Hari Koperasi Negara 2013 @ Dataran Darul Aman

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan Hari Koperasi Negara 2013 (HKN2013) seperti butiran berikut:

Tarikh: 23 - 25 Ogos 2013 (Jumaat - Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 11.00 malam
Tempat: Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman, Kedah



Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk disertai seperti pameran auto show, forum perdana, pertandingan tomoi dan banyak lagi!!! Masuk pun percuma!

Semua dijemput hadir.

Bufet Ramadan (Iftar) TH Hotel - Hotel TH (Tabung Haji) 2013


Mari nikmati Bufet Ramadan sambil beramal bersama TH Hotel Kelana Jaya dan TH Hotel Penang. Hidangan istimewa daripada Timur Tengah ( BBQ Kibas dan Nasi Mandi )

*RM 1.00 daripada bayaran anda akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim

Untuk hidangan berbuka ini, hanya RM45 untuk dewasa dan RM35 bagi kanak-kanak.

Selain Hotel TH di Kelana Jaya, cawangan lain seperti di Pulau Pinang, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu tidak ketinggalan menyediakan hidangan daging kibas ini.

Buffet Ramadan Hotel TH (Tabung Haji)
Hidangan kambing golek atau panggang amat sinonim dengan menu iftar di hotel terkemuka negara. Lazimnya ruangan yang menyediakan hidangan itu menerima sambutan menggalakkan hingga ada yang sanggup beratur lama untuk menikmatinya.

Sesekali apa kata tukar selera dengan hidangan kibas panggang yang diimport dari Timur Tengah. Kibas sering didengar dalam kisah nabi dan jarang dalam kalangan kita dapat menikmatinya biarpun berpeluang melihat haiwan itu ketika mengerjakan umrah dan haji di Makkah.


Justeru, Hotel TH (Tabung Haji) memperkenalkan menu istimewa dari negara Arab itu sepanjang Ramadan ini.

Menurut Chef Eksekutifnya, Shahrul Hisam Lahuri, menu kibas ini pertama kali dihidangkan kerana rasa serta khasiatnya berbanding daging kambing biasa.

"Daging kibas lebih lembut dan lebih berkhasiat malah tidak terlalu hamis seperti kambing biasa. Walaupun boleh dimasak dalam pelbagai jenis hidangan, ia lebih enak dinikmati apabila dipanggang atau barbeku.

"Nasi mandi pula sebagai pelengkap kepada hidangan kibas yang menampilkan rempah ratus dari negara Arab," katanya.

Tanpa mengenepikan selera tempatan, Hotel TH turut menampilkan bermacam hidangan desa antaranya asam pedas daging tetel, nangka masak lemak bersama ikan masin, sup tulang, variasi mi, kuih-muih dan minuman.

"Kami juga menukar menu nasi setiap hari antaranya nasi jagung, nasi tomato, nasi minyak dan nasi hujan panas, selain nasi mandi," tambahnya.


Deodoran Dove Whitening mencerahkan dan melicinkan ketiak

Rangkaian Dove Whitening boleh didapati dalam tiga jenis untuk dipadankan dengan keperluan penjagaan peribadi unik - Dove Whitening Original, Dove Whitening Silk Dry dan Dove Whitening Unscented Roll-On 40 milimiter (ml) dijual pada harga RM7.20.

Sementara itu, Dove Whitening Original Spray dijual pada harga RM14.50 (169 ml) dan boleh didapati di semua farmasi serta pasar raya utama.

Penjagaan rapi ketiak
Ketiak gelap, warna tidak sekata, berbulu dan mengeluarkan bau kurang enak adalah antara senario amat memalukan. Bahagian itu seharusnya dijaga dengan sempurna. Walaupun kedudukannya sulit, tersembunyi kesan seumpama itu mencacatkan penampilan dan membuatkan wanita berasa rendah diri terutama bagi golongan yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan.

Disebabkan ketiak sering tertutup dan terselindung di sebalik lipatan baju, ada segelintir wanita tidak memberi perhatian secukupnya. Malah, ada yang menganggap ia tidak penting seperti bahagian lain pada tubuh. Hakikatnya, walaupun masih terselindung, bahagian bawah lengan boleh dilihat sebagai aset kecantikan wanita.

Keadaan bahagian bawah lengan akan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh kita pakai.

Kulit lebih halus

Kajian dilakukan terhadap wanita di sekitar Asia Tenggara mendapati, mereka tidak selesa apabila ketiak gelap dan kulit warna tidak sekata, malah begitu juga jika teksturnya seperti kulit ayam.

Perunding Dermatologi, Profesor Madya Dr Irene Lee, berkata kulit bahagian bawah lengan sangat halus kerana ia mempunyai fungsi pertahanan yang lemah berbanding kulit pada bahagian badan lain.

Katanya, penyingkiran bulu adalah rutin kecantikan biasa setiap wanita, sama ada mengamalkan teknik mencukur atau mencabut bulu bahagian berkenaan seperti plucking mahupun menerusi kaedah waxing. Namun, masih terdapat keburukan akibat amalan itu.

"Ketika bercukur, satu pertiga yang ditanggalkan ialah kulit. Oleh itu, rutin bercukur yang kerap menyebabkan kulit lebih kering dan rosak. Mencabut bulu pula boleh menyebabkan keradangan seperti mengalami alahan dan jangkitan kuman.

"Ia boleh merosakkan kulit dan menjadi kehitaman atau kemerah-merahan sekali gus mencacatkan penampilan.

"Oleh itu, apabila mengalami masalah pada ketiak, wanita haruslah mengamalkan langkah seperti menjaga dengan lembut dan memastikan kelembapan yang secukupnya untuk pemulihan semula jadi," katanya.

Rawatan semula jadi

Membantu ketiak lebih lembut dan cantik, produk kecantikan perlulah mengandungi bahan daripada tumbuhan alam semula jadi.

Dr Irene berkata, pati akar Licorice terkenal sebagai bahan semula jadi yang mempunyai kompaun aktif untuk mengurangkan kegelapan dan membantu mencerahkan kulit.

"Gabungan minyak biji bunga matahari yang menghasilkan vitamin E dan vitamin F pula memberikan kesan kulit lebih lembut, malah memberi lebih kesan lembapan apabila produk penjagaan kulit bawah lengan mengandungi gliserol untuk menghidrasi kelembapan kulit," katanya.

Justeru, membantu wanita masa kini memiliki kulit bawah lengan yang sempurna dengan menggabungkan tiga bahan berkenaan, jenama kecantikan kulit Dove memperkenalkan rangkaian Deodoran Dove Whitening dengan satu perempat krim pelembap unik untuk mencerahkan dan melicinkan kulit bawah lengan.

Ia mampu menambah baik ketahanan kulit, membantu memulih daripada kesan mencukur dan mencabut bulu.

Dove Whitening didatangkan dalam tiga jenis, iaitu Dove Whitening Original, Dove Whitening Silk Dry dan Dove Whitening Unscented Roll-On. Harga RM7.20 untuk 40 mililiter (ml) dan RM14.50 (169ml).


(Ulasan Buku) A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya

Tajuk: A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Rayaaf
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Tebal: 283 muka surat

Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah: 183)

Setiap kali kedatangan Ramadan, umat Islam seluruh dunia bersungguh-sungguh memanfaatkan penghulu segala bulan tersebut dengan menjadikannya sebagai pesta ibadah menerusi amal ibadah termasuk menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala perbuatan yang membatalkan puasa.

Warna-warni Ramadan dijelmakan menerusi panduan pengetahuan ilmu dan kesefahaman agar ibadah dalam bulan ini dapat dilakukan dengan sempurna dan mendapat nilai Allah SWT.

Bagi menyempurnakan ibadah Ramadan, Telaga Biru Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku bertajuk, A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya adalah pilihan tepat untuk seisi masyarakat.

Penulis, Ahmad Adnan Fadzil membahagikan kepada enam bahagian antaranya menyentuh daripada persiapan menjelang Ramadan, panduan melaksanakan ibadah puasa, zakat fitrah, solat terawih dan witir dan hari raya Aidiladha.

Dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan, buku berkenaan turut merungkai permasalahan yang timbul secara lengkap dan mudah difahami selain disediakan jadual, gambar rajah dan carta.

Buku A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah dan Hari Raya diterangkan mengikut dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah supaya pembaca dapat mengetahui sumber bagi sesuatu masalah yang diambil daripada hujah ulama.

Karya setebal 283 muka surat itu boleh didapati pasaran berhampiran anda dengan harga RM25 atau anda boleh menghubungi Telaga Biru selaku penerbit menerusi talian 03-6275 4070 untuk maklumat lanjut.


Sistem Levi Berbeza PIDM berjaya

Sistem Levi Berbeza PIDM berjaya

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah melaksanakan rangka kerja Sistem Levi Berbeza dengan jayanya bagi anggota penanggung insurans konvensional buat kali pertama tahun ini.

Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusannya untuk menggalakkan pengurusan risiko yang baik dalam sistem kewangan.

Anggota berkaitan mengemukakan penyata dan levi menjelang 31 Mei, demikian mengikut Laporan Tahunan PIDM 2012.

Sistem Premium Berbeza (DPS) bagi bank anggota telah dilaksanakan sejak 2008.

"Di bawah kedua-dua sistem, institusi anggota dengan profil risiko rendah membayar premium atau levi yang lebih rendah daripada anggota yang mempunyai profil risiko lebih tinggi.

Tingkat amalan pengurusan risiko

"Ini adalah insentif kepada institusi anggota untuk meningkatkan amalan pengurusan risiko masing-masing dan memperkenalkan proses penilaian levi dan premium yang lebih adil," kata Ketua Eksekutif PIDM, Jean Pierre Sabourin, dalam satu kenyataan semalam.

Antara pencapaian besar yang diketengahkan dalam laporan tahunan itu ialah peningkatan kesedaran orang ramai tentang PIDM dan sistem perlindungannya, iaitu Sistem Insurans Deposit (DIS) dan Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS).

Membeli-belah Hari Raya di Sunway Pyramid

Sunway Pyramid memulakan pengembaraan eksotik sempena Aidilfitri ini menerusi pengalaman membeli-belah unik dikelilingi seni, kraftangan dan budaya berwarna-warni Empayar Uthmaniyyah.

Bermula 19 Julai lalu hingga 18 Ogos depan, ruang legar utama aras LG1 kompleks beli-belah berkenaan membawakan pengunjung elemen serta pengaruh dari timur dan barat merangkumi kepelbagaian etnik Turki.

Dengan konsep `The Realms of Raya in Sunway Pyramid', pengunjung bakal menikmati sambutan meriah meliputi bazar mini mewah, barangan penebusan koleksi raya yang mempesonakan, sampul duit raya eksklusif, hidangan Turki dan 'dondurma', tarian dan persembahan Turki serta peluang memenangi percutian menarik ke negara timur tengah untuk dua orang.


Menurut Pengurus Besar Pemasaran Sunway Pyramid Phang Sau Lian, konsep itu cuba menampilkan perbezaan seni dan budaya Turki dalam mewujudkan kesan harmoni untuk menggabungkan segalanya bagi merayakan Aidilfitri.

"Bazar mini mewah pula sudah tentu menambah keterujaan membeli-belah dalam suasana berbeza dalam kalangan pengunjung, sekali gus menyempurnakan pencarian fesyen, barangan kecantikan, hiasan dan banyak lagi keperluan raya yang memberi lebih pilihan kepada mereka," katanya.

Bazar berkenaan akan memfokuskan konsep Turki yang menjual pelbagai barangan khususnya fesyen raya yang cukup bergaya termasuk baju kebaya, baju kurung, baju Melayu, kaftan dan songket.

Lokasi beberapa kedai ternama di sekitarnya seperti Laura Mercier, Crabtree & Evelyn, Rimba, Cold Storage dan Famous Amos menambah keriuhan suasana bazar mini mewah berkenaan.

Satu elemen paling menarik daripada seni hiasan Turki ini adalah manik `Evil Eye' iaitu azimat berbentuk mata yang cukup terkenal di Turki sebagai `Nazar'.

Nazar sering dipakai dipercayai untuk melindungi diri dari tenaga jahat dan negatif. Ia biasanya kaca buatan tangan dalam bentuk bulat atau titisan air mata dalam warna biru gelap, putih, biru cerah, hitam, malah kuning atau emas menyerlah.

Untuk menambah sedikit 'kemanisan' di kompleks beli-belah berkenaan, Sunway Pyramid juga membawakan hidangan terkenal Turki dan 'dondurma' - ais krim Turki yang dihidangkan dengan gaya.

Turk Samet Aksoz bakal mengadakan persembahan untuk menghasilkan ais krim di ruang legar sama itu untuk dinikmati pembeli.

Tekstur elastik dan melekit serta rintangan untuk lebur membuatkan dondurma menjadi `kegembiraan' untuk makan apabila lambungan blok ais krim dan bertukar kon tidak pernah menjatuhkan ais krim terbabit.

Raya bertambah meriah dengan kewujudan Sofia Iman di kompleks terbabit, salah satu daripada pengeluar songket dan baju Melayu terkemuka di Malaysia.

Komited untuk mengekalkan warisan dengan songket, baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya, Sofia Iman menawarkan koleksi reka bentuk yang luas berdasarkan tradisi gaya eksklusif dengan songket buatan tangan berkualiti tinggi serta pilihan fabrik sangat baik.

Pengembaraan beli-belah yang unik diteruskan dengan usaha untuk mencari hadiah sempurna sempena Aidilfitri. Bawa pulang hadiah dan cenderamata yang mempesona dari kedai Arabian Nights dan Arabian Oud yang menawarkan kristal cerah serta bungaan Lavieflo untuk menceriakan raya anda.

Lebih 890 kedai di kompleks beli-belah ini membabitkan empat presint berlainan iaitu Fashion Central, Oasis Boulevard, Marrakesh dan Asian Avenue mengikut pilihan gaya fesyen pilihan masing-masing.

Dalam pada itu, penebusan barangan koleksi raya yang mempesonakan di Sunway Pyramid menawarkan hadiah berupa sepasang mangkuk seramik cat tangan berinsipirasikan Turki dalam pelbagai warna untuk setiap pembelian RM600 dengan maksimum gabungan tiga resit atau RM500 untuk pemegang kad HSBC.

Pembeli juga boleh mengumpul set eksklusif peket raya apabila membelanjakan RM150 dalam satu resit atau RM100 untuk pemegang kad HSBC.

Memandangkan promosi Jualan Mega juga seiring 'Realms of Raya in Sunway Pyramid' mulai sekarang sehingga 1 September depan, pembeli berpeluang memenangi hadiah hebat apabila membelanjakan RM250 dalam satu resit atau RM150 bagi pemegang kad HSBC berupa percutian ke Turki dan lebih RM100,000 hadiah & baucar beli-belah lain.

Untuk sesi berbuka puasa, bangkitkan selera anda dengan tawaran di beberapa restoran menarik antaranya Simply Penang atau rasa antarabangsa seperti Thai Thai, Tarbush, Ole-Ole Bali atau Dubu Dubu yang baru dibuka yang menawarkan makanan halal Korea untuk kenikmatan anda berbuka puasa.

Anda juga boleh memilih untuk sesuatu yang lebih ringan dengan pelbagai jenis ban, roti, sandwich dan makanan ringan di The Loaf, Komugi atau Bread Story.

Pada tahun ini, Sunway Pyramid membawakan video 'Salam From the Heart' yang cuba mengingatkan pengunjung mengenai erti sebenar serta matlamat salam.

Salam bukan hanya sentuhan tangan dua insan sebaliknya ia lebih daripada itu. Menerusi komersial pendek yang ditayangkan sepanjang hari di kompleks berkenaan, ia diharap mampu menyampaikan mesej utama dalam menjadikan salam sebagai amalan seharian.

2014 tahun pengkomersialan produk

2014 tahun pengkomersialan produk
Tahun 2014 akan diisytiharkan sebagai tahun pengkomersialan produk inovasi dalam pelbagai bidang untuk dipasarkan di peringkat global, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah.

Menurut beliau, pengisytiharan itu adalah langkah serius MOSTI untuk memastikan produk yang dihasilkan menerusi inovasi tidak terbiar tanpa sebarang langkah proaktif.

"Kita akan memberi tumpuan kepada pengkomersialan produk yang pernah memenangi pelbagai anugerah emas dan dipatenkan sepanjang tahun ini selain yang belum memasuki pasaran di peringkat tempatan serta antarabangsa.

"Sebanyak 360 produk disasarkan untuk dikenal pasti termasuk teknologi bioperubatan dan bioteknologi yang perlu diberi perhatian bagi memastikan inovasi terhasil bakal memberi pulangan lumayan kepada ekonomi penduduk dan negara," katanya.

Abu Bakar berkata, beberapa produk itu perlu terlebih dulu dikomersialkan usahawan dan memasuki pasaran tempatan bagi menguji piawaiannya sebelum memasuki pasaran lebih besar seperti peringkat global.

"Kerjasama pintar antara pengusaha bersama agensi kerajaan dan swasta selain pasar raya juga antara langkah efektif dalam memastikan penghasilannya berada di tahap produktif serta memiliki nilai komersil global.

"Ia merangkumi tempoh percubaan produk selama dua tahun yang dikira mencukupi sebelum dipasarkan," katanya.

Kata beliau, pihaknya tidak mahu produk yang tidak diuji dari aspek komersial kerana bimbang ia tidak mendapat sambutan.

My SS Beauty: Peluang kurus secara percuma

My SS Beauty Sdn Bhd, syarikat tempatan yang menawarkan produk kesihatan jenama Trimbionic memberi peluang kepada 100 individu pertama yang ingin menurunkan berat badan secara percuma.

Pengarah Urusannya Susan Suria Ibrahim berkata, pihaknya akan menaja bekalan produk untuk penggunaan tiga bulan kepada mereka yang berhasrat menurunkan berat badan tanpa perlu menjalani diet yang ketat.

"Melalui penggunaan produk ini, pengguna masih boleh mengamalkan cara pemakanan seperti biasa dan tidak perlu mengamalkan jadual diet yang ketat.

"Ini kerana produk ini yang dihasilkan menggunakan teknologi Nano dapat membantu pembakaran lemak melalui proses perkumuhan," katanya kepada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, melalui program dijalankan itu, pihaknya akan memberikan enam botol Trimbionic untuk kegunaan selama tiga bulan kepada setiap peserta dan perkembangan serta perubahan yang berlaku akan direkodkan.

"Program ini dijalankan sebagai satu usaha kami untuk membantu mereka yang mengalami masalah mendapatkan berat ideal kerana kami percaya banyak produk pelangsingan badan di pasaran tidak memberi kesan sebagaimana diinginkan," katanya.

Susan berkata, walaupun sedang berpuasa, pengambilan produk itu tidak akan menjejaskan kesihatan pengguna malah membantu proses penurunan berat badan dengan lebih cepat.

"Pengguna hanya perlu mengambil satu biji Trimbionic dua jam selepas berbuka puasa dan amalkan minum air dengan banyak untuk mengelak rasa dahaga pada siang hari," katanya.

Menurutnya, mereka yang berminat menyertai program itu boleh melayari laman facebook MY SS Beauty.

URL: https://www.facebook.com/pages/MY-SS-Beauty/381648555277879

Clixster Mobile dekati golongan memerlukan

Clixster Mobile Sdn Bhd (CMSB) mendekati golongan kurang bernasib baik di empat rumah kebajikan menerusi `Program Mesra Amal Ramadan Clixster Prihatin'.

Pengendali rangkaian talian mudah alih maya terbaru negara itu memulakan program dengan singgah di Rumah Anak Yatim Shifa di Gombak, diikuti Rumah Perlindungan Al Nasuha dan Kem Modal Insan Kewaja di Batu Caves dan Rumah Titian Kasih di Titiwangsa.

Sumbangan disampaikan berbentuk wang tunai serta barangan keperluan harian seperti beras, air minuman kotak dan biskut.

Pengarahnya, Azrinaz Mazhar Hakim, berkata program itu bertujuan meringankan beban golongan kurang bernasib baik selain menceriakan mereka sepanjang menjalani ibadat dalam bulan puasa dan persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal.

Katanya, pihaknya memperuntukkan kirakira RM40,000 bagi tujuan amal itu, tahun ini.

"Program kemasyarakatan ini dirancang sejak dua bulan lalu dan ia adalah agenda utama kami pada Ramadan. Ia diharap dapat memberi sedikit sinar ceria kepada anak yatim yang menginap di asrama di sini," katanya yang ditemui ketika melawat Rumah Anak Yatim Shifa di sini, kelmarin.

Turut mengikuti lawatan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif CMSB, Noor Azlan Khamis, pihak pengurusannya dan barisan artis terkenal seperti Fazli Zainal, Ayu OIAM, Maya Matahari, Ani Mahyuni dan Aidil Abu Ghaffar.

Noor Azlan pula berharap program seumpama itu akan sentiasa mendapat perhatian dan sokongan daripada orang ramai demi kebaikan seluruh masyarakat selain merapatkan hubungan sesama Islam.

Mengenai CMSB, beliau berkata, Clixster adalah jenama talian telefon mudah alih 3G dan 4G prabayar terbaru yang memasuki pasaran industri telekomunikasi tempatan dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA), pada 2012.

"Setiap pengguna Clixster yang menggunakan perkhidmatan kami secara tidak langsung menyumbang satu sen kepada tabung `infaq' untuk tujuan amal. Hasil kutipan tabung itu kami salurkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan," katanya.

Bufet Berbuka Puasa @ Hotel Berjaya Times Square, KL (Bufet Ramadan di Hati 2013)

Bufet Ramadan di Hati, Hotel Berjaya Times Square

Bufet ini ditawarkan pada harga RM98++ (dewasa) dan RM49++ (kanakkanak).

Selain itu, pihak hotel turut menawarkan Pakej Mesyuarat Ramadan berharga RM100 bagi setengah hari hingga RM125 (satu hari). Pakej termasuk penggunaan projektor, kemudahan internet dan makanan ringan serta baucar makan malam.

Turut disediakan bilik solat bagi kemudahan pengguna. Maklumat lanjut mengenai tempahan, hubungi 03-2117800.


Hotel Berjaya Times Square

- Lokasi: 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur

- Laman web: www.berjayahotel.com

Menjanjikan beraneka juadah berbuka puasa yang istimewa dan lazat kepada pelanggannya, Hotel Berjaya Times Square menyajikan sehingga 200 menu hidangan berkonsepkan `Ramadan di Hati'.

Sepanjang Ramadan ini, keenakan menu sajian khas yang menyelerakan bagi santapan pengunjung berbuka puasa itu disediakan bersama Chef Yussof Hamid dan Chef de Cuisine, Chef Mazlee Abdul Rahman.

Antara menu berkonsepkan kampung disediakan termasuk ayam goreng berempah, daging gulai kawah, telur itik masak lemak, kepah masak lada hitam, sayur goreng jawa, ikan bakar, ikan kerapu masak pedas, gulai ikan talang dan nanas, asam pedas ikan pari, udang panggang percik dan aneka pilihan kuihmuih tempatan.

Setiap hidangan yang disediakan adalah resipi warisan selain menggunakan pelbagai rencah rempah ratus yang selalu digunakan di kampung.

Tidak ketinggalan, bagi penggemar sajian masakan dari Thailand, India, China dan Timur Tengah juga boleh menikmati hidangan berkenaan di barisan bufet yang pasti membangkitkan selera pengunjung.

Terletak di tingkat 14, Restoran Big Apple turut menawarkan pemandangan menarik sekitar Bukit Bintang kepada pengunjung sambil menikmati juadah berbuka puasa dengan pelbagai menu berbeza setiap hari bagi memberikan kelainan dalam menu disediakan.


Body Make-Up Bra Triumph

The new Body Make-Up Bra redefines the perfect T-Shirt Bra with its high definition invisibility and lightweight LYCRA XTRA FINE fibre.

Available in 1/2 Cup Push-Up, 3/4 Cup Push-Up and 3/4 Stretch Cup!

Body Make-Up Bra Triumph

The LYCRA XTRA FINE fibre of Body Make-up Collection provides you with a unique blend of style, comfort and weightlessness! The patented Memory Cushion foams cradle to your body contours for a sensuously snug and comfortable fit!

8 out of 10 women want to wear a bra and feel like they're not wearing anything! The incredible Body Make-up Collection comes with patented Memory Cushion cups that mould to individual body contours for the ultimate comfort, shape and a super-smooth fit.

Bufet Berbuka Puasa 2013 di Hotel Corus, Kuala Lumpur

Buffet buka puasa di Dondang Sayang Coffee House, Hotel Corus, Kuala Lumpur

Berbuka Puasa Sambil Beramal
Orang ramai yang ingin berbuka puasa dengan menikmati sajian kampung yang enak sambil menderma boleh berbuat demikian menerusi kempen berbuka puasa di Dondang Sayang Coffee House. Bermula dari 10 Julai hingga 7 Ogos. Sebanyak RM1 daripada setiap hasil jualan bufet berbuka puasa itu akan didermakan ke Rumah Titian Kaseh.

Selain itu, sambil menikmati keenakan makanan, hotel berkenaan juga menjual kuih raya coklat chip berharga RM10 satu paket untuk didermakan terus ke rumah berkenaan.

Hasil kutipan wang itu akan membantu melengkapkan sedikit sebanyak keperluan kanak-kanak dan ibu tunggal di sana dalam meningkatkan tahap pendidikan dan pembelajaran mereka. Selain itu, sumbangan dapat mengurangkan beban pengurus dan pengusaha rumah kebajikan berkenaan menyediakan kemudahan dan kelengkapan serta suasana yang lebih baik.

Untuk tempahan, sila hubung 03 21618888 sambungan 123 atau layari laman web www.corushotelkl.com.

Google Map: http://www.corushotelkl.com/googlemap.php

Buka puasa berkonsepkan keenakan makanan tradisional Melayu dengan cita rasa Selera Kampung memberi ruang kepada orang ramai menikmati ratusan jenis makanan.

Antara sajian yang disediakan di restoran itu adalah kuih-muih, nasi ayam, nasi kerabu, murtabak, kambing panggang, sate, rojak buah dan pelbagai makanan berlauk.

Selain kuih-muih, kurma, aiskrim, buah-buahan, puding dan agar-agar dijadikan sebagai pencuci mulut untuk mengakhiri acara buka puasa.


CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard,kad kredit CIMB baru

CIMB Bank melancarkan kad kredit terbarunya, CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard yang memberikan ganjaran membeli-belah dalam talian kepada pemegangnya serta program rebat tunai untuk pembelian runcit lain.

Selain menikmati rebat dua peratus untuk barangan keperluan, petrol, bil utiliti dan telefon bimbit, pemegang kad itu juga berpeluang mendapatkan pulangan semula tunai lima peratus menerusi perbelanjaan dalam talian dan diskaun sehingga 25 peratus apabila berbelanja di peruncit dan kedai dalam talian.

Sebagai tawaran pengenalan, bermula dari sekarang hingga Disember depan, pemegang kad itu juga akan menikmati rebat 20 peratus untuk pembelian tiket penerbangan, muzik di iTunes dan Google Play, filem dan aplikasi serta tiket wayang GSC yang dibeli secara dalam talian.

Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan dan Ketua Perbankan Pengguna CIMB Bank, Renzo Viegas, berkata pihaknya mahu memberi penyelesaian pembayaran yang mudah kepada pemegang kadnya apabila berbelanja dalam talian.


Katanya, kad baru itu juga akan menawarkan pelbagai ganjaran dan penjimatan apabila pengguna berbelanja dalam talian serta perbelanjaan harian lain.

"Kajian menunjukkan terdapat sebahagian pemegang kad kredit lebih berminat kepada rebat tunai dan diskaun produk, justeru kad kredit ini direka bagi tujuan sedemikian.

"Bukan saja syarikat menawarkan rebat tunai yang terbaik untuk pemegang kad, tapi turut bekerjasama dengan rakan niaga, restoran dan kedai serbaneka untuk mendapatkan diskaun yang hanya boleh didapati dalam CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard saja," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Viegas berkata, Malaysia adalah negara ketujuh paling aktif di Asia dalam melakukan transaksi beli belah dalam talian menurut Indeks AT Kearney 2012 e-Commerce.

Katanya, tinjauan untuk pasaran dalam talian juga dilihat cerah dengan jumlah urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka melonjak melepasi RM1.9 bilion menjelang 2016, dua kali ganda daripada RM842 juta yang dicatatkan pada 2011 menurut Euromonitor International.

"Pelancongan ketika ini adalah segmen yang sedang berkembang pesat dan kad kredit ini menawarkan ganjaran lebih besar apabila memberi 20 peratus diskaun tambahan untuk tempahan tiket penerbangan dalam talian.

"Di samping ganjaran dan diskaun, CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard turut menawarkan 10 peratus pulangan semula tunai ke atas faedah bulanan yang dibayar ke atas baki tertunggak, dengan syarat bayaran itu dibuat mengikut jadual ditetapkan selain ia juga antara tertinggi di pasaran," katanya.

Find out more here : http://www.cimbbank.com.my/creditcard/index.php?ch=cc&pg=cc_lu&ac=17

MUSE by Watsons (MUSE), Sunway Pyramid

Watsons kini mempunyai outlet jenama kecantikan terbaru, MUSE by Watsons (MUSE) di Sunway Pyramid.

MUSE by Watsons menawarkan kepada pelanggan 12 jenama antarabangsa eksklusif berkaitan penjagaan kulit dan kosmetik selain 24 jenama wangian yang terkenal.

Meneruskan konsep jenama Watsons 'Look Good and Feel Great', MUSE bukan saja menawarkan produk kepada golongan wanita tetapi juga kepada lelaki yang kini semakin mementingkan penjagaan diri.


Malah ia juga turut menawarkan khidmat profesional kepada pelanggan menerusi perunding pakar kecantikan, pakar kulit bertauliah serta khidmat mewarna kuku yang terlatih, katanya.

Watson yang sudah beroperasi di 12 negara Asia dan Eropah berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam jenama penjagaan kulit dan kecantikan menerusi MUSE.

Jenama MUSE bermula di Malaysia dan akan dikembangkan merentasi negara Asia kerana kami yakin ia mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan tahap kemodenan, keyakinan dan sifat berdikari para pelanggan terutamanya golongan wanita yang berumur 30 tahun ke atas.



(Ulasan + Sinopsis Novel) Wedding Night - Sophie Kinsella

Judul: Wedding Night
Penulis: Sophie Kinsella
Penerbit: Bantam Press
Harga: RM69.90


Ia seperti kisah tipikal dua beradik yang diceritakan menerusi pandangan masing-masing mengenai derita cinta hingga membawa mereka menamatkannya di Greece.

Lottie, si adik yang penuh harapan serta impian untuk hidup bahagian bersama teman lelakinya. Fliss, si kakak pula ibu kepada seorang anak lelaki yang bergelut dalam isu perceraian hingga membuatkannya melihat dunia dengan penuh negatif.



Fliss komited dengan kariernya sebagai pengarang majalah kembara dan disayangi adiknya, namun dia sering campur tangan setiap kali Lottie berdepan masalah cinta.

Kisah ini lebih kepada kembara pengalaman dan bukannya destinasi hidup mereka. Dalam Wedding Night ini, Sophie Kinsella cuba mengingatkan semula pembacanya mengapa dia masih menjadi salah seorang penulis fiksyen chic-lit wanita paling popular di dunia.

Biarpun rentak penulisan Sophie hampir sama dengan beberapa nukilannya sebelum ini - lucu, hangat dan membangkitkan semangat - Wedding Night sedikit mengecewakan bagi penulis.

Sophie masih berada dalam senarai pertama menjadi kegemaran penulis, namun watak Fliss yang terlalu inginkan adiknya bahagia hingga bertindak ekstrem pada malam perkahwinan Lottie membuatkan penulis jelak dengan komplot sabotajnya. Benar, Fliss bimbang Lottie sekali lagi terjebak dengan sindrom pilihan malang seperti yang berlaku beberapa kali sebelum itu, tapi jika kita amat menyayangi ahli keluarga - adik, abang, kakak mahupun anak - bukankah sebaiknya kita terima apa jua keputusan mereka kerana itu sebahagian daripada pengajaran hidup?

Bagi penulis, Fliss sebenarnya iri hati dengan kebahagiaan yang cuba dikecapi adiknya lalu menggunakan kisah perceraiannya sebagai alasan untuk membantu Lottie.

Meskipun kerap mengambil keputusan mendadak hingga akhirnya memakan diri, Lottie bukanlah wanita lemah dan mudah dipermainkan. Ya, Lottie mudah hanyut dalam cinta, namun dia juga pantas mengesan petanda bahawa hubungan cintanya tidak akan berkekalan.

Pada usia 33 tahun, Lottie enggan menghabiskan masa bercinta terlalu lama dengan teman lelaki yang jelas sekali tiada hasrat meneruskan hubungan itu ke peringkat seterusnya.

Lara atas perpisahannya dengan Richard, Lottie cuba menenangkan diri dengan kariernya sebelum Ben, teman lelaki pertamanya ketika berusia 18 tahun, menghubunginya secara tiba-tiba.

Pertemuan dengan Ben membangkitkan semula semarak cintanya pada lelaki itu dan mereka terus merancang mendirikan rumah tangga lalu terbang ke Ikonos, Greece bagi meraikan malam perkahwinan mereka.

Ikonos menjadi permulaan percintaan mereka 15 tahun lalu dan lokasi itu dipilih bagi mengembalikan semula memori pertama perkenalan Lottie dan Ben.

Apabila diketahui Fliss, dia sedaya upaya menggagalkan percutian bulan madu Lottie dengan harapan mereka berpisah selepas melihat keburukan pada diri masingmasing.

Daripada masalah katil hinggalah alahan pada kacang yang membuatkan Lottie nyaris maut, semuanya dilakukan Fliss dengan bantuan pengurus hotel (atas kapasiti Fliss sebagai pengarah majalah kembara yang memberikan reviu lima bintang untuk hotel itu).

Lottie akhirnya membatalkan perkahwinan itu, bukan atas bantuan Fliss, tapi selepas menyedari Ben bukanlah lelaki hebat yang dikenalinya dulu.

Menariknya, Sophie berjaya mengendalikan beberapa plot rumit terutama membabitkan isu perceraian dan tuntutan anak. Ada juga beberapa aspek penceritaan atau skop yang agak longgar, tapi secara keseluruhan Wedding Night ini mudah dan ringan isinya.

Oleh Nor Faizah Mohamed




Buffet Ramadan 2013 at INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam (BUFET RAMADAN INTEKMA RESORT)

Berbuka Puasa @ INTEKMA RESORT

If you desire something more for your Ramadan buffet this year, grab this special opportunity to break fast at Poolside INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam.

This year, the Ramadan buffet spread features more than 90 dishes daily with 10 hawker stalls.

One will be spoilt for choice with the delicious spread ala kampung dishes such as Daging Rendang Tok, Ikan Bakar Muara, Tempoyak Ikan Patin, Sup Tulang Rawan Berempah, Ikan Sepat Masin Gulai Nenas, Daging Masak Kerutub, Laksa Johor, Mee Udang, Ulamulam, Bubur Lambuk, and Kari Kepala Ikan Terangkat.


Don't forget to savour Murtabak Giant INTEKMA, known to be the biggest murtabak in town.

Resident artiste Fuad of Juara Kilauan Emas will entertain diners throughout Ramadan. In addition, Intekma Resort is also offering a zakat counter and Ramadan Tazkirah on weekends, a surau for performing Tarawikh and free parking.

The Ramadan buffet is available from July 11 to Aug 7 and is priced at RM55 nett for adults and RM37 nett for children aged 5 to 12, while for senior citizens and the physically disadvantaged, it is priced at RM50. To make reservations, call 03-5522 5009/5066/5000/5001.

(Sinopsis Novel) Some Day I'll Find You - Richard Madeley

Some Day I'll Find You - Richard Madeley

Novel Some Day I'll Find You nyata bacaan penuh emosi yang menyelitkan pengajaran hidup penuh mendalam.

Sebagai ketua keluarga, Oliver, peguam dengan reputasi tinggi, berjaya mengharungi keperitan Perang Dunia Pertama dan bimbang anak lelaki tunggalnya mengikut jejak langkahnya dalam bidang ketenteraan.

Anak lelakinya, John adalah juruterbang pesawat perang manakala anak perempuannya, Diana, masih belajar di Cambridge.

Di saat Oliver dan isterinya, Gwen, mengharapkan yang terbaik untuk si anak, John kemudian terbabit dalam skuad pertahanan menentang penjajahan Nazi. Apabila berkesempatan, John akan pulang bertemu keluarganya meskipun hanya seketika.

John tidak ketinggalan membawa pulang rakan sepasukannya, James Blackwell yang berjaya menambat hati Diana. Pada luarannya, James ibarat wira kacak bagi Diana tapi sebaliknya lelaki itu menyusun plot untuk membolot harta Oliver dengan mengahwini Diana.

Kala perang makin berlanjutan, John dan James dihantar bertugas dan apabila tragedi menimpa, Diana yang hamil hampir hilang arah dengan gelaran balu yang diterimanya.

Masa berputar 10 tahun selepas itu, di mana Diana berkahwin semula dan tinggal di selatan Perancis bersama suami baru, Douglas dan anaknya, Stella. Hidup Diana dipenuhi dengan kelas bahasa Perancis dan gaya mewah yang ditawarkan Douglas.

Namun, kebahagiaan yang dikecapinya itu tiba-tiba digugat dengan pendedahan dramatik yang membuatkan Diana, Stella dan Douglas dalam bahaya.

Nyata naskhah pertama Madeley ini penuh dengan babak mengejutkan, selain kombinasi emosi yang ditambah penceritaan segar walaupun ada beberapa plot agak berat hingga penulis mengambil masa untuk memahami situasinya.

Novel Some Day I'll Find You ini adalah kisah penuh cinta, tragedi, pengkhianatan dan debaran. Dengan beberapa aspek menarik sepanjang penceritaan, nukilan ini akan membuatkan pembaca teruja untuk mengetahui penamatnya.

Judul: Some Day I'll Find You
Penulis: Richard Madeley
Penerbit: Simon & Schuster Ltd
Harga: RM39.90

Top two pizzas to eat in Malaysia

Top two Pizzas to eat Domino's Pizza 

IF YOU LOVE pizza, you can't go wrong with the delicious, lip-smacking

Domino's Pizza.

The pizza chain is famous for its Aloha Chicken, which is pizza with diced pineapple and shredded chicken, and Classified Chicken.

Contact: 1-300-888-333






Pizza Hut

Pizza Hut is is famous for its Hawaiian Chicken and its Super Supreme pizza made with ground beef, pepperoni, beef cabanossi and chicken meatloaf.

Contact: 1-300-88-2525


Volcanic ash pendants can cause cancer - The Health Ministry

`Volcanic ash pendants can cause cancer'
The Health Ministry has warned consumers against using the Quantum Pendant or Fusion Excel pendant as it contains radioactive material, which can cause health risks.

Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said the pendant, made from volcanic ash, contained natural radioactive elements, uranium-238 and thorium-232.

"Analyses have found that there is a high concentration of thorium content in the pendant -- above the allowed limit.

"The usage of the pendants can cause cancer or genetic effects to the user, especially after wearing it for an extended period of time."

He said the control on the sale of the lockets fell under the Atomic Energy Licensing Board (AELB), as it was not classified under the Medical Devices Act 2012.

The ministry, however, will work together with the relevant agencies, including the Customs Department to prevent further sale of the product.

The pendant, sold at several online stores as well as at night markets, was said to have several health benefits which includes increasing the energy and memory of the wearer, and improving blood circulation.

Berbuka Puasa 2013 di Hotel Sunway Resort & Spa serta Hotel Pyramid Tower

Bertemakan Hidangan Antarabangsa di Fuzion dan Cita Rasa Muhibah di Atrium Cafe, Hotel Sunway Resort & Spa serta Hotel Pyramid Tower sekali lagi membariskan lebih 300 menu berbuka puasa tahun ini.

Fuzion di Hotel Sunway Resort & Spa manakala Atrium Cafe di Hotel Pyramid Tower menyajikan pelbagai menu kegemaran ramai daripada salad, sup, pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.

Bufet Ramadan dibuka mulai Isnin 8 Julai hingga 7 Ogos 2013.

Jenis minuman disediakan termasuklah air tebu, air selasih, air Bandung, air soya dan jus buahan. Semua salad disediakan segar termasuklah juga ulaman, rojak pasembor, kerabu betik udang kepai dan kerabu daging. Di samping itu ada tom yam udang galah, sup kambing Malbari, sup barli panggang berkrim dan sup cendawan berkrim.



Bufet termasuk hidangan A La Minute daripada stesen masak terus seperti Grilled Lamb Chop dengan jus Rosemary, pan-seared beef fillet dengan tomato salsa dan kentang kukus bawang dan herba. Pizza dan pasta juga dibuat mengikut permintaan.

Di ruang barbeku menyediakan seekor kambing panggang ala Maghribi, daging bakar, ikan sumbat inti kelapa, satay ayam dan daging, kambing panggang dengan jus Rosemary dan sos Surabaya.

Menu tempatan terdiri daripada nasi lemak kukus, nasi minyak, nasi briyani gam, lemang bakar, ketupat daun palas, gulai kawah, serunding ayam dan serunding daging dengan kuah kacang.

Menariknya, pengunjung berpeluang menikmati keenakan masakan pemenang anugerah Asia Barat iaitu Chef Khder Al Issa daripada Turki yang memasak Kumpir (kentang bakar), Kagitta Levrek Bugulama (ikan siakap stim), Uskumru Yahnisi (stew Mackarel kulit kayu manis), Istanbul Pilavi (pilaf ayam Istanbul), Kuzu Etli Taze Fasulye (kambing dengan kacang) dan hidangan pencuci mulut daripada Lorlu Baklava (Ricotta Baklava) hingga Zerde (puding safron) dan Peynirli Irmik Helvasi - Gaziantep (semolina Helva dengan keju).

Kuih muih Melayu tidak ketinggalan seperti tapai ubi, tapai pulut, kuih wajik, apam kelapa, pulut inti kelapa, kuih bahulu, kuih tiram dan dodol, manakala pemanis mulut ala Barat adalah seperti puding roti dan mentega, cucuran coklat dengan strawberi segar dan marshmallow, kek, tart lemon meringue, tiramisu, creme brulee, buahan, aiskrim, kek dan biskut.

Hidangan tradisional

Muhibba Delights di Atrium Cafe membariskan hidangan tradisional Malaysia dan Pan Asian antaranya gulai itik pisang muda, gulai kepala ikan Salmon dengan bunga kantan, gulai ayam nangka muda, gulai ikan tongkol Terengganu dan gulai ketam daun kaduk.

Menu lain adalah kambing masak kari darat, udang harimau masak serai, labu masak lemak dengan pucuk manis, siput sedut lemak cili padi, burung puyuh mayang sari, ikan siakap masak garam asam, kambing dalca dan kupang masak masam manis dihidang bersama nasi pelangi, nasi padang, nasi kuning limau purut, nasi briyani kambing dan nasi kukus.

Atrium Cafe tidak ketinggalan menyediakan bubur kacang merah, som-som, pengat pisang, buah Melaka, akok Kelantan, kuih loyang, kuih peneram, kuih bahulu, kuih suji, kuih pulut beras, kuih keria, lepat ubi dan dodol, kek black forest, krim karamel kelapa, petit pot with sour cherry, chocolate berry gateaux dan ginger mango brulee.

Bufet Ramadan di Fuzion dibuka dari 8 Julai hingga 7 Ogos mulai jam 6 petang hingga 10.30 malam berharga RM128++ dewasa dan RM64++ kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Bufet di Atrium Cafe berharga RM98++ dewasa dan RM49++ kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun dari jam 6 petang hingga 10.30 malam setiap hari.

Hotel juga menyediakan kemudahan tempat bersolat berasingan bagi lelaki dan wanita. Untuk tempahan sila hubungi 03-74951888, e-mel dinesrhs@sunwayhotels.com atau layari laman web hotel di kualalumpur.sunwayhotels.com


* Lokasi: Hotel Sunway Resort & Spa serta Hotel Pyramid Tower

* Bufet Ramadan dibuka mulai Isnin 8 Julai hingga 7 Ogos.

* Untuk tempahan hubungi 03-74951888, e-mel: dinesrhs@sunwayhotels.com

Laman web: kualalumpur.sunwayhotels.com

Kursus Perakaunan di Kolej PTPL

Diploma perakaunan bertujuan melahirkan graduan dengan kefahaman yang kukuh dalam aspek perakaunan sekali gus membantu mereka menjadi profesional dalam bidang tersebut.

Menyedari hakikat ini, Kolej PTPL mengambil inisiatif menawarkan kursus dalam bidang perakaunan sebagai antara bidang yang memberi peluang kepada lepasan SPM/SPMV untuk mendalami ilmu perakaunan di peringkat asas sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah atau kursus profesional seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).



Program ini mengandungi semua kursus perakaunan seperti kewangan, kos, pengurusan, percukaian dan pengauditan. Pelajar akan didedahkan dengan latihan secara teori dan praktikal sebagai persediaan kepada pelajar untuk memasuki komuniti perniagaan dan mengaplikasikan ilmu perakaunan dengan cekap dan lancar menggunakan sama ada sistem manual dan komputer.

Program perakaunan ini direka dengan mengisi objektif melahirkan pakar dalam bidang berkenaan sehingga ke peringkat profesional. Kurikulum kursus ini lengkap dalam melahirkan graduan profesional yang dapat memenuhi pasaran perakaunan/kewangan yang amat diperlukan dalam setiap bidang sama ada kerajaan atau swasta.

Sebagai kelayakan masuk ke program diploma tiga tahun ini, pelajar perlu mempunyai tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keutamaan diberikan kepada subjek Matematik dan Sains.

Selepas tamat pengajian diploma di Kolej PTPL, graduan berpeluang melanjutkan pengajian ke tahun dua di Management & Science University (MSU) di bawah Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP).

Yuran pengajian

Bagi pelajar yang berminat melanjutkan pengajian tidak perlu risau dengan yuran pengajian. Tabung PTPTN adalah antara badan menyediakan pinjaman kepada pelajar bagi menguruskan yuran pengajian dan juga badan tajaan lain. Selain itu, Kolej PTPL juga menawarkan bantuan kewangan melalui Anugerah Presiden PTPL, Biasiswa Pendidikan SKOR, dan juga pinjaman melalui institusi perbankan tempatan.

Untuk maklumat lanjut berhubung program ditawarkan di Kumpulan Kolej PTPL, sila hubungi 03-5513 6688 atau lawati www.ptpl.edu.my. Pilihan lain ialah dengan menghantar sms ke INFOPTPL nama emel dan hantar ke 013-2433677/017-3993034 atau 016-6308966.

Buka Puasa di Hotel Radius International (Buffet Ramadan 2013), Kuala Lumpur

Rusa panggang bersama sos, ayam kampung goreng, kambing panggang, gulai kawah dan lebih 100 menu menjadi pertaruhan untuk berbuka puasa di Restoran Kopitiam di Hotel Radius International, Kuala Lumpur.

Bermula 13 Julai hingga 5 Ogos 2013 seawal jam 6.30 petang hingga 10.30 malam, pelanggan dapat menikmati makanan yang disediakan dengan bayaran RM48 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas.



Empat set hidangan disediakan seperti aneka ulam dan kerabu, hidangan utama, juadah buka puasa dan hidangan pencuci mulut.

Untuk ulam dan kerabu, pelanggan boleh mencuba pelbagai jenis kerabu iaitu kerabu mangga, kerabu tauge, kerabu so hu, kerabu perut, kerabu kerang, kerabu betik, kerabu pucuk ubi, kerabu sotong, kerabu pucuk paku, kerabu kacang botol, kerabu daging, kerabu ikan masin, kerabu daun selom dan kerabu udang.

Semuanya digandingkan dengan pelbagai sambal iaitu sambal belacan, tempoyak, kelapa hijau dan sambal ikan bilis. Untuk melengkapkan hidangan, pencetus seleranya budu dan cencaluk.


Manakala hidangan utama termasuk beriani kambing, rendang daging, kari kepala ikan, ayam gulai hijau, udang masak lemak rebung, sotong goreng kicap, nasi beriani ayam, gulai itik masak lemak cili api, ikan siakap tiga rasa, sotong goreng kunyit, rendang kupang, tauge goreng ikan masin, nasi kabuli, nasi beriani jagung, kambing masak jintan, udang tomato, ayam kerutub, ketam goreng berempah, sayur pucuk manis keledek dan kailan ikan masin.


Pencuci mulut pula seperti puteri mandi, labu kukus ala Thai gula emas, cendol durian, pengat labu, bubur kacang hijau, sago gula Melaka, tahi itik, bubur pulut hitam, bubur jagung, pengat pisang dan pelbagai.

Kemudahan solat juga disediakan.

Untuk tempahan, sila hubungi talian 03 2715 3888 sambungan 8120.

Iz Pure Collagen 10,000mg

Iz Pure Collagen 10,000mg

Kulit dan sendi antara tunjang utama kesihatan yang harus diberikan penjagaan rapi.

Tahukah anda pengambilan secara konsisten kolagen bermutu tinggi Iz Pure Collagen 10,000mg membantu mengubahkan kulit yang menggeleber menjadi tegang dan halus.

Ini kerana kadar kolagen 10,000mg adalah kolagen tahap eksklusif dan asli bagi memberi tenaga sepanjang menjalani ibadah puasa.



Iz Pure Collagen 10,000mg adalah pati yang membekalkan khasiat isian kolagen serta menjadi tunjang utama bagi sesiapa yang mahu perubahan dalaman secara lengkap dan sihat.

Bermula dengan satu sachet Iz Pure Collagen 10,000mg yang diambil di waktu sahur, ia adalah pembentukan asas bagi pembinaan kulit baru.

Pengambilan secara konsisten dalam dua minggu, bahagian kulit tubuh akan di isi dengan kolagen merawat kulit yang rosak, kasar dan bersisik.

Kolagen juga membantu mengecilkan parut. Hasilnya kulit yang kasar mulai reda dan kelembapan mulai terserlah.

Type I - Ketegangan dan kehalusan kulit.

Type II - Kebaikan keseluruhan bahagian sendi-sendi.

Type III - Penambahbaikan struktur kulit

Iz Pure Collagen adalah produk terbaik bagi anda yang mahukan kandungan kolagen yang tinggi dalam tubuh.

Pengambilan berterusan kolagen asli membantu bahagian sendi, membekalkan protein dan menjaga bahagian selaput-selaput dalaman di antara sendi.

Ia juga membantu sebahagian sendi menjadi muda dan aktif semula. Ketika menggunakan Iz Pure Collagen 10,000mg, pengguna perlu bersabar dan mengikut peraturan supaya kesannya positif.

Jika anda mengambil secara berterusan dan mendapati kulit dan sendi ada perubahan positif, terus menggunakan produk itu bagi kesan jangka panjang.

Malah, jika produk itu menjadi amalan, anda tidak memerlukan suntikan untuk cantik kerana proses itu berlaku secara semula jadi.

Hubungi talian 019-2225942, 012-2215942, 019- 2527815, 03-60925942 atau Facebook: Zz Beauty untuk maklumat lanjut.

(Ulasan) Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa - Dr Zaharuddin Abd Rahman

Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa Review
Berhati-hati pada dosa yang disedari ataupun tidak dan ayat berbentuk amaran yang tertera di kulit buku Ledakan Facebook Antara Pahala dan Dosa karya pendakwah terkenal, Dr Zaharuddin Abd Rahman, antara daya penarik naskhah yang mendedahkan pelbagai dakwaan dikaitkan dengan laman sosial Facebook.

Hukum penggunaan dan pelbagai persoalan lain yang membelenggu umat Islam dimuatkan dalam buku yang dibahagikan dalam 15 bab, dengan dua bahagian utama, iaitu Facebook: Ke Syurga Ataupun Neraka dan Kongsi Status Facebook Berhikmah.

Pelbagai bab menarik termasuk Hukum Facebook dan Blog, Fenomena Puji, Ampu dan Bodek di Facebook dan Akidah, turut dimuatkan dalam buku yang menyediakan fakta menarik mengenai laman sosial terbabit.


Laman sosial
Antaranya lebih 800 juta masyarakat dunia menggunakan Facebook dengan menggunakan 70 jenis bahasa berlainan dan hampir 250 juga gambar dimuat naik setiap hari.

Buku setebal 170 halaman terbitan PTS Islamika Sdn Bhd ini boleh dikatakan satusatunya buku di pasaran yang menceritakan dengan terperinci hukum Facebook mengikut perspektif Islam dan memberikan panduan jelas kepada penggunanya agar tidak terpalit dengan dosa.

Bab 2, iaitu Dosa-dosa dan Facebook antara bab penting dalam naskhah ini yang antaranya menyenaraikan dosa yang sering tidak disedari pengguna termasuk mendedah keaiban suami atau isteri di Facebook.

Facebook juga terlalu banyak memuatkan gambar terutama wanita dengan gaya, aksi dan fesyen pelbagai serta tagging yang menandakan penggunaan gambar berkenaan sebenarnya adalah tanpa izin.

Bahaya di sebalik pujian

Selain itu, menerusi Bab 7 yang mengutarakan perbincangan Fenomena Puji, Ampu dan Bodek di Facebook pula, memberikan banyak saranan kepada pengguna laman Facebook supaya mengambil sikap berhatihati setiap kali menulis status, mengulas atau berkongsi pandangan.

Dr Zaharuddin menekankan bahawa Facebook boleh menjadi sumber pahala kepada penggunanya, sekiranya dimanfaatkan dengan betul dan antaranya menyebarkan status Facebook berhikmah.

Menerusi bab 9 hingga 15, Dr Zaharuddin mengetengahkan status yang boleh dikongsi di laman Facebok merangkumi aspek akidah, ibadat, keluarga dan rumah tangga, lelaki serta wanita, penghayatan motivasi yang boleh menjadi sumber pahala jika dimanfaatkan sebaikbaiknya.

Antara yang menarik ialah sabda Nabi Muhammad SAW mengenai hawa nafsu yang jika dituruti sewenangwenangnya akan membuka jalan mudah ke neraka, penghayatan alQuran dan petua mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Buku ini boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa dalam memantau sejauh mana anak mereka bijak, tulus dan tidak terkeluar daripada landasan Islam, ketika menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, Keek dan Instagram.

Pembaca juga diingatkan supaya sentiasa kembali kepada syariat dalam apa juga perbuatan yang dilakukan, termasuk dalam penggunaan laman sosial di alam maya.

Selebihnya, terpulang kepada pembaca untuk menilai sejauh mana buku berharga RM18 senaskhah ini menepati selera anda dan masih belum terlambat untuk bermuhasabah diri.

Ulasan Latifah Arifin

LEDAKAN FACEBOOK ANTARA PAHALA DAN DOSA
Pengarang: Dr Zaharuddin Abd Rahman

Tebal: 170 halaman

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Harga: RM18

Bintang: ****


Dr Zaharuddin Abd Rahman bukan saja seorang penulis, tetapi turut bertugas sebagai Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ahli Majlis Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM; Ahli Lembaga Pengarah Al Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd dan beberapa syarikat korporat lain.

Lulusan Sarjana Muda Usuluddin, Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti AlYarmouk, Jordan dan Ijazah Falsafah Kedoktoran Universiti Wales, United Kingdom.

Ketokohannya dalam hal ehwal syariah, semasa, ekonomi dan perbankan Islam menyebabkan beliau sering mendapat jemputan forum dan ceramah di televisyen, akhbar serta majalah.

Dinobatkan sebagai pemenang web Islam individu terbaik oleh Anugerah Media Islam 2009 melalui laman webnya, www.zaharuddin.net yang dikunjungi 5,000 orang setiap hari.

Sehingga kini beliau sudah menulis 13 buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab yang antaranya Wang, Anda dan Islam: Halal dan Haram Dalam Kewangan dan Perbankan, Malaysia: True Wealth, Formula Solat Sempurna dan Murabahah: Teori, Aplikasi & Isu dalam Perbankan Islam Semasa.

Khasiat minyak argan asli

Khasiat minyak argan asli

Setiap manusia mahu kelihatan cantik, justeru, tidak hairanlah mereka sanggup melakukan apa saja termasuk wang untuk menjadi jelita.

Namun, hati-hati kerana bukan semua produk kosmetik memberi kesan diharapkan kerana ada menggunakan bahan kimia berbahaya.

Justeru, untuk keselamatan dan mengelak kemudaratan, gunakan produk kosmetik yang diperbuat daripada bahan semula jadi, organik dan herba.

Penyedia standard natural dan organik terkemuka seperti Ecocet dan NaTrue menetapkan produk semula jadi perlu menggunakan bahan daripada tumbuhan, bukan paraben.



Bahan kimia paraben boleh menyebabkan kanser, begitu juga hidrokuinon yang memutihkan kulit dalam tempoh singkat turut mendedahkan risiko kanser kulit.

Bahan kimia lain seperti tertinoin, betamethasone dan merkuri juga amat berbahaya jika digunakan dalam produk kosmetik.

Pengguna usah keliru atau tertipu dengan produk kosmetik yang menggunakan label natural, sebaliknya anda perlu membaca senarai kandungan di kotak itu.

Ada produk meletakkan nama semula jadi tetapi di bahagian kandungan produk, ia mengandungi paraben (dalam bentuk metylparaben atau apa-apa yang berakhir dengan paraben).

Pengguna juga perlu melayari laman web, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang sentiasa mengemas kini senarai produk kosmetik yang dibatalkan kerana menggunakan bahan kimia terlarang.

Secretleaf International yang mengeluarkan produk jenama Secretleaf di negara ini, Brunei dan Indonesia sentiasa mematuhi prinsip semula jadi dan organik seperti yang ditetapkan organisasi luar khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat.

Antara jenama dikeluarkan ialah Pure Oil Series 01, krim arbutin, Moisturizing Facial Soap, Day & Night Cream, Tea Tree Oil, BB Cream dan Argan Beauty Discovery Set.

Setiap bahan semula jadi memberikan hasil yang baik kepada pengguna dan selamat digunakan walaupun sesetengah bahan itu tidak memberi hasil serta- merta berbanding produk menggunakan bahan kimia.

Secretleaf International mendapat kelulusan GMP dan ISO 9001:2008 untuk pengawalan kualiti bagi memastikan setiap produk dikeluarkan mengikut piawaian tertentu.

Hubungi 016-6626604, 016-2273815 atau talian bebas tol 1800-88-3818 (waktu bekerja) atau layari laman Facebook www.facebook.com/ mysecretleaf untuk promosi terkini atau www.secretleaf.com.my untuk senarai pengedar dan farmasi terdekat.