Program ditawarkan Management & Science University (MSU)

Pertumbuhan pesat industri hospitaliti dan pelancongan antarabangsa bukan hanya menjana pendapatan tetapi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negara yang terbabit dalam industri berkenaan, lebih-lebih lagi industri pelancongan menjadi penyumbang ketiga terbesar pendapatan negara.

Menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), sektor pelancongan menjadi salah satu sektor utama Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang turut menyumbang kepada ekonomi negara.

Mengikut statistik Kementerian Pelancongan Malaysia pada 2010, bilangan ketibaan pelancong ke negara ini direkodkan seramai 24.6 juta pelancong dengan perolehan berjumlah RM56.5 bilion.

Ini ditambah dengan sasaran kerajaan meletakkan Malaysia dalam senarai sepuluh negara teratas dikunjungi pelancongan global, selain menyediakan dua juta peluang pekerjaan menjelang 2015.

Fenomena ini menggambarkan prospek industri pelancongan di negara ini akan terus berkembang dari semasa ke semasa, selain memenuhi permintaan terhadap tenaga modal insan mahir sebagai sokongan dan seiring perkembangan industri pelancongan negara.

Selaras dengan permintaan tinggi dan masa depan cerah dalam kerjaya ini, Management & Science University (MSU), sebuah institusi pengajian tinggi berkaliber serta mendapat pengiktirafan antarabangsa menawarkan program hospitaliti dan pelancongan untuk memenuhi keperluan terhadap tenaga kerja mahir.

Bidang pengajian peringkat sarjana muda dan diploma yang ditawarkan seperti Hospitality & Tourism Management, Event Management, Culinary Arts, Outdoor, Leisure & Adventure Management dan Public Relations and Entertainment Management.

Pendidikan tinggi berkualiti menjamin pekerjaan baik, justeru, MSU menawarkan program pengajian yang menjamin perkembangan kemahiran insaniah melalui pengalaman pembelajaran menyeluruh untuk kebolehpasaran pelajarnya.

Menggunakan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor-mentee, pelajar dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang selain suasana pembelajaran kondusif memberi bonus kepada pelajar.

Di MSU, pelajar juga didedahkan kepada persekitaran kerja sebenar dan diwajibkan menjalani enam bulan program latihan industri di organisasi pilihan bergantung kepada pengkhususan mereka dan pihak universiti turut menjemput profesor pelawat dari universiti tempatan atau luar negara bagi membolehkan pelajarnya mendapat lebih pendedahan mengenai isu semasa.

Pelajar turut berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat antarabangsa melalui Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa (ISEP).

Melalui ISEP, pelajar mempunyai pilihan untuk mendapat pendedahan antarabangsa menerusi rakan universiti MSU di lebih 40 buah universiti di seluruh dunia seperti di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Republik Czech, Poland, New Zealand, India, dan Indonesia.

Untuk maklumat lanjut program Hospitaliti atau program lain ditawarkan MSU, hubungi Jabatan Kaunseling & Komunikasi di talian 03-5521 6868 atau SMS dengan menaip MSUINFOnama ke 019-3419152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my.