Cisco Connected Health : Penjagaan kesihatan tanpa sempadan

Bagi kebanyakan orang, mengunjungi doktor bukan sesuatu yang digemari. Justeru mereka seboleh-bolehnya cuba mengurangkan segala pengalaman yang tidak selesa. Tambahan pula, masyarakat kini lebih berpengetahuan dan pandai menilai, oleh itu semakin banyak yang diharapkan daripada penyedia penjagaan kesihatan. Pesakit mahu jaminan perkhidmatan perubatan yang tepat pada masanya, cekap dan berkualiti tinggi tanpa membayar harga yang tinggi untuk menikmatinya.

Hasilnya, penyedia penjagaan kesihatan hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran. Mereka perlu menguruskan kos pelaburan yang semakin tinggi bagi mendapatkan teknologi perubatan, prasarana dan pakar perubatan berpengalaman, dan pada masa yang sama menyediakan akses yang lebih luas kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan pada harga yang berpatutan secara cekap dan tepat pada masanya.

Sebagai peneraju dunia dalam rangkaian, Cisco melahirkan teknologi yang bakal membawa dimensi baru ke dalam penjagaan kesihatan dan seterusnya menangani cabaran tersebut. Rumusan Cisco Connected Health bermatlamat mempermudah komunikasi penjagaan kesihatan dan menambah baik kecekapan organisasi. Ini dilakukan menerusi rangkaian teknologi yang beroperasi tanpa batasan untuk menghubungkan pesakit dengan penyedia perubatan, pembayar dan organisasi sains hayat dengan lebih baik. Kemuncaknya, Cisco bermatlamat untuk membolehkan penyedia penjagaan kesihatan mengatasi cabaran ini dan menawarkan pesakit bukan saja dengan rawatan terbaik malah pengalaman terbaik.

Tatkala dunia semakin disambungkan menerusi Internet, sempadan fizikal dalam penyampaian penjagaan kesihatan mula lenyap. Pesakit hari ini tidak semestinya membuat perjalanan ke hospital apabila mereka perlu bertemu doktor. Langkah serupa boleh dilakukan dari keselesaan dan kemudahan di rumah. Ini dapat mengurangkan bukan saja kos perundingan tetapi juga isu seperti tempoh menunggu yang panjang, ketiadaan perunding kesihatan selepas waktu pejabat dan seterusnya menambah baik kecekapan perkhidmatan.

Satu lagi cabaran yang dihadapi oleh hospital hari ini ialah menyediakan penjagaan pasca pembedahan dan terapi kepada pesakit selepas discaj. Dr. Patrick Byrne, Pengarah Bersama Greater Baltimore Cleft Lip and Palate, telah melakukan lawatan tahunan ke tempat seperti Nicaragua untuk melakukan pembedahan bagi membetulkan bibir sumbing kanak-kanak. Beliau menggunakan persidangan web Cisco dan teknologi Cisco Jabber untuk menyediakan terapi pertuturan dan membuat panggilan maya kepada pesakitnya.

Langkah susulan yang mudah menerusi rangkaian dalam talian ini telah meningkatkan hubungan pesakit-doktor dan menambah baik hasil pembedahan dengan menghapuskan tekanan daripada proses susulan.

Berdepan dengan cabaran untuk menambah baik penjagaan pesakit dan pada masa yang sama meningkatkan produktiviti kakitangan jururawat mereka, hospital University of Colorado melaksanakan sistem panggilan jururawat Cisco Nurse Connect. Dengan rumusan ini, pesakit boleh menggunakan butang panggilan yang disambung terus kepada telefon IP tanpa wayar milik jururawat.

Pesakit juga boleh menggunakannya bagi melakukan tugas asas untuk diri sendiri seperti memesan makanan, mengubah kedudukan katil dan memanggil anggota keluarga.

Ini mengurangkan beban tugas jururawat terhadap tugasan mudah, membolehkan mereka memberikan fokus kepada hal-hal kesihatan pesakit yang lebih penting. Ia juga memperkasakan pesakit untuk melakukan tugasan mudah bagi diri mereka sendiri, sekali gus menambahkan dimensi psikologi kepada proses pemulihan mereka.

Cisco Medical-Grade menyediakan asas rangkaian yang membolehkan komunikasi data kesihatan yang boleh diharap, lancar dan terjamin dalam komuniti penjagaan kesihatan.

Ini membolehkan penyedia penjagaan kesihatan untuk menyepadukan sistem aliran kerja klinik mereka kepada aplikasi Cisco Jabber menggunakan kit pembangunan perisian Jabber yang mudah dilaksanakan. Ini membolehkan mereka untuk menyediakan penggabungan yang dipasang terus dalam proses aliran kerja.

Misalnya, apabila keputusan ujian kritikal diperoleh, pemberitahuan akan dijana secara automatik daripada sistem klinik kepada pekerja klinik bagi memaklumkan mereka mengenai keputusan ujian yang seterusnya disampaikan menerusi panggilan suara atau video.

Wawasan Cisco ialah untuk menjadikan rangkaian sebagai asas untuk mengubah cara perhubungan perolehan maklumat dan kerjasama sesama manusia untuk menambah baik penjagaan kesihatan. Teknologi Cisco membolehkan kerjasama dan kecekapan perniagaan pasukan penjagaan dan mempertingkatkan kualiti penjagaan, ke arah mewujudkan ekosistem dunia kesihatan tanpa sempadan.

Jika anda berminat untuk meneroka strategi dan inisiatif Cisco Connected Health, sila layari www.cisco.com/go/healthcare atau hubungi Cisco di uc_malaysia@cisco.com.