Novotel Kota Kinabalu 1Borneo

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo terletak di lokasi yang strategi di Lebuhraya Sulaman dan hanya mengambil masa 10 minit dari pusat bandar, Novotel Kota Kinabalu 1Borneo menjanjikan penginapan mewah, menyeronokkan dan kepuasan membeli-belah.

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo menawarkan 263 bilik dan suite dengan reka bentuk yang unik serta bilik luas dengan hiasan kontemporari menjanjikan keselesaan terbaik.

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo

Menerapkan reka bentuk serta gaya moden, setiap bilik dilengkapi akses jalur lebar Internet berkelajuan tinggi, televisyen skrin rata LCD, pemain DVD, kemudahan membuat kopi dan teh, peti sejuk mini, kotak keselamatan, pengiring rambut serta meja kerja yang luas dan selesa khusus buat pengunjung perniagaan.

Sementara itu, bilik jenis eksekutif suite pula menawarkan ruang lebih luas dan persekitaran selesa persis berada di rumah.

Suite yang dihiasi dengan seni kontemporari, permaidani mewah, fabrik dan perabot anggun, ia terbahagi kepada beberapa ruangan iaitu ruang tamu, ruang makan, kawasan bar, bilik kerja dan bilik tidur utama.

Suite di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo ini dilengkapi televisyen skrin rata LCD 52" dan pemain DVD di ruang tamu serta dua unit televisyen skrin rata LCD 40" di ruang kerja dan bilik utama.

Bilik air berasingan untuk tetamu, ruang makan untuk enam orang dan kawasan bar yang dilengkapi mesin kopi, microwave, dua mini bar serta kemudahan membuat kopi dan teh turut tersedia di semua bilik suite.

Jika ingin berehat dan bersantai, bilik suite mempunyai dua kerusi urut khas bagi menghilangkan ketegangan urat selain terapi.

Mahu berendam, kolam renang terletak di tingkat tujuh. Anda juga boleh merendam di jakuzi untuk tubuh yang menyegarkan.

Menjamu selera di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo cukup istimewa dengan tiga tempat makan yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda.

Di Restoran The Square anda ditawarkan kombinasi masakan Asia dan Barat.

Anda boleh memilih pelbagai makanan yang istimewa sebelum mengalihkan mata ke kaunter pembuka selera, kaunter salad, pastri serta pencuci mulut yang enak.

Terletak di tingkat satu, Le Millesime Lounge & Bar memberikan suasana santai buat pengunjung. Muzik jazz yang dimainkan memberikan ketenangan dan keselesaan. selain itu, ia lokasi ideal bagi yang mahu mengadakan mesyuarat tidak formal atau berehat selepas seminar dan mesyuarat yang panjang.

Penat berbelanja di pusat membeli-belah terbesar dan pertama di Borneo itu, menikmati secawan teh atau jus buah segar di Bonjour Cafe cukup menghilangkan keletihan.

Jika mahu mengadakan mesyuarat atau seminar, Novotel 1Borneo menawarkan tiga bilik mesyuarat yang dilengkapi dengan kemudahan audio visual yang canggih selain memuatkan hingga 240 orang.

Terletak di tingkat dua, anda boleh mendapatkan sokongan kesetiausahaan bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar.

Bagi yang ingin ke pusat bandar Kota Kinabalu, bas ulang-alik disediakan secara percuma.

Ia hanya mengambil masa 10 minit dari pusat bandar dan 25 minit dari Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu selain terletak bersebelahan pusat membeli-belah terkemuka di Sabah.

Untuk keterangan lanjut, layari www.accorhotels.com/Novotel-Malaysia