Kot Muslimah

Walaupun kot panjang merupakan fesyen biasa bagi wanita di Iran namun keselesaan pakaian ini menjadikannya turut diminati oleh wanita Malaysia.



Kedatangan ramai pelancong daripada Asia Barat dengan fesyen mereka menjadi tarikan kepada wanita di negara ini yang turut tertarik untuk bergaya seperti mereka.

Kot panjang paras lutut yang boleh dipakai bersama seluar panjang merupakan salah satu daripada fesyen muslimah moden bagi wanita yang suka bergaya dan dalam masa sama mengekalkan kesopanan.

Justeru, fesyen kot panjang ini dengan mudah diminati oleh golongan penuntut institusi pengajian tinggi dan wanita muda berkerjaya.

Rekaan yang menarik dengan kolar lebar, berbutang besar, berpoket dan boleh dipakai bersama tali pinggang, cantik dipadankan dengan tudung atau selendang panjang.

Dibuat daripada fabrik yang selesa seperti kain kapas dan kain jeans lembut, kot panjang ini sesuai sebagai pakaian untuk ke pejabat, kasual, bercuti atau bersiar-siar.

Banyak corak yang boleh dipilih sama ada yang tidak bercorak, corak jalur, corak bunga dan abstrak.

Apa yang menarik, dengan hanya satu seluar panjang, si pemakai boleh menggayakan dengan beberapa helai corak dan potongan kot panjang.

Bagi yang tidak selesa berseluar panjang, kot panjang ini juga cantik jika dipakai bersama kain potongan A atau skirt panjang daripada kain jeans.

Sempena bulan Ramadan, Ali Muslimah Fashion mengadakan jualan murah bagi pelbagai rekaan kot panjang dan inilah masanya untuk anda mendapatkan kot yang anda sukai.

Oleh MERAN ABU BAKAR

Jalani terapi dengan hanya berbaring

Sebut arus elektrik, pasti ramai membayangkan bahaya dan risiko. Apa tidaknya, jika terkena elektrik, mangsa akan menghadapi dua risiko, cedera atau maut.

Bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan arus elektrik digunakan untuk tujuan perubatan.

Melalui penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan.

Pelik? Barangkali terapi ini masih baru di kalangan masyarakat di negara ini, tetapi hakikatnya ia diguna pakai sejak ratusan tahun lalu.

Di negara luar, terutama Jepun, ia sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya, malah turut dipraktikan di klinik dan hospital.

Di Malaysia, manfaat daripada teknologi itu kini dinikmati masyarakat melalui pengenalan mesin terapi medan elektrostatik Dr Jism dan 'generasi kedua' Family Dr oleh Al-Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al-Jabbar).

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata kaedah yang diguna pakai itu mudah dan selamat.

Beliau berkata, arus elektrik yang dikawal mesin berkenaan dialirkan ke tubuh mengikut kesesuaian penyakit atau masalah kesihatan individu dalam tempoh tertentu.

"Mesin berkenaan mempunyai kepelbagaian fungsi yang menggunakan arus elektrik untuk membantu mengawal penyakit dan mengekalkan kesihatan di tahap terbaik.

"Dr Jism mengetengahkan fungsi voltan tinggi, voltan negatif, voltan rendah, tenaga gelombang ringan dan pengionan negatif.

"Family Dr pula pula mempunyai fungsi voltan tinggi, voltan negatif serta pengionan negatif.

"Mesin itu membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Kesimpulannya, ia membuang kekotoran dalam badan," katanya.

Penggunaan voltan tinggi berfungsi dalam membantu merawat pelbagai penyakit.

"Penggunaan fungsi voltan tinggi mempunyai tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Pemilihan tahap voltan bergantung kepada keadaan pesakit.

"Jika memilih tahap tinggi iaitu 9000 voltan, ia menggegarkan saluran darah untuk kadar 60 gegaran dalam satu saat. Umpama menggugurkan daun kering daripada sebatang pokok, ia mudah membersihkan saluran darah," katanya.

Fungsi voltan negatif pula lebih kepada membantu mengembalikan tenaga dan mampu membuatkan seseorang itu dalam keadaan segar sentiasa.

Katanya, arus elektrik digunakan tidak menggegarkan, sebaliknya 'menangkap' toksik dalam badan sebelum dikeluarkan menerusi proses pembuangan air besar atau kecil.

"Untuk fungsi ketiga iaitu voltan rendah, penggunaannya membantu mengekalkan tahap kesihatan dan mampu membuatkan seseorang itu segar sentiasa.

"Sesiapa yang tiada penyakit boleh menggunakan mesin itu," katanya.

Menurutnya, satu fungsi menarik Dr Jism ialah kemampuannya memecahkan lemak.

"Fungsi tenaga gelombang ringan cukup menarik kerana ia membantu dalam proses melangsing dan menguruskan badan. Testimoni mendapati dalam tempoh seminggu, seseorang itu mampu mengurangkan berat badan antara tiga hingga empat kilogram," katanya.

Mohd Faizal berkata, pengionan negatif pula berkesan dalam meneutralkan udara dengan pembebasan lima juta mitamin ke udara.

"Pesakit asma sangat sesuai menggunakannya. Alat pengionan negatif ini boleh disedut kerana ia turut berfungsi membebaskan oksigen dalam darah," katanya.

Beliau berkata, sesiapa yang ingin menggunakan terapi itu perlu menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dulu bagi mengesahkan masalah kesihatan dialami.

"Mesin terapi ini boleh digunakan untuk tempoh 20 minit hingga sembilan jam 58 minit.

"Sebelum dan selepas menjalani terapi, pengguna perlu meminum sekurang-kurangnya 1.5 liter air kosong atau air beralkali.

"Begitupun, terapi itu dilarang kepada mereka yang mempunyai alat perubatan elektrik dalam tubuh seperti jantung tiruan dan mesin paru-paru. Pastikan anda mendapat nasihat doktor jika mengandung, demam atau ada penyakit berjangkit," katanya.

Mohd Faizal berkata, sesiapa yang mencuba terapi tidak perlu melalui proses rumit, sebaliknya hanya perlu memilih sama ada mahu duduk atau berbaring.

"Ia menjimatkan masa dan tenaga. Sambil tidur terapi boleh dilakukan," katanya.

Sementara itu, pengusaha bengkel kereta, Mohd Yusof Musa, 59, berkata selepas 10 bulan mencuba terapi berkenaan, ia membantu merawat masalah kesihatannya.

"Paling ketara, saya mampu tidur lena berbanding sebelum ini. Badan tidak lagi sakit. Saya mudah membuang air dan ia boleh merasakan kotoran tiada lagi dalam badan," katanya.

Suri rumah, Zaini Mohd Yunus, 47, berkata dia mampu membuat kerja rumah seperti menyapu dan mengemas selepas sembilan bulan mencuba terapi berkenaan.

"Sakit lutut dan tumit semakin berkurangan dan badan berasa ringan. Jika dulu pergerakan terbatas, selepas mencuba terapi itu, saya mudah bergerak," katanya.

Sel Stem : Menyimpan tali pusat untuk kecemasan

3 tahun lalu, doktor mengesahkan Philip Meehan, 42, dari West Sussex, Selatan England menghidap penyakit leukemia dan memerlukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan segera.



Oleh kerana Meehan merupakan anak tunggal, dia tidak mempunyai kesesuaian darah di kalangan ahli keluarga untuk membantunya. Pada masa yang sama, dia mengambil inisiatif mencari penderma melalui Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan Anthony Nolan Trust selama enam bulan. Namun, usaha itu gagal.

"Keadaan menjadi kelam-kabut kerana saya perlu menjalani pemindahan sumsum tulang. Dalam kebingungan itulah, pihak hospital memberitahu saya mengenai satu perkara baru iaitu rawatan daripada darah tali pusat," katanya.

Kebetulan satu tali pusat ditemui dan ia sepadan dengan darah Meehan, walaupun harapannya tipis tetapi itu adalah satu-satunya penyelesaian buat kelangsungan hayat Meehan.

"Saya begitu bertuah dan bersyukur kerana seorang ibu dan bayi yang tidak dikenali telah menyelamatkan nyawa saya. Setiap hari saya akan memikirkan tentangnya (bayi) yang telah mendermakan sel stemnya.

"Oleh kerana program amanah tersebut merahsiakan maklumat penderma, saya tidak dapat mengetahui siapa mereka sampai bila-bila.

"Namun, saya bersyukur dan berharap mereka dikurniakan kesihatan yang baik pada masa depan seperti mana mereka memberikan 'kehidupan' baru buat saya," katanya yang bekerja sebagai jurutera bunyi.

Tambah Meehan, walaupun tidak 100 peratus pulih tetapi keadaan kesihatannya lebih baik berbanding dahulu.

"Saya masih rasa letih tetapi kekuatan saya kian kembali dan akan kembali seperti normal. Tidak sesihat dahulu tetapi ia hampir normal," katanya.

Itu adalah salah satu cerita kejayaan rawatan menggunakan sel stem yang kian mendapat sambutan. Ia bukan sahaja digunakan untuk merawat penyakit yang kritikal seperti leukemia malah, mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, penyakit hati dan osteoartritis.

Pengasas Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar memberitahu, sel stem merupakan sel utama yang terdapat di dalam badan manusia. Ia boleh berganda daripada satu sel kepada dua, dua kepada empat, empat kepada lapan dan berikutnya.

Selain itu, ia juga boleh berubah menjadi jenis sel dan tisu yang lain. Terdapat dua jenis sel stem manusia iaitu sel stem Hematopoietik (HSCs) dan Mesenkima (MSCs).

"Sel stem HSCs hanya boleh berubah menjadi komponen darah seperti sel darah merah, sel darah putih dan platlet manakala sel stem MSCs pula boleh berubah menjadi sel-sel dan tisu-tisu seperti otak, jantung, tulang, saraf dan rawan.

"Sel stem ini boleh datang daripada beberapa sumber seperti tali pusat (MSCs) dan darah tali pusat (HSCs) untuk bayi. Bagi orang dewasa pula sel stem boleh diambil daripada tisu adipos (MSCs), tulang sumsum (MSCs) dan darah periferi (HSCs)," katanya.

Malah, menurut standard antarabangsa, sel stem boleh terus hidup bagi tempoh masa yang tidak terbatas selagi ia disimpan pada suhu -190 darjah Celsius.

Baik pulih tisu

Nor Ashikin memberitahu, bidang perubatan kini memberikan fokus menggunakan sel stem untuk membaiki kerosakan tisu dan organ kerana ia dapat membantu bayi jika diserang penyakit atau kecederaan.

"Para doktor percaya bahawa sel stem mampu untuk memulih dan membaiki kerosakan yang berlaku. Bidang perubatan yang semakin berkembang kini terarah pada rawatan yang melibatkan kecederaan otak dan diabetes juvenil," ujarnya.

Dalam pada itu, sel stem juga dikatakan mampu merawat penyakit seperti sklerosis lateral amiotrofi (ALS), kecacatan jantung sejak lahir, kecederaan saraf tunjang, kecederaan otak, hilang pendengaran, penyakit hati, strok, palsi serebrum, penyakit jantung serta kecederaan ortopedik.

Selama ini kita disogok dengan maklumat bahawa sel stem hanya boleh didapati daripada tali pusat bayi namun, ia juga boleh didapati pada orang dewasa tetapi apabila peningkatan usia berlaku potensi sel stem tersebut merosot. Ini menunjukkan sel stem yang muda lebih baik.

Disebabkan orang dewasa tidak berpeluang menyimpan sel stem mereka, syarikat seperti CryoCord menyediakan perkhidmatan penyimpanan AdiMSCs, MarrowMSCs dan PBSCs kepada golongan dewasa.

"Walau bagaimanapun, sel stem tidak mampu menyembuhkan segala penyakit sebagaimana para penyelidik percaya bahawa rawatan sel stem mempunyai potensi bagi mengubah rawatan ke atas penyakit manusia.

"Terdapat beberapa rawatan sel stem melibatkan golongan dewasa sudah wujud, terutama sekali melibatkan pemindahan sumsum tulang yang digunakan untuk merawat leukemia," katanya.

Tambahnya, penyelidik perubatan juga menjangkakan dapat menggunakan teknologi daripada penyelidikan sel stem untuk merawat pelbagai jenis penyakit secara meluas termasuk kanser, penyakit parkinson, kecederaan saraf tunjang, sklerosis lateral amiotrofik (kemerosotan otot), sklerosis berbilang, kecederaan otot dan beberapa ketidaksempurnaan yang lain.

"Rawatan menggunakan sel stem untuk menyelamatkan nyawa sudah pun dipraktikkan sejak beberapa dekad yang lalu termasuk rawatan bagi pesakit leukemia, kanser dan gangguan darah," ujarnya.

Tidak menyakitkan

SEL stem perlu disimpan dengan teliti di dalam cecair nitrogen dalam suhu -190 darjah Celsius bagi mengelakkannya rosak.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Jualan CryoCord Sdn. Bhd., Pan Yok Suan memberitahu, prosedur pengambilan sel stem tidak menyakitkan kerana ia berlaku di luar tubuh dan pakar sakit puan hanya melakukan kutipan selepas si ibu melahirkan bayi.

"Ibu tidak akan rasa apa-apa kesakitan, begitu juga dengan bayi kerana tali pusat bayi hanya terdiri daripada vena dan arteri bukannya saraf.

"Berhubung dengan prosedur pungutan darah tali pusat, doktor akan mengambil darah tali pusat dan disimpan di dalam beg khas sejurus selepas kelahiran bayi. Doktor akan memotong tali pusat selepas plasenta keluar," katanya sambil memberitahu kutipan tersebut kemudian akan dihantar ke makmal di Cyberjaya, Selangor untuk diproses.

Berdasarkan Protokol Pembekuan Darah Tali Pusat New York, sel stem boleh disimpan sepanjang hayat di bawah suhu - 150 darjah Celsius.

SEL stem daripada tali pusat dikeluarkan untuk penyimpanan. - Gambar hiasan

CryoCord akan menyimpan sel stem di dalam cecair nitrogen yang mana suhunya -190 darjah Celsius. Selain itu, CryoCord akan membayar ganti rugi jika semua sel stem yang disimpan rosak apabila pengambilan sel stem untuk pemindahan.

Dalam pada itu, Yok Suan memberitahu kesedaran masyarakat kini mengenai penyimpanan sel stem sangat baik dan memberangsangkan, namun ia masih memerlukan sokongan daripada kerajaan seperti di negara-negara lain yang menggalakkan rakyatnya menyimpan sel stem.

"Menjadi organisasi perintis menyediakan kemudahan sel stem cryopreservation di Malaysia, CryoCord membina asas yang kukuh dengan membina pejabat dan makmal yang terletak di Lembah Klang.

"Dengan rangkaian yang luas di seluruh negara, kami mempunyai pejabat di di Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru dan Kuching di mana perunding kami akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyampaikan maklumat kepada semua pelanggan yang berada di luar Lembah Klang.

Oleh NURUL IZZA ROSLY

Informasi Tentang RXLite

RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.



RMLite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.

RXLite berkhasiat dalam:-


* Membantu membakar lemak
* Diperkaya dengan vitamin dan mineral
* Rasa koko yang lazat
* Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.



Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi:
1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan
L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

Promosi Berbuka Puasa Kenny Rogers

Sempena Ramadan, rangkaian Restoran Kenny Rogers tidak ketinggalan menawarkan sajian istimewa untuk dinikmati ketika berbuka puasa.



Jika sudah bosan menjamu selera di hotel atau berbuka dengan juadah bazar Ramadan, hidangan sihat Kenny's Balinese Chicken mungkin boleh dicuba.

Dipanggang dengan sempurna, satu perempat bahagian ayam itu dipenuhi rasa eksotik dengan masam manis serta kombinasi rempah ratus istimewa yang mampu membuka selera anda.

"Kami sentiasa mencabar diri untuk tampil dengan idea inovatif bagi menjadikan sajian ayam Kenny Rogers lebih mengujakan dan seronok untuk dinikmati seisi keluarga.

"Ramai orang menggemari makanan Asia kerana ia eksotik, unik dan menyelerakan. Saya yakin sajian ini akan menjadi pilihan pelanggan sepanjang bulan Ramadan," kata Pengurus Kanan Jenama, Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd., Esther Woo.

Sajian berharga RM16.90 itu turut dilengkapi dengan seleksi tiga hidangan sampingan pilihan anda dan mufin signatur Kenny Rogers.

Pelanggan boleh menikmati sajian itu dengan membuat tempahan melalui Roasters Ramadan Reservation (RRR) iaitu menerusi tiga langkah mudah - menghubungi atau datang terus ke restoran Kenny Rogers, tetapkan masa pesanan dan bayar bil untuk mendapatkan nombor meja anda.

Pastikan anda berada di restoran setengah jam sebelum masa yang diminta dan sajian panas sedia menanti untuk dirasai.

Khidmat penghantaran turut disediakan. Untuk tempahan hubungi talian 1300-888-878. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-2119 9888 atau layari laman www.krr.com.my. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Ketuhar OvenMate Europa

Faktor kepanasan melampau hingga mengakibatkan masakan menjadi hangus sering kali dijadikan alasan oleh kebanyakan wanita yang enggan menggunakan ketuhar ketika menyediakan hidangan.

Namun, ketuhar OvenMate Europa cuba lari daripada persepsi itu menerusi ciri JetCook yang membolehkan pengguna memilih lima fungsi memasak berbeza, sekali gus mengelakkannya terlebih masak dan kepanasan yang tidak menyeluruh.

Seperti yang disarankan Chef Zaidah Mohd Nor, OvenMate Europa ini bertindak dengan mengedarkan udara di dalam ketuhar lalu menghasilkan kepanasan sempurna.

Lima fungsi itu - membakar cara tradisional, Jet Cook, sistem nyah beku, pemanggang JetCook dan pemanggang atas - sememangnya membantu menghasilkan hidangan yang lebih baik serta menyelerakan.

Ketuhar OvenMate Europa sentiasa menjadi pilihan Chef Zaidah untuk kelas masakan kendaliannya kerana hasilnya tidak pernah menghampakan.

Malah, ketahanan serta saiz yang praktikal dan mobiliti pada ketuhar itu menjadikannya antara ketuhar tahan lasak apabila mampu bekerja lebih lapan jam sehari.

OvenMate Europa juga boleh digunakan untuk menyah beku makanan dalam masa singkat kerana dilengkapi dengan sistem kipas berputar.

Untuk keterangan lanjut, hubungi pusat jualan Kee Huat Radio di talian 03-78809907.

Tonik hati, Jabbar Hidayah HB, keluaran Al-Jabbar Herbs

Makanan penting untuk menjamin anda cerdas apatah lagi sepanjang Ramadan ini.

Justeru, pilih yang mempunyai kandungan tenaga dan serat tinggi bagi menjamin kesegaran dan kecergasan sepanjang hari.

Mereka yang tiada penyakit, jangan menganggap selamat sebaliknya perlu beringat dengan mengambil makanan berkhasiat.

Tonik hati, Jabbar Hidayah HB, keluaran Al-Jabbar Herbs di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor dapat membantu membekalkan tenaga kepada pengamalnya.

Tonik itu melancar pengaliran darah bagi membolehkan tindak balas membantu merawat kerosakan hati yang membengkak, mengecut dan sirosis akibat pertumbuhan sel yang tidak teratur.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain, berkata mereka yang menghidap penyakit kronik seperti Hepatitis A, B atau yang berkaitan radang hati sesuai mengambil tonik hati itu.

"Tonik ini bahan alternatif penyembuhan dan pembaikpulihan sel hati.

"Selain membekalkan tenaga dalaman, ia membantu menyuburkan pertumbuhan sel hepatosit (sel-sel hati) yang baru teratur dan lengkap," katanya.

Beliau berkata, tonik itu dirumus daripada 80 peratus bunga terpilih dan antara perubatan alternatif yang mendapat sambutan orang ramai.

Menurutnya, trend masyarakat yang tidak mengamalkan cara hidup dan pemakanan sihat mengundang pelbagai penyakit, antaranya kencing manis, darah tinggi dan kolesterol yang tinggi dalam badan.

"Hepatitis, misalnya, boleh terjadi disebabkan virus, pengambilan dadah, minuman beralkohol, bahan kimia atau jangkitan virus tertentu yang menyumbang kepada hati berlemak atau penyakit lain.

"Teruk atau tidak punca hepatitis bergantung kepada jangka masa pendedahan kepada ejen penyebab kerosakan hati," katanya.

Kamaruzaman berkata, berpengalaman lebih 15 tahun dalam perubatan tradisional memberinya keyakinan untuk memasarkan produk berkenaan.

"Tonik adalah ubat tradisional yang digunakan sejak bertahun-tahun lamanya merawat penyakit berkaitan hati.

"Namun, masyarakat perlu mengelak mengambil makanan berlemak bagi mengelak penyakit lebih serius.

"Elak mengambil minuman yang banyak mengandungi kafein kerana boleh merangsang saraf dan jantung selain menghasilkan asid hidroklorik berlebihan sehingga menyebabkan gastrik.

"Gula serta minuman yang bergas juga tidak baik untuk kesihatan termasuk hati," katanya.

Berbuka Puasa di Restoran Intai-Intai

Kenikmatan berbuka puasa di persekitaran seperti di rumah Melayu dengan seni binaan daripada kayu, berhadapan pula dengan tasik dan dikelilingi oleh pokok-pokok serta dihiburkan dengan bunyi cengkerik dan katak membuatkan anda seperti berada di kampung.

Memilih tema berbuka puasa Nuansa Tradisi Ramadan 2010, pemilik restoran Intai-Intai, Baha Azman Nor berkata, beliau menyediakan lebih daripada 101 jenis hidangan Thai ala Bangkok hawker foods' dan masakan kampung Kelantan yang menjadi kegemaran ramai orang.

Katanya, antara makanan Thai yang boleh dinikmati di restoran yang terletak di Ampang ini ialah ayam berempah dengan sos tom yam, ayam goreng berempah cili kering, ayam goreng dengan salad mangga, tom kha gai, kari daging hijau, sambal petai udang, udang galah masak lemak nanas, ikan keli bercili dan sebagainya.

Baha yang berasal dari Kelantan turut tidak melupakan makanan popular negeri itu seperti nasi kerabu kubang kawah bersama lauk-pauk seperti ayam percik, daging bakar, telur masin, hirisan ulaman segar juga nasi dagang dengan gulai ikan tongkol bersama telur dan acar rampai dan laksam.

''Pelanggan turut boleh memilih pelbagai jenis makanan di gerai-gerai yang kami sediakan. Seperti gerai satu yang dinamakan Bangkok Street Food terdapat makanan Bangkok, iaitu som tam, mee daging Thai , laksa Thai, pulut ayam goreng dan pulut mangga.

''Di gerai dua pula yang dinamakan Ala Minute disediakan Phad Phed Style, ladna, phad Thai, makanan laut dan bihun, mee serta kueyteow.

''Bagi peminat makanan bakar boleh ke gerai tiga kerana di sini terdapat kerang bakar, otak-otak, daging bakar dan kepak ayam panggang.

''Di gerai empat, iaitu Goreng-gorengan menyediakan cucur bilis, jemput-jemput pisang, goreng pisang, keledek, cempedak, keladi dan untuk kanak-kanak ada nuget ayam,'' ujarnya.

Jika masih lagi belum puas, anda boleh ke gerai lima yang menyediakan yong tow foo, gerai enam air batu campur, cendol dan thub tim krob manakala di gerai tujuh khusus untuk pelbagai jenis minuman seperti teh tarik, cincau selasih serai, bandung selasih soda dan leng chee kang.

Tidak sah rasanya jika tidak merasa bubur-bubur seperti bubur kacang, bubur pulut hitam, pengat pisang, kuih-muih Melayu seperti talam lapis ubi, kuih bakar, seri muka talam lapis cendol, kole kacang, pencuci mulut Thai, iaitu pulut mangga, pulut durian dan kastad labu.

Menurut Baha, bufet Ramadan Intai-intai bermula daripada pukul 6.30 petang hingga 10 malam.

Harga untuk hidangan bufet dibahagikan kepada dua, iaitu 1 - 7 Ramadan RM39.90 untuk dewasa Kanak-kanak lima hingga 12 tahun RM20 dan 8 - 28 Ramadan (RM48 untuk dewasa Kanak-kanak lima hingga 12 tahun RM25)

Setiap tempahan secara berkumpulan seramai 10 orang dan ke atas akan diberikan seorang percuma.

''Restoran Intai-intai adalah lokasi sesuai bagi meraikan seisi keluarga, rakan taulan, sanak saudara dan rakan niaga pada musim perayaan ini kerana kami menawarkan bufet Aidilfitri serendah RM35 seorang.

''Selain itu kami turut menawarkan pelbagai pilihan hamper eksklusif untuk Ramadan dan hari raya serta tempahan korporat. Pelanggan boleh melihat sendiri hamper yang kami sediakan di restoran sepanjang bulan puasa ini,'' tambah Baha lagi.

Untuk tempahan, hubungi Baha di 012-2882424.

Restoran Malaysia Negaraku RM2


Restoran Malaysia Negaraku
Jalan Plumbum AA/7, Pusat Komersial, Seksyen 7
40100, Shah Alam, Malaysia

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.

Kad prabayar MOL PayPal

Kad prabayar MOL PayPal boleh didapati di lebih 1,100 buah kedai serbaneka 7-Eleven pada harga RM15 di seluruh negara atau dipohon secara dalam talian di www.PayPal-MOL.com dan boleh diambil di cawangan EON Bank selepas permohonan diluluskan.



Seringkali keinginan untuk membeli-belah secara dalam talian terbantut apabila prosedur pembelian memerlukan seseorang memiliki kad kredit kerana kaedah itu dilihat lebih mudah dan praktikal.

Malangnya, tidak semua orang memiliki kemudahan kad kredit atau tidak berani menggunakannya secara dalam talian, lebih-lebih lagi golongan pelajar atau mereka yang boros berbelanja.

Justeru, apabila wujud satu penyelesaian yang ditawarkan PayPal dan MOL AccessPortal Berhad (MOL), pengguna Malaysia seharusnya tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengambil bahagian.

Ini kerana, hasil usaha sama PayPal dan MOL berjaya menghasilkan kad prabayar untuk membeli-belah dan pembelian permainan secara dalam talian yang dinamakan MOL PayPal - kad digital yang diisukan oleh EON Bank Berhad.

Ia membolehkan seseorang itu menggunakan akaun PayPal untuk membeli-belah secara dalam talian menerusi jutaan laman web beli-belah di seluruh dunia atau secara mudah menambah nilai MOLPoints untuk membeli permainan dalam talian, produk dan perkhidmatan, tanpa memerlukan sebarang kad kredit.

Menurut Timbalan Presiden Strategi Serantau dan Pembangunan Perniagaan, PayPal Asia Pasifik, Melanie Tan, kad prabayar MOL PayPal merupakan kaedah baru untuk membiayai akaun PayPal penggunanya.

"Rangkaian pengedaran MOL yang meluas, pengalaman kad prabayar dan peneraju gaya hidup digital menjadikannya pilihan ideal bagi usaha sama ini dan kami mahu menggabungkan kepakaran ke atas platform pembayaran dalam talian global kami," katanya.

Presiden MOL, Ganesh Kumar Bangah menjelaskan mereka percaya negara-negara Asia seperti Malaysia mampu bergerak seiring trend digital yang sedang berkembang pesat.

"Kad prabayar baru ini membolehkan ramai orang merasai gaya hidup digital serta menggunakan komputer dan Internet untuk membeli-belah tanpa ragu-ragu," katanya.

Tambah Ganesh lagi, kelebihan PayPal yang pantas, dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan dan perlindungan pelanggan. Ia digabungkan dengan pengetahuan intensif MOL bersama rangkaian dalam industri pembayaran di Asia bagi mewujudkan banyak peluang untuk pelanggan, peniaga dan penerbit permainan dalam talian.

"Kad digital MOL PayPal menyediakan pengguna Malaysia sekeping kad yang pantas, lebih selamat untuk membeli-belah melalui PayPal. Pengguna tidak perlu memasukkan maklumat kewangan setiap kali membeli-belah secara dalam talian.

"Apa yang perlu mereka lakukan adalah hanya dengan menekan klik di butang PayPal, memasukkan alamat e-mel dan kata kunci serta meluluskan pembelian.

"Kaedah ini bukan sahaja pantas, tetapi lebih selamat kerana PayPal tidak berkongsi maklumat kewangan pelanggan dengan peniaga," katanya.

Ujar Ganesh lagi, Polisi Perlindungan Pembeli PayPal turut menyediakan pulangan semula sepenuhnya untuk barangan yang dibeli tetapi tidak diterima pelanggan.

"MOL turut mempunyai lebih 200 permainan di bawah jenamanya dan secara aktif melengkapkan pemain-pemain dengan proses pembayaran yang selamat di Malaysia sejak tahun 2002. Kad digital ini membenarkan para pemain terlibat permainan yang mendapat sambutan hebat.

"Antara permainan yang popular ialah MMORPG dan World of Warcraft yang melibatkan lebih 11 juta pemain di seluruh dunia," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar, PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem pula berkata, kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kad kredit atau tidak yakin menggunakan kad kredit untuk pembelian dalam talian. Namun, Kad prabayar MOL PayPal terbukti selamat.

"Di samping proses pembelian yang mudah, pengguna juga dapat menambah nilai kad prabayar di lebih 15,000 lokasi di seluruh negara atau melalui perbankan dalam talian," katanya.

Makanan tambahan probiotik PROBYO, Elken

KETIDAKSEIMBANGAN probiotik di dalam badan mungkin boleh mengundang gangguan kesihatan dalam hidup seseorang. Probiotik merupakan mikroorganisma hidup atau bakteria baik yang membawa kebaikan kepada perumahnya jika diambil pada kadar yang berpatutan.

Ia juga bertindak membantu melaraskan proses pencernaan manusia dengan lebih baik.

Pakar Nutrisi Manusia dan Kesihatan dari Kanada, Dr. Thomas Tompkins, berkata, setiap aktiviti yang dilakukan pada hari ini membawa kesan kepada bakteria baik di dalam badan.

“Sebagai contoh, amalan diet dan gaya hidup tidak sihat, air minuman berklorin, pencemaran, tekanan, penggunaan antibiotik dan sebagainya boleh mengakibatkan kerosakan saluran gastrousus.

“Ia merupakan tempat yang paling berbahaya dan kotor di dalam badan disebabkan semua makanan, toksin dan bakteria usus berkumpul di sini,” katanya selepas memperkenalkan produk makanan tambahan probiotik PROBYO keluaran Elken Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Ujar Tompkins, saluran gastrousus yang tidak sihat boleh mengakibatkan gangguan pencernaan seperti gastroenteritis, penyakit keradangan usus, ulser peptik, kanser gastrousus dan lain-lain lagi.

Pengambilan probiotik dalam diet harian melalui makanan tambahan dapat mengembalikan keseimbangan bakteria baik dalam saluran gastrousus sekali gus membantu mencegah penyakit kronik.

“Salah satu elemen penting dalam probiotik baik ialah kandungan bakteria baik perlu mencukupi dari segi kuantitinya.

“Antara ciri lain adalah ia mampu bertahan kepada persekitaran berasid yang tinggi dalam perut supaya ia dapat sampai ke usus,” katanya.

Tambah Tompkins, perjalanan makanan tambahan probiotik adalah panjang dan perlu mempunyai ketahanan suhu panas dalam proses pengangkutan serta penyimpanan.

Katanya, jika ia tidak mempunyai ciri tersebut, kebanyakan bakteria baik itu akan mati atau tidak aktif apabila diambil oleh manusia.

Dalam pada itu, produk makanan tambahan probiotik PROBYO berbeza dengan produk lain kerana ia mempunyai salutan lipid pelindung untuk melindungi enam bilion bakteria yang terdiri daripada lima jenis bakteria yang berbeza-beza.

“Teknologi yang digunakan juga dapat dilindungi daripada haba, jus gastrik dan lembapan persekitaran bagi memastikan probiotik dapat sampai dengan selamat ke mikroflora usus.

“Bakteria baik ini dapat bertindak sebagai pengawal melindungi saluran gastrousus sekali gus memastikan mendapat faedah yang diingini oleh badan,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk PROBYO sila layari laman web www.elken.com atau hubungi talian 03-7783 3060.

Makanan di muka pintu

Anda tidak sihat dan tidak larat untuk masak mahu pun keluar berbuka puasa di luar. Telefon pula sarat dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) rakan yang mahu ke rumah untuk bertemu anda. Terlintas di fikiran menu masakan kampung sebagai juadah berbuka kerana sudah muak dengan menu makanan segera. Lalu apakah pilihan anda?

Dilema inilah yang pasti dihadapi bukan saja mereka yang tidak sihat, tetapi ramai lagi warga kota yang terlalu sibuk mengejar masa sehinggakan tidak sempat menjenguk dapur memasak juadah berbuka. Ramai yang selesa bergelar generasi `penunggu' makanan yang dihantar daripada keluar mencari makan, terutama ketika Ramadan.

Menyedari masalah itu, ada pengusaha yang menawarkan khidmat penghantaran makanan ke rumah. Sebelum ini, usaha itu lebih tertumpu kepada penghantaran mangkuk tingkat. Bagi sesetengah warga kota, mangkuk tingkat adalah penyambung kepada tradisi kehidupan dengan membekalkan makanan. Jika di India, mereka popular dengan `dabbawala' (orang yang menghantar kotak makan tengah hari) dan di Jepun dengan kotak makanan atau bento.

MangkukTingkat.com adalah satu organisasi yang aktif dalam perkhidmatan penghantaran makanan, selain keenakan dan kebersihan makanan yang dijamin.

Ia lazimnya menyediakan perkhidmatan membekalkan makanan tengah hari dan malam. Sajian itu disediakan pembekal yang dilantik syarikat dan dihantar ke lokasi ditetapkan tempahan pelanggan yang dibuat setiap Isnin hingga Jumaat, berikutan tiada perkhidmatan pada Ahad dan cuti umum.

Dan selaras perkembangan masa, kebersihan dan mesra alam, syarikat itu kini mengutamakan penghantaran makanan menggunakan bekas plastik yang lebih mudah dikendalikan.

Apa yang pasti, perkhidmatan MangkukTingkat.com sebeginilah sering menjadi pilihan warga kota ketika Ramadan.

Seperti diakui Pengarah Urusan MangkukTingkat.com, Khairul Anuar Rahman, kehadiran Ramadan menjadikan mereka tidak menang tangan kerana kekurangan kakitangan untuk menyediakan makanan berbanding hari biasa.

"Setakat ini kami menerima lebih 300 tempahan yang merangkumi kawasan sekitar Lembah Klang. Ketika ini, 80 peratus daripada pelanggan adalah golongan pekerja. Demi memastikan kualiti dan keenakan makanan terjaga kami juga mempunyai 20 operator yang memasak untuk MangkukTingkat.com.

"Saban hari, permintaan kian banyak. Perkhidmatan kami membantu menyenangkan pelanggan dengan menghantar terus ke tangan pelanggan. Mereka hanya perlu menunggu dan kami akan hantar," katanya.

Mengenai harga, Khairul Anuar berkata, harga serendah RM11 yang ditawarkan bagi bulan ini sama seperti hari biasa malahan mereka turut menitipkan buah dan kurma secara percuma.

"Demi menghargai pelanggan kami masih mengekalkan harga biasa dan menambah sedikit manisan seperti kurma untuk mereka. Namun harga sajian program MangkukTingkat.com adalah berbeza setiap bulan. Harga yang ditetapkan juga mengikut harga pasaran bahan mentah dan kadar upah.

"Kami akan merujuk kepada beberapa sumber antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Kami juga akan sentiasa memastikan bahawa harga sajian adalah berada pada tahap yang berpatutan," katanya.

Ada hampir 100 menu yang berlainan setiap hari disediakan termasuk masak merah, rendang, kari, asam pedas, dan masak lemak.

"Pelanggan boleh memilih sama ada inginkan ayam, daging atau ikan dalam penyediaan makanan.

"Kami ada keluarkan jadual untuk pelanggan kami melihat sendiri menu yang disediakan melalui laman web. Dalam sebulan boleh dikatakan kami akan menyediakan menu yang berbeza setiap hari," katanya.

Walaupun mempunyai 20 operator yang memasak untuk setiap kawasan, MangkukTingkat.com masih berupaya mengekalkan keenakan makanan yang sama selain kuantiti makanan yang sama.

"Demi menjaga kualiti dan memastikan keenakan makanan sama setiap kawasan, kami menggunakan pes dan dihantar kepada semua operator. Dengan cara ini tidak timbul isu makanan berlainan rasa dan semua pelanggan akan berpuas hati. Ada sukatan khas untuk setiap operator seperti kuantiti nasi, potongan ayam dan ikan apa yang patut dibeli. Ini semua dipantau oleh pengurusan MangkukTingkat.com sendiri," katanya.

Apa yang menarik, mulai bulan depan, penghantaran akan dilakukan menggunakan motosikal yang mempunyai kotak khas di belakangnya. Malah setiap penghantar makanan akan memakai seragam syarikat itu.

"Dulu kami hantar menggunakan kereta dan motosikal, tetapi September nanti kami melangkah setapak lagi dengan bekerjasama dengan sebuah syarikat penghantaran untuk mengambil makanan dari operator dan menghantar terus kepada pelanggan kami. Setakat ini kami lihat cara sebegini lebih cepat dan pelanggan juga berpuas hati," katanya.

Bekas plastik ganti mangkuk tingkat

TIADA lagi mangkuk tingkat dalam perkhidmatan penghantaran makanan MangkukTingkat.com, sebaliknya ia digantikan dengan bekas plastik yang lebih mesra pengguna selain dapat memastikan kebersihan terjaga dan kedap udara.

"Banyak faktor kami tak menggunakan mangkuk tingkat lagi kerana inginkan kebersihan terjaga kerana kami berikan bekas pakai buang. Berbanding mangkuk tingkat mereka terpaksa basuh dan kami akan ambil semula.

"Kini tidak perlu lagi dan boleh menjimatkan kos pengambilan semula mangkuk tingkat. Bekas ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi dan selamat jika dimasukkan ke dalam ketuhar pemanas. Ini satu langkah untuk kami lebih ke hadapan dalam perkhidmatan penghantaran makanan.

"Jika guna mangkuk tingkat, banyak tempat kita tak boleh masuk kerana ada penggera pengesan logam. Selain itu juga kami menanggung kerugian kerana ada yang tidak pulangkan semula mangkuk tingkat kami," katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai penubuhan asal syarikat itu, Khairul berkata, program ini berdasarkan kejayaan `dabbawala' di Mumbai, tetapi disesuaikan dengan keadaan di negara ini dan apa yang membezakan adalah mangkuk tingkat di Malaysia adalah versi teknologi alam maya.

Ia pada mulanya ditadbir oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dan memberi peluang kepada ibu tunggal menambah pendapatan dengan menjadi operator kepada program ini dan hasil keuntungan akan disalurkan kepada anak yatim dan kurang bernasib baik. Program ini selaras kedudukan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah sebagai penaung kepada lebih 200 anak yatim, miskin dan terbiar di enam pusat jagaan seluruh Malaysia.

Selain ibu tunggal, waris yang menjaga anak yatim mempunyai tanggungan masing-masing dan menyertai program ini sebagai pembekal makanan meringankan beban kewangan mereka.

"Memang dulu masa mulamula Yayasan Pembangunan Nur Hikmah yang uruskan, tetapi kini tidak lagi. Mereka masih berada di belakang kami, cuma MangkukTngkat.com sudah berdiri sendiri dan mempunyai pengurusan sendiri.

"Operator kami juga tidak lagi hanya terdiri daripada ibu tunggal malahan kami membuka peluang kepada semua yang ingin menambah pendapatan sebagai operator atau lebih mesra kami gelar rakan niaga.

"Buat masa ini kami masih menerima beratusratus permohonan untuk menjadi operator atau rakan niaga kami. Bukan saja di Lembah Klang malahan di luar seperti Johor, Perak, Melaka dan sebagainya. Cuma kami ingin menumpukan dulu di sekitar Lembah Klang.

"Kami mempunyai perancangan untuk luaskan ke seluruh negara dan apa yang kami sentiasa hajati adalah untuk menjadikan perniagaan ini sebagai francais. Dengan itu perniagaan sebegini akan lebih besar selain membantu menaikkan taraf kewangan semua," katanya.

Astro Tutor TV

Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah kerajaan di seluruh negara mulai 18 Julai sehingga 23 September ini. Mereka boleh melayari http://www.astro.com.my/ untuk melihat sinopsis program dan jadual. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tutor TV, mereka boleh menghubungi talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my.

-----------------------

Tabiat malas membaca sedikit sebanyak tetap ada dalam diri kanak-kanak dan remaja apabila diminta mengulang kaji pelajaran di rumah, walaupun ibu bapa mengasak secara bertubi-tubi dengan menyuruh mereka belajar atau melakukan kerja sekolah diberikan guru.

Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting menggalakkan anak mengulang kaji pelajaran dan tidak seharusnya cepat naik berang apabila enggan mengulang kaji pelajaran, sebaliknya memberi sokongan dengan menggunakan pendekatan tertentu bagi meningkatkan minat mereka terus belajar dan sekali gus mendapat keputusan dalam peperiksaan.

Sudah lumrah, segelintir kanak-kanak dan remaja memang tidak suka mengulang kaji pelajaran, sebaliknya lebih gemar menghabiskan masa menatap skrin kaca televisyen seakan tiada jemu di hatinya terutama apabila ada program yang diminati. Jika ibu bapa tidak tegas, seharian pastinya tumpuan mata terus melekat di depan televisyen.

Hakikatnya, kewujudan televisyen yang menyediakan pelbagai rancangan memang ada kebaikan dan keburukannya kepada masyarakat termasuk kanak-kanak dan remaja. Sebenarnya televisyen mampu merangsang golongan itu untuk belajar lebih berkesan menerusi program bersesuaian terutama jika ia dibuat dalam bentuk santai dan bersifat hiburan.

Televisyen sebenarnya, boleh dianggap sebagai medium alternatif dalam mendapatkan sumber maklumat dan ilmu. Kajian di peringkat global menunjukkan secara purata, pelajar mampu mengingati sebanyak 50 peratus apabila mereka melihat dan mendengar berbanding 10 hingga 20 peratus apabila mereka membaca.

Kajian berkenaan juga menunjukkan teknologi baru memberi kesan pembelajaran yang lebih hebat dengan membenarkan pengguna untuk memiliki interaktiviti yang besar. Kajian lain pula menunjukkan pembelajaran multimodal melalui media seperti televisyen dan internet terbukti mencetuskan retensi mental dalam jangka panjang.
Oleh itu, ramai kalangan penerbit menyediakan pelbagai program televisyen bercorak pendidikan untuk memberikan alternatif kepada pelajar mendapatkan bahan pembelajaran dan pendidikan (P&P) untuk pelajar.

Menyedari kesan positif daripada disiplin menonton televisyen atau interaktif di internet, saluran pendidikan Astro Tutor TV dijangka mampu melonjakkan minat pelajar mengikuti pembelajaran secara berkesan kerana modul yang disusun bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar dalam membantu persiapan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pengurus Saluran Astro TVIQ, Sharifah Noraidah Syed Ismail, berkata saluran berkenaan dipancarkan sejak pertengahan Julai lalu menerusi Saluran 100 adalah bertepatan dengan musim peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar, khusus mereka yang akan menduduki UPSR, tidak lama lagi.

Katanya, Astro Tutor TV diadakan khusus untuk membantu pelajar yang ingin menduduki UPSR yang sarat dengan kandungan sukatannya sama dengan pembelajaran di sekolah.

“Program ini disiarkan berterusan selama 24 jam, tetapi sirinya adalah berbeza kerana ada banyak mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar yang ingin mengikuti tutorial secara bersendirian di rumah, tanpa gangguan sesiapa,” katanya ketika ditemui Astro, di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Sharifah Noraidah berkata, antara subjek ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Ia akan diulang tayang bagi memberi peluang pelajar yang terlepas siarannya mengulangkaji pada siaran akan datang.

“Pelajar tidak perlu risau kerana subjek berkenaan akan ditayang berulang kali jika terlepas siaran pada awal pagi, mereka boleh mengikuti siaran sebelah petang.

“Melalui pendekatan yang holistik, program ini menyediakan topik persiapan menghadapi peperiksaan. Program diatur membantu pelajar menguasai tajuk sukar termasuk nasihat mengenai strategi pembelajaran, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan,” katanya.

Kesemua empat subjek UPSR itu boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris manakala Sains dan Matematik pula akan disediakan di dalam Bahasa Melayu dan Mandarin tidak lama lagi.

“Penyiaran subjek ini juga seperti serampang dua mata. Selain dapat mengikuti subjek tutorial, pelajar dapat mempelajari bahasa kerana mereka boleh memilih sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris,” katanya.

Lebih menarik lagi, saluran ini menyediakan pembelajaran bersifat interaktif apabila mereka boleh menyertai kuiz mini dengan menekan butang merah melalui alat kawalan jauh.

Dengan satu sentuhan butang, fakta dan formula akan segera muncul di skrin seperti serangkai kad imbasan. Pembelajaran interaktif ini tidak terhenti di skrin televisyen anda kerana laman sesawang Astro Tutor TV turut menyediakan ulangan pembelajaran, kuiz dan ujian percubaan secara dalam talian.

Sharifah Noraidah berkata, program di Astro Tutor TV digarap dengan bantuan guru berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi.

Pembelajaran akademik diseimbangkan juga dengan kandungan segmen Bijak Belajar, Lulus! dan Silap lagi ialah siri format pendek menggunakan ibu jari sebagai ’watak’ yang mengajar pelajar bagaimana untuk mengelakkan kesalahan yang biasa dilakukan di dalam peperiksaan dengan cara humor.

Bijak Belajar mengaplikasikan strategi guna-cuba seperti pemetaan fikiran dan kad imbasan, manakala Di dalam Lulus!, lima orang pelajar berketerampilan berkongsi rahsia peribadi mereka mengenai pengurusan masa dan motivasi diri.

Sharifah Noraidah menambah, ibu bapa juga sepatutnya melihat program orientasi saluran ini bagi membantu anak lebih memahami subjek disiarkan selain sebagai memberi galakkan mereka terus belajar.

“Sekiranya anak tidak faham, mereka boleh merujuk kepada ibu bapa. Astro mengesyorkan ibu bapa menjadi sebahagian daripada pembelajaran itu dan menggalakkan anak mencuba kuiz interaktif.

“Sokongan dan dorongan ibu bapa dapat meningkatkan pembelajaran anak. Di negara maju program seumpama itu yang menjadikan televisyen dan halaman sesawang e-pembelajaraan sebagai medium untuk membantu pelajar mengulangkaji,” katanya.

Tempahan Berbuka Puasa Melting Pot Café, Hotel Concorde, Kuala Lumpur

Sempena Ramadan, nikmati keenakan aneka juadah berbuka puasa dengan pelbagai ragam cita rasa disediakan di Melting Pot Café di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Pengunjung pasti berpuas hati, juadah yang dipilih mereka kerana semua menu disajikan adalah hidangan sedap belaka. Bukan itu saja, bagi memikat hati pengunjung, sajian bufet disediakan ditransformasi dengan gaya hiasan suasana kampung.

Seiring, atmosfera nostalgia yang diketengahkan pengunjung boleh nikmati hidangan kambing bersama nasi beriani, ikan merah panggang percik madu dan kari kepala ikan bersama roti Benggali. Hidangan berkenaan adalah sajian istimewa Chef Abbas yang kali pertama diperkenalkan untuk tahun ini.

Dengan harga bufet RM89++ seorang, pengunjung boleh teruja untuk menikmati pelbagai pilihan. Untuk salad, dapatkan kerabu dan aneka salad Thai seperti kerabu pucuk ubi, salad papaya Thai, salaf mangga Thai dan paru goreng sambal.

Setiap menu bufet merangkumi dua pilihan sup. Sup berperisa jagung manis dan daging ketam, bubur lambuk yang menjadi kegemaran ramai, sup ayam berempah dan tom yam disediakan panas di satu sudut.

Untuk hidangan utama, masakan kampung disediakan termasuk ayam kerisik daun limau, pucuk manis lemak keledek, ayam rendang pucuk ubi, udang sambal petai, siput sedut masak pedas dan banyak lagi.

Selain itu, stesen untuk menyediakan masakan yang dipesan dan pengunjung boleh menyaksikan kepakaran jurumasak menyediakannya. Antaranya ialah kaki kambing panggang, mi soto, laksa Penang, popia basah dan ais kacang yang lebih dikenali ABC.
Pilihan masakan Barat, Jepun dan China juga jangan terlepas pandang. Pilih saja yang berkenan di hati.

Ada empat menu bufet berbeza semuanya yang disediakan sepanjang Ramadan tahun ini dan ia akan bertukar setiap hari. Untuk tempahan hubungi 03 21442200 sambungan 2337.

Bufet Ramadan Red Box Ria Sogo

Bufet Ramadan Red Box Ria Sogo

* Ditawarkan bermula dengan harga RM35++ sekepala antara menu - udang sambal petai, ketam percik, ayam panggang santa berlanda, bergedil, rojak sayur dan sotong rendang kuah kacang, kuih muih dan pencuci mulut seperti ais batu campur, sweet dessert dan sweet milk honeydew.

* Bekerjasama dengan Unilever Food Solutions dalam menyediakan setiap hidangan.

* Keterangan lanjut hubungi talian 03-26947788 atau layari www.redbox.com.my

* Turut dilancarkan Kad Amal dan Kad Ucapan Hari Raya Awal Ashaari berharga RM3. Setiap RM2 hasil penjualan kad terbabit disalurkan kepada Yayasan Nur Karangkraf.

Penghargaan : Eksekutif Promosi dan Pengiklanan Red Box, Raja Marliza Safia Raja Samri Dandanan rambut Imran Ajmain: Chocolate Hair Studio, Kota Damansara (0162090230, 0361481486)

Antabax basmi kuman

Produk penjagaan diri Antabax melancarkan rangkaian baru yang membasmi 99.9 peratus kuman untuk perlindungan sepanjang hari yang diperkaya dengan pelembap dan vitamin untuk kesihatan kulit dengan penampilan baru di samping memperkenalkan duta produk, penyanyi yang sudah memenangi berbagai anugerah, aktres dan usahawan, Ziana Zain yang juga seorang isteri dan ibu kepada empat anak pada majlis eksklusif di Pusat Beli Belah 1Utama, di sini hari ini.



Antabax adalah rangkaian produk penjagaan diri yang boleh diharapkan dalam memupuk gaya hidup sihat dan bersih untuk seisi keluarga.

Produk ini telah diuji secara dermatologi agar sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan dengan kerap.

Rangkaian produk anti-bakteria terbaru ini termasuk sabun buku, cecair mandian, cecair pencuci tangan, cecair sanitasi tangan, tisu pelempab dan penyembur sanitasi tangan.

Ia terbukti memberikan pelindungan anti-bakteria sepanjang hari terutama ketika pengguna bimbang terhadap penularan wabak penyakit berjangkit serta keinginan mereka untuk mendapatkan perlindungan berkekalan daripada kuman.

Ia juga diperkaya dengan vitamin-vitamin penting bagi melembap dan menyegarkan kulit, menjadikannya amat sesuai bagi kegunaan seharian memenuhi keperluan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk.

Penampilan baru rangkaian produk kini lebih kemas dan rapi melambangkan produk yang berkesan membasmi kuman tetapi lembut agar pengguna berasa lebih segar selepas menggunakannya.

Menurut Pengurus Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Carmen Foo, usaha penjenamaan semula dan rumusan formulasi yang dipertingkatkan bagi produk ini mengambil masa lebih dua tahun, bermula daripada lakaran awal sehingga ke proses makmal, reka bentuk, prototaip, kajian pasaran, pengeluaran dan akhirnya dijual di pasaran.

Semua ini berpandukan kepada kajian konsumer yang berterusan serta kajian aliran pasaran bagi memenuhi keperluan dan tuntutan pengguna masa kini yang sentiasa berubah-ubah.

"Antabax sudah berada di pasaran sejak 2004 dan dalam tempoh yang agak singkat ia pantas berkembang menjadi kegemaran pengguna.

"Kami merasakan sudah tiba masanya untuk memperkenalkan formula baru, dan kami percaya penampilan baru serta keberkesanan jenama produk ini, ia mampu mencerminkan peningkatan populariti barangan ini di pasaran sejajar dengan penerimaan positif pengguna," kata Foo.

Rangkaian Antabax baru ini memberi manfaat besar kepada kulit kerana ia mengandungi vitamin C, E, B3, B5 dan B6 yang bertindak sebagai bahan anti-oksida dan anti-radang bagi melembut dan melembapkan kulit.

Dalam pada itu jenama tersebut turut memperkenalkan duta produknya iaitu penyanyi terkenal, Ziana Zain yang juga ibu kepada empat anak.

Menurut Foo, penyanyi itu mewakili sebahagian daripada pengguna utama di kalangan wanita dan lelaki yang arif terhadap produk yang mereka perlukan.

"Golongan ini ini juga mementingkan penjagaan kesihatan serta kebahagiaan keluarga dan diri mereka, memberi fokus terhadap kualiti, nilai dan mengutamakan aspek manfaat yang dapat diraih daripada sesuatu produk," katanya.

Katanya lagi, sejak 20 tahun lalu, Ziana sentiasa memberikan yang terbaik sama ada untuk keluarga - selaku isteri dan ibu - atau dalam dunia hiburan ketika memberikan persembahan secara langsung, merakam lagu, berlakon, menjadi mentor untuk bakat baru atau sewaktu mengendalikan urusan perniagaan.

Ibu kepada dua anak lelaki yang aktif ini, Muhammad Aiman, 10 dan Muhammad Ammar Amin, 7 serta bayi kembar, Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh, mengakui betapa dirinya begitu sukar untuk menyeimbangkan tuntutan keluarga dengan kerjaya terutama selepas anak sudah semakin besar dan mula berdikari ketika kariernya juga semakin memuncak.

"Sebaik saja anak saya yang sulung mencecah usia enam tahun, saya mencari produk penjagaan diri anti-bakteria yang lebih baik kerana dia begitu lasak, sentiasa bermain dengan macam-macam benda - pasir, lumpur, batu dan sebagainya - baik di dalam atau di luar rumah.

"Selain itu saya juga risau dia mendapat jangkitan daripada kanak-kanak lain sewaktu di tadika atau di rumah terutama disebabkan kanak-kanak suka berkongsi patung, mainan dan alat pembelajaran," jelas Ziana.

Dia sudah mencuba beberapa jenama anti-bakteria terkemuka lain tetapi bau ubat yang kuat tidak digemari oleh anggota keluarganya sebelum akhirnya membeli jenama import tetapi ia agak mahal terutama apabila jumlah anggota keluarga semakin bertambah.

"Kira-kira dua tahun lalu, saya mencuba produk Antabax di rumah salah seorang rakan baik saya dan berasa ia cukup bagus dan harum. Kami menggunakan lebih banyak jenama ini kerana ia mempunyai perlindungan anti-bakteria serta memiliki ramuan penjagaan kulit yang berkesan bagi memastikan kami terus sihat dan bebas daripada kuman," kata Ziana.

Koleksi Baju Melayu Den Wahab

Melangkah segak dengan rekaan Baju Melayu Tradisonal dari butik Den Wahab. Persalinan berona putih dan krim sering digayakan ketika majlis akad nikah. Tampilkan kelainan dengan memilih baju Melayu bercorak petak dan berona terang agar langkah anda lebih berani dan nampak gagah. Rekaan ini juga sesuai sekali untuk anda yang gemarkan gaya kontemporari.


Dapatkan koleksi terbaru Den Wahab:

Den Wahab Industries Sdn. Bhd.
No 4, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur
Lot 2F – 22,Tkt 2, SACC MALL, Jalan Perbadanan 14/9 Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Tel : 03-26988515 Faks : 03-26910795 / 012-2734553
Fax:03-55100515
Email : den_wahab@yahoo.com.my

~ Sumber: Pesona Pengantin

Promosi Berbuka Puasa dan Bersahur Hotel Hilton Petaling Jaya

Jangan lepaskan peluang berbuka dan bersahur bersama promosi ‘Citarasa Kampung sepanjang bulan mulia ini di Paya Serai, Hotel Hilton Petaling Jaya.

Jika anda terpaksa menginap di luar, berbuka dan bersahur di tempat yang sama adalah pilihan termudah menjimatkan masa. Selain itu, makanan yang disediakan juga cukup memuaskan hati. Bagi Ramadan ini, nikmatilah pelbagai hidangan dan promosi istimewa yang ditawarkan.

Dengan harga RM75++ untuk dewasa dan RM45 bagi dewasa, anda berpeluang menikmati beraneka masakan tradisional yang memberikan suasana kekampungan dengan menjamu pilihan menu terdiri daripada kambing panggang, kerabu pucuk ubi, sup ekor dan pelbagai masakan daging termasuk rendang daging dan kari ikan.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi talian 03-79559122.

Promosi Buka Puasa Sunway Resort Hotel

Sunway Resort Hotel & Spa membawa pelbagai seni dan budaya dari seluruh dunia dalam bentuk juadah untuk menu bufet berbuka puasa di restoran hotel lima bintang itu, Sun & Surf Café dan Kafe Atrium di hotel empat bintang miliknya, Hotel Pyramid Tower.

Bermula 9 Ogos hingga 10 September ini, pelbagai juadah tradisional, hidangan memikat selera dari Iran, Maghribi, Turki, Tunisia, Lubnan, China, India dan banyak lagi menanti tetamu sepanjang Ramadan ini.

Bufet Ramadan Kafe Sun & Surf berharga RM98++ seorang untuk dewasa dan RM49++ seorang untuk kanak-kanak yang dibuka mulai jam 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

Beraneka gerai menyediakan bufet diletakkan di bahagian luar kafe bagi memudahkan pelanggan untuk memilih juadah.

Bagi Kafe Atrium pula, selain juadah beraneka jenis, pelanggan juga berpeluang menyaksikan secara langsung cara memasak di gerai disediakan.

Bufet Ramadan di Kafe Atrium berharga RM85++ seorang untuk dewasa dan RM42.50++ seorang untuk kanak-kanak. Lebih istimewa, kedua-dua restoran itu menawarkan 25 peratus diskaun mulai 9 hingga 17 Ogos dan 7 hingga 10 September depan.

Tambahan daripada itu, sepanjang bulan mulia ini, pelanggan berpeluang memenangi cabutan bertuah untuk tiket penerbangan ke seluruh dunia.

Untuk keselesaan tetamu Islam, Sunway Resort Hotel & Spa dan Hotel Pyramid Tower turut menawarkan bilik solat berasingan bagi lelaki dan wanita.

Tempahan awal dialu-alukan. Untuk tempahan dan pertanyaan berhubung bufet Ramadan ini, boleh hubungi talian 03-74951888.

BlackBerry Cetus Kontroversi

Sepuluh tahun lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu.


Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih.

Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.

Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002 yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain.

Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat di pasaran.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah pasaran dunia.

Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih.

Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang gangguan.

Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan peranti tersebut tahun lalu.

Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS.

Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.

"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan rakyat masih boleh berhubung dengan saya.

"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.

Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada memasuki peranti tersebut.

Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja.

Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.

Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry.

Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry.

Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.

Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.

Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.

Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger (BBM).

BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod bar.

Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan pemilik BlackBerry lain?

Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan yang berada di luar negara.

Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan kepada pengguna-pengguna lain.

Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia.

Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan.

Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.

"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.

"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.

Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.

"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman perkhidmatan berkenaan.

Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.

"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.

Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.

Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna.

Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini.

"Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara.

"Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti," katanya.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Promosi Buka Puasa Bufet Ramadan The Coronade Hotel Kuala Lumpur

Marilah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan di Restoran Makan-Makan untuk menikmati pilihan makanan Kampung Melayu asli yang luas. Tema `Citarasa Kampung' kami melibatkan sembilan kitaran menu bagi memastikan setiap pelanggan kami menikmati pilihan berlainan setiap hari dalam seminggu.

Rasai sendiri 75 hidangan istimewa kami seperti Ikan Tongkol Goreng Berempah, Ketam Berlada, Gulai Ikan Parang Belimbing Buluh, Ayam Masak Merah Bermadu, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Dendeng, Ketam Masak Lemak Nenas, Ikan Keli Goreng Berlada, Telur Ikan Goreng Kunyit, Pajeri Terung, Lala Goreng Berlada, Gulai Nangka Ikan Masin, Rendang Udang dan Udang Sambal Petai.

Ianya dilengkapkan dengan himpunan juadah pencuci mulut yang lazat seperti Lompat Tikam, Puding Labu, Pengat Ubi Kayu, Badak Berendam, Agar-Agar Kepala Muda, Serawa Durian & Pulut, Tapai Pulut, Agar-Agar Gula Melaka, dan pelbagai jenis Kuih Melayu.

Pelanggan juga berpeluang melihat sendiri gerai aksi secara langsung yang menghidangkan pelbagai jenis masakan istimewa seperti Kambing Bakar, Satay Ayam & Daging, Mee Kari, Mee Rebus, Assam Laksa, Penang Char Kuey Teow, dan Soto Madura.

Bufet Ramadan bermula setiap hari dari 12 Ogos - 8 September 2010, pukul 7.30 mlm hingga 10.30 mlm. Kumpulan Seri Mewah akan turut serta menghiburkan anda dengan muzik tradisional Melayu dari pukul 6.30 ptg hingga 7.00 mlm di Lounge Lobi dan pukul 7.30 mlm hingga 8.30 mlm di Restoran Makan-Makan.

Solat tarawih sebanyak 8 (Lapan) Rakaat akan dilaksanakan setiap hari selepas Isyak di Bilik Kenanga, Tingkat 2.

Harga Bufet adalah RM40.00 ++ setiap orang dan bagi setiap 5 orang yang membayar penuh, orang yang keenam akan menikmati bufet secara PERCUMA. Bagi kanak-kanak, mereka yang berumur antara 5-11 tahun dikenakan harga RM20.00 ++ setiap seorang.

Untuk tempahan, sila hubungi Restoran Makan-Makan di 03-2148 6888 samb. 3203. Tertakluk kepada Syarat dan Peraturan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Michelle Cheang Pengarah Jualan & Pemasaran,The Coronade Hotel Kuala Lumpur Jalan Walter Grenier 55100 Kuala Lumpur.Tel: 03-2148 6888 samb. 3014 Faks: 03-21425359.

Promosi Buka Puasa di Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur

Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur di Jalan Imbi akan mempersembahkan Nostalgia Ramadan bersama Jaafar Onn di Checker's Cafe dengan konsep Balik Kampung yang menawarkan lebih daripada 80 jenis pilihan hidangan utama dan pencuci mulut dari Ogos 11 sehingga 9 September 2010.

Hanya pada RM69.90 + +, Checker's Cafe akan mempersembahkan pelbagai hidangan tempatan seperti Gado-Gado, Hati Ayam Goreng Berempah, Sambal-sambal dan Ulam, Daging Masak Arab, Sambal Udang Tumis Petai, Pucuk Paku lemak Cili Padi, Sotong Tumis Jintan dan lebih banyak lagi.

Bagi pencuci mulut terdapat pelbagai jenis kuih-muih tempatan Malaysia seperti Serawa Pisang, Buah Pic dengan Sagu dan Kelapa, pelbagai kuih Nyonya, bubur Cha Cha, bubur Pulut Hitam, buah segar dan lebih banyak lagi. Selain itu, tidak lupa juga dengan Buah Kurma yang sudah menjadi ikon menjelangnya bulan Ramadan.

Setiap tahun, bulan Ramadan selalu disambut dengan meriah di Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur. Tahun ini, chef selebriti Jaafar Onn akan hadir pada setiap petang untuk menghiburkan para tetamu yang datang untuk menjamu juadah-juadah Ramadan. Disamping itu, beliau juga akan mendemonstrasikan beberapa masakan kegemarannya - terutama Nasi 1Malaysia dengan Kari Ayam. Bersama-sama beliau, beberapa artis terkenal tempatan akan turut bersamanya untuk menghibur para tetamu.

Acara-acara menarik yang lain termasuklah cabutan bertuah yang akan diadakan setiap hari. Pemenang-pemenang cabutan bertuah ini akan memenangi hadiah-hadiah hamper santan Harmuni, minyak masak Mazola dan Beautex sumbangan dari Socma Trading (M) Sdn Bhd.

Harmuni, Mazola, Beautex, Adabi, Beras Jasmine, Health Builder dan Premier Cookware merupakan penaja utama untuk Nostalgia Ramadan bersama Jaafar Onn di Checker's Cafe, Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur.

Lebih menarik, diskaun 50% eksklusif akan diberikan pada tiga hari pertama dan tiga hari terakhir bulan Ramadan ini.

Diskaun 50% juga ditawarkan kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 55 tahun ke atas.

Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur juga ada menjual baucer Ramadan pada hanya RM55 bersih. Hubungi Checker's Cafe untuk menempah baucer eksklusif ini secepat mungkin - tarikh tutup, 10 Ogos 2010.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan meja, sila hubungi Checkers Cafe di talian 03 2716 1000 ext 188 atau layari laman webnya di http://www.dorsettinternational.com

Berbuka puasa di Restoran Seri Melayu

Berbuka puasa di Restoran Seri Melayu bermula dari 11 Ogos 2010 - 9 September 2010. Para pengunjung pasti teruja dengan aneka juadah lazat dan beraneka yang di sediakan khas oleh `chef' yang berpengalaman. Bertemakan "Nostalgia Ramadan", aneka hidangan istimewa sepanjang ramadan yang disajikan di meja buffet diantaranya ialah Bubur Lambuk, Nasi Kabuli, Ikan / Sotong / Kerang / Udang Bakar, Rendang Tok, Ikan Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, Sotong Goreng Jintan, Udang Masak Tempoyak, 10 jenis hidangan kerabu setiap hari, Gado-Gado, Tauhu Sumbat, Pecal Kampung, Laksa Utara, Mee Rebus, Mee Kari, Soto Ayam pasti membuka selera pengunjung untuk berbuka puasa bersama keluarga, sahabat handai, teman sepejabat dan para pelancong asing. Semua hidangan disediakan dengan mengekalkan elemen desa seperti didalam nyiru kelapa, periuk tanah, lesung batu dan ia sudah pasti mengimbau kenangan.

Seperti tahun-tahun yang lalu, berbuka puasa di Restoran Seri Melayu pasti tidak lengkap tanpa juadah yang disediakan secara langsung, hidangan rebusan, aneka gorengan, pemanis mulut yang istimewa dan aneka pilihan minuman sejuk dan panas.

Kami juga menyediakan ruang letak kereta dan bas persiaran yang luas, selesa dan percuma. Kemudahan surau bagi lelaki dan perempuan yang boleh memuatkan 50 jemaah dalam satu masa serta kemudahan Wi-Fi.

Harga buffet Ramadan 2010 / 1431H adalah RM70.00++ seorang dewasa, RM40.00++ seorang kanak-kanak 3-11 tahun manakala potongan harga 15% akan diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun dan keatas.

Dewan Besar Tun Rahah di Menara Yayasan Tun Razak di jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur turut menerima tempahan untuk berbuka puasa dan majlis rumah terbuka Aidilfitri untuk tempahan berkumpulan dengan minima 100 orang dan keatas. Harga buffet / set ramadan bermula dari RM43.00++ seorang.

Manakala di Restoran Berputar Seri Angkasa di Menara Kuala Lumpur, promosi "Non Muslim Lunch Buffet" yang akan dibuka dari jam 12.00 tengahari - 3.00 petang setiap hari dengan harga RM50.00 bersih seorang dewasa dan RM 25.00 bersih seorang kanak-kanak berumur 3-11 tahun. Bagi promosi buffet ramadan & antarabangsa dengan harga buffet RM135.00++ seorang dewasa dan 75.00++ seorang kanak-kanak berumur 3-11 tahun.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Ameir Aladin Endin, Pengurus Kanan Operasi Kumpulan Syarikat Seri Melayu, No,1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2145 1811 samb. 103. Email: ameir@ serimelayu.com

Bufet Ramadan Rasa Nusantara restoran Westside Bistro, Shah Alam

Sempena menyambut Ramadan beberapa hari saja lagi, restoran Westside Bistro, Shah Alam Convention Centre (SACC) memperkenalkan konsep baru, Rasa Nusantara untuk sajian bufet berbuka puasa.Konsep ala-Nusantara Melayu memberi kelainan sepenuhnya baik juadah yang disediakan hinggalah suasana persekitaran yang memaparkan hiasan ala kampung.

Memahami keinginan masyarakat bandar yang kadangkala bosan dengan suasana sibuk dan hirukpikuk kota, konsep berkenaan dipilih bagi pelanggan yang teringin menikmati suasana mendamaikan ala kampung dengan juadah enak masakan rumpun Melayu. Malah, hiasan dalaman secara keseluruhannya sambil diserikan dengan alunan muzik tradisional ghazal juga memberi suasana seperti berbuka puasa di kampung halaman.

Pengerusi Siera Management Sdn Bhd, Datuk Mohammad Adan, berkata selari dengan konsep hidangan Nusantara dibawa dari Kepulauan Melayu yang juga dikenali sebagai Rumpun Melayu, Westside Bistro turut menyediakan resipi asli tradisional dari Sumatera, Jawa, Lampung, Selatan Thailand, Filipina, Brunei dan juga keaslian masakan Malaysia.

"Konsep dan cita rasa selera berkenaan sudah pasti menyelerakan kerana masyarakat tempatan lebih gemar menikmati sajian ala kampung berbanding masakan ala Barat ketika berbuka puasa. Sajian enak itu juga secara tidak langsung mengekalkan cita rasa warisan masakan Asia kepada generasi muda," katanya ketika berucap sempena melancarkan konsep baru Bufet Ramadan Rasa Nusantara di Westside Bistro, Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam, baru-baru ini.

Setiap menu yang dihidangkan berlainan dari hari ke hari mengikut cita rasa rumpun Melayu. Bermula dengan pembuka selera seperti bubur lambuk, sup tulang, kerabu, ulam tempatan, sebelum hidangan utama juga disediakan. Menariknya sajian utama antaranya nasi beriyani, ayam masak lemak cili padi, acar rempah masak berkacang, ikan keli goreng, pindang ikan baung, gulai cumi, mysore kambing, sayur pucuk manis lemak putih, ikan masak masam manis, kembong sumbat kelapa dan banyak lagi boleh dicuba.

Memeriahkan suasana dan melengkapkan pakej Rasa Nusantara, Westside Bistro turut menyediakan manisan dan pemanis mulut enak seperti buahbuahan tempatan, buah kurma, kek dan pastri, cendol sagu gula melaka serta lapan jenis kuih muih. Antara yang menjadi tarikan di sana ialah gerai ais krim Lezzetto yang menyediakan juadah penyejuk badan selain terdapat cendol dan juga air batu campur.

Selain hanya dapat menikmati sajian yang disediakan pada bahagian dalam restoran, pelanggan juga boleh menikmati sajian yang disediakan di luar bangunan SACC menerusi 10 gerai kecil yang dibuka khas.

Tanpa perlu membayar lebih, pelanggan boleh mencuba sajian enak seperti roti john, roti bom, lidah lembu bakar dan air asam, sate, char kuetiau, mi kari nyonya atau bihun, kambing bakar bersama sos lada hitam dan juga makanan Jepun seperti tempura serta okra.

Pakej berkenaan adalah penyelesaian untuk memilih jalan terbaik menikmati sajian berbuka puasa. Paling penting adalah bajet selain dapat merasai pengalaman seiring dengan konsep bersama kualiti masakan yang dihidangkan.

Mohamad berkata, selepas menikmati sajian pelanggan boleh menunaikan solat Maghrib di bangunan SACC untuk lelaki dan perempuan.

Pelanggan yang tidak mahu ketinggalan menunaikan solat Tarawih, juga boleh berbuat demikian menerusi permintaan.

"Kami menyediakan imam dan bilal sepanjang majlis berbuka puasa di Westside Bistro untuk bersembahyang berjemaah. Namun, atas permintaan, kami juga akan mengadakan solat Tarawih di SACC bagi memudahkan pelanggan mengerjakan solat," katanya.

Pelbagai keperluan disediakan. Sehubungan itu, orang ramai dijemput menikmati sajian konsep rasa Nusantara pada harga promosi serendah RM38++ seorang bagi tempahan sebelum 13 Ogos untuk dewasa. Harga berlainan iaitu RM48++ seorang dewasa dan RM30 ++ bagi kanak-kanak berumur antara enam hingga 10 tahun.

Namun, bagi mereka yang tidak mengambil pakej Rasa Nusantara boleh menikmati sajian di luar dengan dikenakan bayaran mengikut sajian makanan yang dikehendaki.

SACC menggalakkan pelanggan yang ingin mendapatkan kadar istimewa boleh membuat tempahan awal sebelum 13 Ogos ini bagi menikmati promosi tawaran sepanjang bulan puasa.

Bufet Ramadan Rasa Nusantara

* Lokasi:Westside Bistro,

PusatKonvensyen SACC,

Shah Alam, Selangor.

* Telefon: 03-55118858

* Laman web: www.saccconvenstioncentre.com/promotions atau hubungan talian atau emailkan kepada nash@ saccconventioncentre.com.

Promosi Berbuka Puasa Restoran Sri Ayutthaya

Berbuka puasa dengan masakan Thai adalah antara pilihan sajian yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan tidak hairanlah kebanyakan restoran atau gerai yang menyediakan hidangan ini sering dipenuhi pengunjung.

Bagi penggemar sajian Thai yang ingin berbuka puasa secara eksklusif dengan suasana tenang, berhawa dingin dan menikmati sajian tanpa sebarang gangguan kunjungilah Restoran Sri Ayutthaya.

Hiasan dalaman Sri Ayutthaya yang menawan dan menarik pastinya menggamit kehadiran pengunjung untuk berbuka puasa.

Tidak seperti kebanyakan restoran setarafnya atau hotel yang menyediakan sajian berbuka puasa secara bufet, Sri Ayutthaya memberi lebih keselesaan buat pengunjung dengan cara memilih set menu pilihan.

Sepanjang Ramadan ini, Sri Ayutthaya menyediakan dua set menu untuk pengunjung. Tempahan untuk kedua-dua hidangan ini mestilah sekurang-kurangnya empat orang bagi setiap set dengan harga ditawarkan RM70 ++ seorang.

Set pilihan pertama menyediakan tom yam makanan laut, kerabu mangga, filet ayam panggang Thai dengan sos kunyit, udang goreng garing dengan sos rayong, ikan goreng garing dengan labu, ketam kulit lembut digoreng bersama sos pudina, brokoli goreng dengan scallop, nasi kukus, pemanis mulut dan jus tembikai.

Untuk set kedua pula pengunjung dihidangkan dengan tom yam makanan laut, kerabu rambutan, filet ayam panggang dengan hirisan laici, udang goreng daun selasih, ikan goreng bersama kari labu, ketam kulit lembut goreng bersama mangga muda, asparagus goreng dengan scallop. nasi kukus, pemanis mulut dan jus tembikai.

Ketua Pengiklanan dan Promosi Sri Ayutthaya, Denise Kong, berkata sajian yang diperkenalkan itu adalah istimewa untuk Ramadan ini.

"Kami menyediakan sajian Thai mengikut cita rasa tempatan dan pastinya memenuhi selera pengunjung," katanya.

Sajian kerabu rambutan sememangnya unik kerana ia disediakan mengikut cita rasa Malaysia dan rasanya begitu enak, rugi jika anda tidak mencubanya.

Selain itu, ketam kulit lembut juga menjadi pilihan pengunjung kerana bukan saja rasanya yang enak, malah digoreng garing, tambahan pula tidak banyak restoran yang menyediakan sajian ketam jenis ini.

Untuk memulakan berbuka puasa, restoran ini memberikan secara percuma minuman seperti bandung, sirap selasih atau cincau, dua biji kurma dan sejenis kuih.

Bagi pengunjung yang tidak mahu berbuka puasa dengan dua pilihan set menu itu, mereka boleh menempah hidangan yang sedia ada.

Memahami cita rasa rakyat Malaysia yang gemarkan teh tarik atau kopi, Sri Ayutthaya juga ada menyediakannya.

Sebagai menghormati umat Islam, Sri Ayutthaya turut menyediakan bilik solat dan ini memberi kelebihan buat pengunjung untuk menikmati hidangan dengan lebih tenang tanpa perlu tergopoh-gapah untuk pulang mengerjakan solat Maghrib.

Ditanya bagaimana cara untuk berbuka di restoran itu, Denise berkata, kebiasaannya pelanggan akan menelefon terlebih dulu dan menempah sajian mereka mahukan.

Bagi yang tidak membuat tempahan, kebiasaannya mereka datang lebih awal dan dapat menikmati sajian sebaik masuknya waktu berbuka puasa.

Memiliki jumlah tukang masak yang ramai dan berpengalaman, Sri Ayutthaya tidak berdepan masalah menyediakan untuk dinikmati pelanggan sebaik masuknya waktu berbuka.

Untuk tempahan hubungi talian 03-56310928 (USJ), 03-20942333 (Damansara) dan 03-41436883 (Wangsa Maju).

Promosi Berbuka Puasa Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

SEMPENA Ramadan ini, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mempersembahkan promosi Berbuka Puasa unik dan menyelerakan, bertemakan 1Malaysia.

Terdapat lebih 200 juadah daripada 24 gerai yang menampilkan cita rasa tradisional Melayu. Pengunjung boleh menikmati juadah utama disediakan iaitu sup gear box, kari kepala ikan, pengat durian, gulai kawah istimewa, kambing panggang, BBQ Mongolia dan banyak lagi.

Pengunjung juga dapat menikmati juadah buah-buahan tempatan antaranya durian, rambutan, manggis dan langsat.

Dengan harga berpatutan iaitu RM90 (bersih) untuk dewasa dan RM45 (bersih) untuk kanak-kanak, pengunjung akan dapat menikmati juadah menyelerakan.

Diketuai Chef Kumpulan Residence Hotel & Resort, Chef Ridzhuan, menu utama pada tahun ini amat unik kerana dimasak di hadapan pengunjung membolehkan mereka menikmati lauk-pauk yang segar dan panas.

Juadah kali ini adalah resipi Chef Rizdhuan yang memenangi anugerah 'Chef of the Year' 2010 daripada Persatuan chef-chef Malaysia, baru-baru ini.

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang dulunya dikenali sebagai Best Western Premier Seri Pacific baru saja selesai proses penjenamaan semula.

Promosi Ramadan adalah dari 11 Ogos hingga 10 September dan lokasi utamanya ialah di Ballroom utama dan Restoran Zende.

Buffet Ramadan The Apartment, The Curve

Ramadan tahun ini, restoran The Apartment menawarkan sejumlah sajian tradisional yang menyelerakan untuk pengunjungnya. Bermula Selasa lalu hingga 9 September depan, restoran yang bertempat di pusat beli-belah The Curve dan Suria KLCC itu menyajikan pelanggan dengan hidangan pada harga yang berpatutan.

Pengarah Urusan Chaswood Resources yang merupakan syarikat pemilik The Apartment, Andrew Reddy berkata, sajian masakan rumah boleh dinikmati pelanggan Muslim selepas seharian penat bekerja pada Ramadan ini.

Menariknya, dalam bufet Ramadan The Apartment, Ketua Chef, Rafizi Shariff akan menyediakan hidangan asli Negeri Sembilan dan Perak.

Antaranya termasuklah daging salai masak lemak, sambal jering, ikan kembung masak tempoyak dan rendang ayam Kuala Pilah. Masakan-masakan itu diilhamkan Rafizi melalui hidangan yang dimasak ibunya sewaktu beliau masih kecil.

Bagi yang ingin merasai hidangan lain seperti masakan tempatan atau Barat, menu The Apartment juga menawarkan 50 pilihan hidangan berbeza antaranya hidangan kambing bakar, itik bakar, krim karamel dan puding coklat.

Bufet Ramadan di The Apartment bermula pada harga RM55.90++ (orang dewasa) dan RM19.90++ (kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah).

Berita baiknya adalah jika anda datang dalam kumpulan seramai 10 orang, pelanggan ke-10 berpeluang menikmati hidangan bufet Ramadan secara percuma.

Untuk membuat tempahan, sila hubungi The Apartment di talian 03-7727 8330 (The Curve) atau 03-2166 2257 (Suria KLCC). Bagi tempahan dalam talian, sila layari laman web www.atheapartment.com. - YEO LI SHIAN

Cara Minum RXLite Di Bulan Puasa


Tip Diet Ramadan RXLite. Cara Minum RXLite Di Bulan Puasa.

Serum Dior One Essential - Kulit tegang tanpa laser

"Anda kelihatan cantik pagi ini. Wajah anda kelihatan segar dan tenang,” antara bicara awal wanita-wanita di Jepun. Walaupun mengamalkan cara hidup yang sihat, mereka percaya pemilihan produk penjagaan wajah sangat penting.



Mencecah usia 40-an, mereka takut kulit wajah kian kendur dan garisan kedutan semakin menyerlah. Selain mengambil cara mudah seperti pembedahan plastik atau laser, penggunaan produk anti-penuaan antara langkah awet muda. Mungkin ramai yang tidak tahu, serum anti-penuaan merupakan rutin penjagaan wajah yang perlu diamalkan setiap wanita.

Serum merupakan aspek penting dalam rutin harian kecantikan pada abad ke-20.

Walaupun kesan yang dihasilkan agak lambat berbanding dengan surgeri atau laser, ia juga mampu menegangkan dan menghilangkan kedutan wajah.

Pada era ini, pelbagai jenis serum yang wujud sama ada secara biologikal atau buatan.

Ada juga serum yang mengandungi nutrisi atau beberapa mineral. Tidak ketinggalan, serum yang terdiri daripada bahan haiwan.

Justeru itu, Dior memberi pilihan kepada pengguna dengan mengeluarkan serum yang terdiri daripada albumin. Ia merupakan kumpulan protein ringkas yang larut dalam air yang terdapat dalam putih telur, plasma darah dan sebagainya. Teknologi ini mengurangkan was-was pengguna yang tidak mahu menggunakan serum haiwan.

Bukan itu sahaja, evolusi baru ini dapat melindungi haiwan daripada salah guna untuk keuntungan industri kosmetik.

Sejak tahun 1986, Dior berusaha mengeluarkan serum terbaik menerusi kajian yang terperinci.

Mereka berkeyakinan serum semula jadi lebih terbaik tanpa merosakkan kehidupan lain.

Lahirnya babak serum baru, One Essential menjadi serum universal khusus untuk penjagaan kulit.

Tekstur serum yang mudah menyerap dan selesa memudahkan aplikasi walaupun dengan bahan berteknologi tinggi dan haruman segar.

Ritual kecantikan


Sementara serum juga adalah cecair yang mudah meresap ke kulit seperti sutera dan bertindak balas dengan segera.

Krim dan serum menjadi ritual kecantikan terkini mereka yang mementingkan penampilan kulit muda remaja.

Untuk tindak balas yang sempurna gunakan krim tersebut selepas aplikasi serum .

Keadaan kulit akan menjadi lebih sempurna selepas dua bulan penggunaannya dengan teratur.

Mereka yang terlibat dalam ujian mendapati produk tersebut menunjukkan kesan pada tiga tahap, penampilan kulit (menjadi lebih tegang dan cerah), tekstur (lebih rata) dan akhirnya, kulit menjadi lebih lembut.

Kebiasaannya, serum diguna sebelum memakai krim wajah yang lain.

Berbanding dengan krim biasa, struktur serum mestilah lembut dan halus. Bahkan, ia tidak perlu melekit dan berminyak untuk memudahkan aplikasi krim selepas itu.

One Essential menggunakan 21 aktif bahan yang dicampur dengan teliti.

Setiap bahan yang aktif mempunyai keunikan identiti dan struktur bahan kimia yang tidak dibenarkan digaul tanpa penyelidikan yang teliti. Lebih 100 formula digunakan untuk menghasilkan One Essential yang terbaik.

Bagi menghasilkan One Essential, pakar kecantikan Dior mengambil masa 14 bulan. Secara keseluruhannya, pasukan Dior mengambil masa 3,000 jam dan 250 ujian sebelum mengeluarkan produk ini.

Produk yang berkualiti tidak akan mengambil masa yang singkat kerana ia memerlukan lebih kurang sepuluh tahun kajian untuk mencari yang terbaik.

Berbeza dengan jenama lain, Dior mencipta rekod dalam menghasilkan ramuan serum ini. Ini termasuk 21 bahan biologi, 55 formula bahan dan mengandungi bahan yang memenuhi kadar perubatan yang ditetapkan.

Bahkan, Dior melakukan kajian di Jepun untuk memastikan serum ini sesuai untuk wanita Asia. Wanita Jepun percaya serum ini memberi kelembapan, merubah dan mampu mencantikkan kulit.

Bagi mencari serum yang sesuai, ramai pengguna sukar mencari serum yang mempunyai wangian yang harmoni. Justeru itu, Dior berusaha menggabungkan warna dan wangian serum untuk sesuatu yang lebih segar dan harmoni.

Alamilah keberkesanaan serum terunggul, Capture Totale One Essential di kaunter Dior berdekatan dan anda akan menerima analisis kulit and servis detoks yang percuma.

The Body Shop Vitamin C

Vitamin C serikan wajah

Wajah yang berseri adalah daripada kulit sihat yang mampu membias atau memantulkan cahaya 'dari dalam'.



Secara prinsipnya cahaya yang menembusi lapisan kulit akan dipantulkan semula dengan sempurna apabila kulit dalam keadaan baik, licin dan kelembapannya seimbang.

Pantulan cahaya yang dipantulkan sekata akan menzahirkan wajah yang cantik dan berseri-seri.

Cahaya tidak boleh menembusi kulit secara efektif jika ia kering atau berminyak. Pada kulit yang kering, lapisan sel-sel kulit mati akan memantulkan cahaya ke pelbagai arah menyebabkan wajah nampak kusam dan suram.

Begitu juga pada kulit yang agak matang, di mana pantulan cahaya tidak sekata kerana ia terperangkap pada garis-garis halus dan kedut.

Pengeluaran sebum berlebihan pada kulit berminyak pula membentuk lapisan yang menyekat permukaan kulit. Ia menghalang penyerapan cahaya. Sebaliknya cahaya dipantulkan terus dari permukaan kulit hingga membuatkan wajah kelihatan berkilat.

Apa pun keadaan tersebut bukan sesuatu yang tidak boleh diatasi. Malah dengan rawatan penjagaan kulit menggunakan The Body Shop Vitamin C, membantu mengembalikan keserian kulit, selain wajah kelihatan cantik, halus, sekata dan mengekalkan kelembapan.

Paling penting produk tersebut mengandungi vitamin C semula jadi bagi membantu memperbaiki kesihatan kulit dan mengembalikan seri wajah.

Sifat vitamin C yang merupakan antioksida semula jadi paling berkesan membantu melindungi kulit daripada radikal bebas akibat pencemaran alam sekitar dan asap rokok.

Vitamin C akan bertindak menuteralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit.

Rangkaian penjagaan kulit Vitamin C ini diperkaya dengan bahan semula jadi dikenali sebagai buah camu camu yang diperoleh dari hutan hujan Amazon.

Buah berwarna merah seperti ceri itu kaya dengan kandungan vitamin C, lebih tinggi daripada vitamin C dalam acerola yang dikenali sebagai superfood.

Untuk rangkaian penjagaan kulit The Body Shop Vitamin C itu, ia turut diperkaya dengan kandungan semula jadi lain seperti aloe vera, mentega shea dan minyak kacang Brazil.

Rangkaian ini mengandungi lapan produk istimewa iaitu, Radiant Skin Microdermabrasion dengan butiran halus berfungsi untuk pengelupasan lapisan kulit mati. Facial Cleansing Polish pula diperkaya dengan jojoba bagi membersih wajah dengan kandungan buah camu camu dan aloe vera yang menyamankan.

Ini diikuti dengan Energising Face Spritz, yang menyegar dan melembutkan kulit. Produk lain bersama rangkaian ini termasuk Facial Radiance Powder Mix, Facial Radiance Capsules, Skin Boost, Eye Reviver Duo dan Daily Moisturiser SPF30.