Diskaun untuk diploma Kolej Twintech

TWINTECH International University College of Technology (Twintech) menyambut ulang tahun ke-19 penubuhannya April ini dan bagi meraikan sambutan itu, Twintech akan menurunkan yuran bagi semua program diplomanya di kampus Kelantan.

Kini, semua program diploma ditawarkan pada kadar yuran RM18,000 saja.

Ketua Pegawai Operasinya, Suhaimi Che Wel berkata, kajian semula yuran untuk kampus Twintech Kelantan membuktikan kesungguhan kolej itu membuka peluang lebih luas kepada pelajar di sekitar pantai timur mengikuti pendidikan tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

"Kita tidak mahu melihat ada lagi pelajar yang terpaksa melupakan hasrat menyambung pengajian kerana kekangan kewangan kerana harga yuran yang tinggi.

"Pengurangan ini mampu membuka pintu seluasnya kepada mereka yang ingin belajar kerana kos keseluruhan pengajian ditanggung pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) atau MARA.

"Pelajar akan mempunyai wang lebihan untuk meneruskan kehidupan di kampus manakala ibu bapa tidak perlu risau menyediakan wang saku tambahan," katanya.

INSPIRASI PROFESOR ISMAIL SALLEH

Kampus Twintech di Kelantan adalah inspirasi pengasas dan Naib Canselor pertama Twintech, Allahyarham Profesor Datuk Dr Ismail Md Salleh.

Sejak beroperasi pada 2005, ia adalah hasrat Dr Ismail yang juga anak kelahiran Kelantan melihat warga negeri itu maju dalam perlumbaan ilmu.

Sejak penubuhannya, Twintech Kelantan melahirkan 102 orang graduan daripada pelbagai disiplin pengajian dengan penawaran lapan program diploma dan dua ijazah sarjana muda.

Tiga kursus dari Faculty of Hospitality & Applied Management termasuk Diploma in Islamic Banking mendapat perhatian dengan statistik graduannya mudah mendapat pekerjaan.

Semua kursus mempunyai akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), pembiayaan dari PTPTN dan MARA serta laluan mudah menyambung pendidikan ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah.

MAHU MAJU LAGI

Usaha pembangunan berterusan Twintech Kelantan diperkukuhkan dengan pelbagai mekanisme termasuk meningkat kerjasama dengan rangkaian hotel di sekitar Kota Bharu untuk menempatkan pelajar praktikal, kerjasama dengan bank terpilih bagi mengeratkan pertalian industri, menggiatkan aktiviti kemasyarakatan di sekolah melalui ceramah dan bimbingan motivasi.

Twintech juga membuat persiapan pengenalan kursus baru Bachelor in Hospitality & Tourism Management khusus untuk memberikan laluan lebih mudah kepada lulusan diplomanya.

Ketahui lebih lanjut berkaitan program menarik di Twintech Kelantan serta kursus dan disiplin pelbagai peringkat dengan menghubungi 1-300-88-1200, telefon ke 019-6642 635 (Suhaimi) , 019-6241 585 (Azwan) atau layari laman web kami di www.twintech.edu.