RAMADAN ini, Hotel Grand Blue Wave di Shah Alam, kembali ke zaman silam dengan mempersembahkan CitaRasa Asli Malaya yang pasti menggamit selera pengunjung untuk berbuka puasa.
Konsep kali ini amat berbeza kerana pengunjung bagaikan kembali ke zaman 1950-an di mana lauk-pauk asli dan tradisional dihidangkan.
Bermula pada puasa hari pertama sehinggalah malam Aidilfitri, pengunjung dapat menikmati lebih 70 jenis lauk-pauk setiap hari yang dihidangkan di Semarak Café dan Tingkat Lobi.
Pengunjung pastinya akan terpegun dan teruja dengan pelbagai hidangan istimewa disediakan kumpulan chef terbaik hotel berkenaan, bermula bermula dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.
Sajian aslinya menampilkan pelbagai jenis ulam, garden salad, udang dan kepah, roti segar dengan sup rusa, sup tulang rawan, bubur lambuk, daging rendang tok, ayam pencen masak kari, ikan merah asam pedas, udang goreng berlada, lala goreng bercili dan kambing lada hitam.
Tidak dilupakan, hidangan istimewa yang menjadi tarikan utama ialah ikan bakar Portugis, kambing panggang, kari ikan salmon dengan roti benggali selain sate, nasi ambang Tanjung Karang, ubi kayu rebus, mi kari, asam laksa dan kue tiau goreng.
Cendol pulut, pengat pisang, kek keju lemon, caramel dan minuman seperti teh tarik, air bandung, sirap ros selasih dan air soya disediakan sebagai pencuci mulut.
Bufet Ramadan itu ditawarkan pada harga RM89++ setiap seorang dengan diskaun 30 peratus jika tempahan dibuat pada Ramadan pertama sehingga hari ke-10 serta malam Aidilfitri.
Pemegang kad kredit terpilih boleh mendapat diskaun 20 peratus manakala korporat yang ingin berbuka bersama pelanggan, harga bermula dari RM65++ seorang untuk lebih 50 orang.
Hotel itu juga turut membuat promosi 'Weekend Family Deal', iaitu bagi setiap seorang dewasa, seorang kanak-kanak diberi percuma pada Sabtu, Ahad dan cuti am, bergantung kepada syarat dan peraturan.
Bagi yang memilih gabungan penginapan bilik bersama berbuka puasa atau sahur, Pakej Al-Mubarak disediakan pada harga RM240++ semalam untuk seorang berserta sajian berbuka puasa dan set sahur manakala untuk dua orang, harganya ialah RM300++ semalam. Pakej penginapan bersama set sahur pula hanya RM160++ semalam seorang.
Tempahan dibuka mulai 11 Ogos hingga 9 September.
Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi di 03-55118811 sambungan 2002, 2003, 2004, 2005 atau e-mel ke sales@bluewavehotels.com.