Diploma Pengurusan Sukan, KLIUC

Adakah anda peminat setia Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Piala Malaysia?. Adakah anda penyokong setia pasukan Manchester United, Liverpool mahupun skuad Harimau Malaya?

Sesekali mungkin ada memendam impian mahu beraksi bersama wira sukan dan walaupun ia mungkin sekadar angan-angan, namun anda masih boleh menceburkan diri di dalam karier berkaitan sukan melalui program pengurusan sukan di Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC).

Sekolah Sains Gunaan dan Pengajian Asasi (SASF) kolej itu menawarkan Diploma Pengurusan Sukan bagi melahirkan tenaga kerja berpengetahuan, berdaya saing dan berkemahiran untuk mengisi industri sukan tanah air.

Program ini direka untuk membentuk graduan yang mampu mengaplikasikan pengetahuan teori kepada kemahiran praktikal kerana hari ini, permintaan kepakaran dalam bidang pengurusan sukan sangat tinggi, bukan saja dalam negara bahkan antarabangsa.

Diploma Pengurusan Sukan menyediakan program bagi pelajar yang berkeinginan menceburkan diri dalam bidang pengurusan sukan, sukan profesional, pengurusan kelab sukan, pemasaran dan promosi sukan ataupun memiliki sendiri empayar perniagaan sukan.

Pelajar akan didedahkan dengan mata pelajaran seperti pengurusan kewangan dalam sukan, pengurusan sumber manusia dalam sukan, pengurusan informasi dalam sukan dan pengurusan strategik dalam sukan.

Selain itu, pelajar juga berpeluang mengasah bahasa Inggeris dan kemahiran berkaitan seperti asas keusahawanan dan penggunaan aplikasi perisian pejabat selain latihan industri dimasukkan ke dalam modul kurikulum untuk memberi pendedahan mengenai situasi pekerjaan sebenar.

Syarat kemasukan Diploma Pengurusan Sukan ialah tiga kepujian termasuk mata pelajaran Sains untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan O-Level manakala untuk Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC), syarat minimum adalah 3B.

Selain Diploma Pengurusan Sukan, KLIUC turut menawarkan program lain yang turut mendapat permintaan iaitu Diploma Sains Pertanian (Pengurusan Ladang), Diploma Bioteknologi, Asasi Sains dan Asasi Sastera.

Pengambilan sesi kemasukan Mac 2012 sedang dijalankan dan permohonan boleh dilakukan dengan hadir ke Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KLIUC setiap Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau melalui laman web www.kliuc.edu.my. Sila bawa bersama salinan sijil akademik, kad pengenalan, sijil berhenti sekolah serta RM50 bagi tujuan pemprosesan.

Maklumat lanjut, sila hubungi KLIUC beralamat di Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, Kajang, Selangor. Nombor telefon, 03-8738 3260 / 019-388 3435 (tempatan) dan 03-8738 3339 (antarabangsa).

INFO

Bagi lepasan sijil, KLIUC menerima apa jua bidang yang diluluskan Senat dengan syarat himpunan purata nilai mata (CGPA) 2.00