah cap dagang kami.

"Apapun, apabila diperagakan dengan pemilihan busana Muslimah bersesuaian seperti baju kurung, kebaya, jubah mahupun seluar, ia melengkapkan lagi gaya si pemakai.

"Apa yang penting, pengguna harus bijak menyesuai padan warna pakaian dengan tudung kerana kedua-duanya memberi pengaruh besar dalam penampilan seseorang," katanya.

Terima kasih:

# Pakaian dan tudung: Fareeda House of Scarf (www.fareedascarf.com), No 140 Jalan 8/5, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor
# Tel/faks: 03-89262809/019-5759809
# Mekap: Iss (Tel: 017-2475093)
# Model: Mawar Karim

INSPIRO - Ketuhar pintar mudah diguna



INSPIRO, muncul ketuhar pertama menentukan cara memasak yang betul bagi sesuatu hidangan secara automatik.

Menurut Pengarah Reka Bentuk, Asia Pacific Electrolux, Pernilla Johansson, Inspiro membuat pengiraan tepat berdasarkan data sebenar berlaku dalam ketuhar selain membuat penyelarasan sewajarnya secara berterusan.

“Kejayaan ketuhar ini dilihat pada cara mengawal pengawasan, menentukan suhu akhir yang betul dan kebolehannya memilih cara memasak, membakar, menyalai atau menggabung cara yang perlu digunakan dalam sesuatu hidangan.

“Ia juga memberi spesifikasi rak mana yang perlu diletakkan menggunakan pangkalan data profesional,” katanya ketika majlis pelancaran ketuhar berkenaan di Solaris Dutamas, Hartamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dikenali sebagai ketuhar pintar, Inspiro membenarkan banyak fleksibiliti dan mudah digunakan (hanya memilih jenis masakan, dail hidangan tertentu dan tekan mula).

Ia menentukan masa memasak dengan memantau penggunaan tenaga serta masa diperlukan untuk memulakan kenaikan suhu udara dalam ketuhar atau jumlah tenaga dan masa digunakan untuk memanas ketuhar, bergantung kepada bilangan hidangan yang hendak dimasak.

“Menerusi konfigurasi pemanasan yang betul, ia memastikan kulit ayam rangup dan berwarna perang. Ia juga menunjukkan sama ada perlu menggunakan pemeriksaan makanan terbina dalam, yang dimasukkan di tengah potongan daging atau ikan.

“Apabila proses memasak selesai, ketuhar akan berhenti memasak dan memberi isyarat seolah-olah makanan itu sudah tersedia. Ia juga boleh digunakan dalam mod manual,” katanya.

Selain itu, Inspiro mempunyai sistem penapisan platinum atau palladium pemangkin yang menanggalkan bau serta memecahkan lemak.

Ia sekali gus mengelak bau atau minyak yang terlekat pada perabot atau langsir.

“Antara kebaikannya, Inspiro menampilkan sistem pembersihan Pyreluxe iaitu kaedah pembersihan keseluruhan ketuhar. Ia juga mampu mengurangkan sisa makanan kepada abu yang boleh dilap dengan mudah tanpa menggunakan ejen bahan kimia selain menunjukkan bila ia perlu dibersihkan,” katanya.

Majlis terbabit turut menyaksikan pembukaan kedai konsep sebagai pusat sehenti untuk semua produk Electrolux yang menggabungkan susun atur kedai serba ringkas dan selesa.

Lip Smoothie Clinique - Pewarna bibir antioksidan

Pewarna bibir antioksidan



Tidak hanya cantik tetapi produk sihat memang dinanti ramai pengguna terutama mereka yang prihatin mengenai ramuan satu-satu produk.

Apatah lagi apabila ia digunakan pada anggota wajah yang agak sensitif misalnya bibir yang perlukan penjagaan dan perlindungan berterusan.

Malah, bibir juga terdedah kepada masalah kedutan serta semakin menipis dan mengering. Pada masa sama, ia turut kehilangan sedikit warnanya.

Pakar kecantikan jenama Clinique kini mengetengahkan ramuan yang turut memberi manfaat rawatan pada bibir. Ia disertai bahan antioksidan yang kaya dengan lembapan dan pada masa sama, menyerlahkan bibir menarik.

Dikenali sebagai pewarna bibir antioksidan Lip Smoothie yang disertai vitamin C, rumusan yang kaya dengan vitamin ini diperkaya dengan bahan yang membantu untuk memperbaiki keadaan bibir.

Kandungan vitamin C aktif dalam rumusan terbabit membantu untuk menyerlahkan penampilan bibir manakala bahan antioksidan utama seperti buah delima membantu untuk melindungi bibir daripada bahan pencemar alam sekitar dan kerosakan di masa depan.

Apa pun, bahan antioksidan utamanya adalah beri acai yang diperakui pakar daripada Makmal Clinique.

Beri kecil yang banyak ditemui di hutan hujan Amazon di Brazil ini memiliki antioksidan paling banyak antara buah-buahan.

Bersama vitamin C dan buah delima, beri acai melindungi kulit daripada tekanan yang menyebabkan penuaan pramatang.

Bahan lain termasuk dua jenis mentega iaitu mentega shea dan bijian theobroma grandiflorum yang membantu kulit lebih selesa, lembap dan lembut sambil mengurangkan masalah kekeringan.

Ia disediakan dalam bentuk cukup mudah iaitu pewarna disertai berus kecil. Untuk penggunaan pertama, pusingkan batang pewarna terbabit yang mengeluarkan bunyi 'klik' berulang kali sehingga keluar pewarna terbabit di hujung mata berus.

Pilihan enam warnanya juga terdiri daripada warna popular kegemaran wanita daripada merah jambu ke perang muda menerusi pilihan Raisin the Bar, Mango-thon, Pink Me Up, Berry Boost, Goodness Grapecious dan Peach Powder.

Ia dihasilkan bebas daripada sebarang pewangi dan diuji oleh pakar dermatologi. Pewarna terkini itu boleh didapati pada harga RM66 dan mulai berada di semua kaunter Clinique pada November ini.