Mudah.my selamat dengan PayPal

Membeli belah secara talian semakin menjadi lumrah di negara ini apabila semakin banyak syarikat yang wujud saling bersaing dalam menawarkan produk di atas platform itu.

Bagi meningkatkan kemudahan bayaran bertaraf antarabangsa, Mudah.my bekerjasama dengan PayPal, penyedia pembayaran atas talian untuk menyediakan aspek keselamatan terbaik kepada pengguna.

Pengurus Besar Mudah.my, Shylendra AS Nathan, berkata pengiklan, pembeli dan penjual kini boleh menguruskan transaksi dengan lebih selamat dan yakin menerusi PayPal.

Pada masa yang sama, mod keselamatan PRO Niaga berjaya meningkatkan pengurusan strategik Mudah.my bagi memberi peluang kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) dengan ciri-ciri tambahan.

"Perkhidmatan terbabit membolehkan peniaga ini membina 'storefront' maya dan mengiklankan produk dan perkhidmatan dengan kos yang sederhana. Hampir 20,000 mendaftar storefront Pro Niaga bagi menjamin perniagaan jangka panjang dengan Mudah.my," katanya.

Kajian comScore1 mendapati, Mudah.my berada di kedudukan tertinggi bagi laman jual beli atas talian tempatan dan menerima hampir 3 juta pengunjung unik setiap bulan.

Pengurus Besar PayPal Asia Tenggara, Mario Shiliashki, berkata budaya jual beli atas talian semakin meningkat di Asia dan Mudah.my antara pilihan terbaik pengguna.

"PayPal menawarkan keselamatan maksimum kepada 81 juta lebih pemegang akaun aktif menerusi ukuran keselamatan termasuk data enkripsi dan pemantauan transaksi 24/7," katanya lagi sambil menambah bahawa akaun pengguna dilindungi daripada berlakunya sebarang pembayaran tidak sah.

Bagi mereka yang mahu belajar berjual-beli di Mudah.my sekaligus menjana pendapatan lumayan di portal Mudah.my, anda boleh belajar teknik-teknik berkesan menjual dan memasarkan produk anda dengan membaca buku Rahsia Lubuk Duit Di Mudah.my

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini atau banner link di bawah.