Kolej PTPL menawarkan Diploma Pengurusan

Sebelum meneliti dengan lebih mendalam konsep pengurusan secara menyeluruh, eloklah seseorang itu memahami dengan lebih jelas mengenai organisasi dan ciri-cirinya.

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang membabitkan satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat. Ia sering kali merangkumi penggunaan sumber manusia, kewangan dan teknologi serta alam semula jadi.


Menyedari permintaan tinggi dalam kerjaya ini, Kolej PTPL menawarkan Diploma Pengurusan yang berada di bawah Sekolah Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional. Program itu melahirkan pelajar yang mampu menyumbang kepada keperluan negara untuk melahirkan tenaga kerja dalam bidang pengurusan yang peka kepada persaingan di peringkat tempatan dan global.

Dengan kelayakan asas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, keutamaan diberikan kepada pelajar yang mendapat kepujian dalam subjek Sains dan Matematik atau sijil lain yang diiktiraf.

Graduan diploma PTPL berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah di Management & Science University (MSU) melalui Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP), pelajar boleh membuat pindahan kredit ke tahun dua pengajian di MSU ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara.

Selain daripada Diploma Pengurusan, terdapat pelbagai program di bawah Sekolah Pengurusan Perniagaan & Pengajian Profesional antaranya Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Modal Insan, Diploma Pemasaran, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Diploma Pengurusan Peruncitan dan Diploma Perguruan. Sementara bagi yang berminat untuk mengikuti program di peringkat Sijil mereka mempunyai pilihan untuk Sijil Pengurusan Perniagaan dan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak.