Ketua tukang masak mengawal dapur dan kakitangannya selain bertanggungjawab mencipta menu, memilih dan memesan bahan-bahan.
Ketua tukang masak yang hebat berkebolehan menilai bahan masakan dan menggunakan hanya yang terbaik. Mereka gemar bereksperimen untuk mencipta sajian terbaru.
Tapi menjadi seorang ketua tukang masak memerlukan kualiti kepimpinan membimbing pasukan dapur dan kemahiran organisasi supaya operasi berjalan lancar.
Ini akan membantu anda melayan pelanggan dan membina perhubungan dengan pemborong bahan mentah supaya anda mendapat hasil yang terbaik.
Apakah restoran terbaik di dunia? Menurut majalah 'Restaurant' senarai 'San Pellegrino World's 50 Best Restaurants' pada 2010, restoran itu ialah Noma di Denmark yang diuruskan ketua tukang masaknya, Rene Redzepi.
Redzepi mendapat pengalaman bekerja di restoran yang mendapat bintang Michelin seperti French Laundry dan el Bulli. Dia hanya berusia 25 tahun ketika memutuskan membuka Noma, sebuah restoran yang hanya menyajikan sajian Nordic - iaitu sajian dari Denmark dan beberapa tempat berhampirannya seperti Greenland dan Iceland.
Masalahnya, jenis masakan ini digemari ramai sedangkan orang Denmark lebih gemar makanan selatan Eropah seperti pasta.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Redzepi melawat kepulauan Atlantik Utara di sekitar Denmark dan beliau mendapat idea baru dalam masakan.
Dia menemui bahan unik dan baru seperti kupang kuda dan ketam laut dalam dari Pulau Faroe, rumpai laut dari Iceland dan musk ox dari Greenland.
Beliau membina rangkaian dengan petani tempatan, nelayan dan pengeluar makanan lain agar bahan-bahannya hanya datang dari kawasan sekitar. Beliau ke hutan berhampiran untuk mencari herba liar dan bunga untuk masakannya.
Keputusannya, bahan-bahannya mempunyai rasa unik dan berkualiti segar. Enak dan segar - ini adalah perkara yang paling penting untuk menjadi tukang masak berjaya!
Mulakan kerjaya anda dalam Hospitaliti & Pelancongan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).
Pelajar di bawah Fakulti Hospitaliti & Pelancongan boleh melanjutkan pengajian diploma dalam kursus Pengurusan Hotel dan Restoran, Pengurusan Hotel dan Konvensyen, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Hotel, Seni Kulinari dan Seni Pastri.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol 1800-88-5588 atau melalui SMS dengan menaip KLMU MAHTNAMA NEGERI dan hantarkan ke 36600. Juga lawati laman sesawang KLMUC di www.klmu.com.my.
KLMUC sedang mempromosikan peraduan `Life's a Trip' di www.discoveru.com.my. Sertai dan menang hadiah hebat!

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol 1800-88-5588 atau melalui SMS dengan menaip KLMU MAHT