Perancang majlis perkahwinan, Ren-da Bellezza (RB)
Bagi berminat membuat tempahan, RB boleh dihubungi melalui laman blog; http:// rendabellezza.blogspot.com dan di www.facebook.com/ Rendabellezzaweddings. Sebarang pertanyaan sila email ke rendabellezza@yahoo.com. Namun, pesan Eeidawati, sebaiknya lapangkan waktu untuk perbincangan susulan yang baginya mampu menjelaskan pelanggan perkembangan persiapan majlis perkahwinan.
-----------------
Kepayahan serta penat jerih menyiapkan majlis yang mengambil masa berbulan-bulan bagai lesap di angin lalu tatkala rekaan pelamin dipuji tetamu, susun atur meja pengantin meraih perhatian orang, bahkan barangan sekecil bunga telur juga menjadi bualan.
Untuk memastikan majlis berlangsung lancar, bukanlah mudah. Selain itu, bakal pengantin perlu peka dengan cita rasa terkini bermula pelamin, busana persalinan sehingga pemilihan aksesori sampingan misalnya, lampu, cenderamata buat tetamu dan sebagainya.
Pemilik syarikat perancang majlis perkahwinan, Ren-da Bellezza (RB), Eeidawati Abu Bakar ternyata arif dalam mengenal pasti cita rasa serta keperluan pelanggan.
Malah, ketika ditanya trend pelamin tahun ini, Eeidawati yakin konsep dramatik bakal mendominasi.
"Tahun ini, bakal menyaksikan kebangkitan semula French Vintage dan pelamin dengan sentuhan gemilang Bollywood. Ia diakui menelan belanja besar namun bagi mereka yang mahu merasai suasana serta impak serupa tetapi memiliki bajet kecil, konsep lakukan sendiri (DIY) boleh diusahakan," katanya kepada Hias.
Eeidawati berkata, perbincangan bersama pelanggan amat penting sebelum sesuatu tema perkahwinan ditetapkan.
"Pelanggan menetapkan konsep, kami membantu menghidupkannya melalui pelbagai sumber rujukan antaranya internet, majalah, pendapat orang sekeliling terutama mereka lebih pakar dalam bidang ini.
"Paling utama, perbincangan dua hala dengan bakal mempelai," katanya sambil menambah dia sering diminta tampil dengan idea `luar kotak' misalnya beg pakaian dihiasi potret dan kamera lama, gantungan piring hitam serta bingkai gambar mewarnai panel tempat mengabadikan gambar kenangan sebagai hiasan resepsi.
Eeidawati berkata, ada pelanggan memilih mempamerkan barangan vintaj seperti mesin taip lama dan telefon antik sebagai sebahagian hiasan sudut resepsi.
Beliau berkata, pengantin sekarang cenderung menetapkan tema tertentu untuk diikuti. Selain mengimpikan majlis lain dari yang lain, perkahwinan berkonsep dipercayai akan lebih menyuburkan ingatan mereka terhadap hari bahagia berkenaan.
"Lagipun, pengantin moden lebih terdedah kepada perkembangan dunia luar sekali gus rajin membuat kajian serta rujukan sendiri. Ibu bapa pula memberi kebebasan penuh kepada anak-anak menentukan hala tuju mereka sendiri.
"Berkat kesungguhan mengumpul, maka pelbagai konsep diajukan kepada kami untuk direalisasikan dan paling banyak permintaan pentas serta panel untuk bergambar, bunga tangan segar dan bufet gula-gula," katanya.
RB menawarkan pakej berharga serendah RM1550 manakala paling mahal pernah dikelolakan mencecah RM40,000. Keistimewaannya ialah setiap pelanggan dijanjikan hak ekslusif baik dari segi reka bentuk pelamin mahupun hiasan tambahan.
"Pelanggan diberi jaminan tiada ulang semula hiasan pelamin serta dekorasi berkaitan sekali gus menjadikan majlis perkahwinan lebih bermakna serta nostalgia untuk dikenang," katanya yang turut membenarkan pelanggan memilih sendiri jenis serta reka bentuk tempat duduk di pelamin.
Menyentuh gaya di meja, cita rasa majoriti pelanggannya banyak mengarah kepada gaya serta konsep kontemporari yang disifatkan segar selain mengikut peredaran semasa. Eksperimen warna garang simbolik musim panas seperti merah, jingga, kuning serta warna terang diiringi penggunaan bunga segar sesuai menggambarkan elemen kontemporari.
"Namun, supaya lebih menceriakan, diselitkan juga aksesori tambahan berupa tanglung berwarna-warni, bantal, riben dan pelbagai aksesori lagi," tambahnya yang gemar mengesyorkan pelanggan memilih bunga segar berdasarkan keupayaannya menaikkan seri majlis, mudah digubah selain dilihat eksklusif.
Ketika majlis dalam taman semakin menambat hati ramai, RB tidak ketinggalan menyediakan pakej yang sama. Namun, kata Eeidawati, pakar kaji cuaca perlu dirujuk bagi mendapatkan tarikh sesuai melangsungkan majlis berkenaan.
"Majlis perkahwinan dalam taman dianggap konsep tak lapuk dek zaman terutama bagi negara empat musim. Salah jika dianggap trend kerana ia sentiasa relevan khasnya bagi pengantin yang mengimpikan majlis perkahwinan santai dikelilingi alam semula jadi.
"Di negara kita, cuaca panas terik menjadi isu. Namun itu bukan faktor penghalang jika kena dengan lokasi dan persiapan. Bahkan, majlis pada sebelah malam dijangka mempesonakan menerusi kerlipan lampu lantera, lilin dan fairylight (lampu kelip)," ujarnya.
Panduan Persediaan Pengantin, boleh dapat info di sini