Kem Alami anjuran Planetarium Negara bermula 11 Mac

Kem Alami, 3 Hari 2 Malam
Murid sekolah rendah Tahun Empat hingga Enam dari seluruh negara dipelawa menyertai Kem Alami anjuran Planetarium Negara yang dijadual berlangsung selama empat hari bermula 11 Mac ini.

Kem tiga hari dua malam anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai konsep sains, khususnya sains angkasa.

Dengan bayaran serendah RM4, peserta akan dibahagikan kepada kumpulan untuk menyertai pelbagai aktiviti dalam dan luar kelas yang berbentuk interaktif serta hands on, eksperimen, rekreasi selain berpeluang meneropong planet Marikh.

Pendaftaran perlu dibuat sebelum 5 Mac dan keutamaan diberikan kepada peserta yang belum pernah menyertai kem sama sebelum ini kerana tempat terhad.

Pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-22735484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.