Dr Jism bantu rawat darah tersumbat

Orang kata, pada zaman moden ini, semuanya mudah, malah tenaga manusia tidak diperlukan apabila digantikan dengan mesin dan robot.

Namun, seiring arus pemodenan, semakin ramai dalam kalangan kita yang mencari penawar pelbagai penyakit yang berpunca daripada faktor tekanan.

Selain itu, pemakanan tidak seimbang dan amalan kurang bersenam menyebabkan ramai mula ditimpa penyakit kronik walaupun usia belum menjengah 40-an.


Ini diburukkan lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti amalan merokok dan kurang mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan.

Justeru, tidak hairan jika ada rakan sepejabat mendapat angin ahmar, darah tinggi atau kolesterol tinggi.

Menyedari keperluan masyarakat terhadap produk kesihatan berkualiti dan murah, Al-Jabbar Group, syarikat milik Bumiputera yang mengeluarkan produk kesihatan, memasarkan terapi elektrostatik, Dr Jism.

Terapi ini memiliki beberapa fungsi istimewa bagi merawat pelbagai jenis penyakit, antaranya voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Melalui kaedah getaran, terapi elektrostatik ini memecahkan lemak dan salur darah yang tersumbat lancar.

Dalam kes pesakit berkaitan saraf yang menyebabkan tangan menggeletar, Dr Jism menyembuhkan masalah itu dan pesakit pulih seperti sedia kala.

Malah, pesakit dapat tidur lebih nyenyak pada waktu malam dan berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat.

Begitu juga bagi pesakit berkaitan gula dalam darah, selepas i menggunakan terapi ini, bacaan gula menurun dan tekanan darah tinggi stabil.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Mohd Kamaruzaman Che Hussain berkata, terapi itu adalah kaedah rawatan moden bagi membantu orang ramai lebih sihat.

Beliau berkata, terapi itu tidak memberi mudarat kepada pengguna walaupun ia menggunakan arus elektrostatik.

"Kita sentiasa memberi keutamaan aspek keselamatan pengguna, malah sebelum produk dikeluarkan, kajian dan testimoni dilakukan," katanya.

Info

* Layari laman web, www.aljabbargroup. com untuk info terkini mengenai produk kesihatan Al Jabbar.

* Hubungi talian 016-9078023, 013-3137288 dan 012-9755218 untuk maklumat lanjut.

* Untuk membeli produk kesihatan Al Jabbar atau mendapatkan kaunseling kesihatan, sila datang ke ibu pejabatnya di No 12, Jalan Prima Suajana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

* Pusat pameran Al Jabbar menjual pelbagai produk kesihatan, antaranya Dr Jism, Family Dr, Air Aura, Dr Jabbar, Master Filter dan Tonik Hati. Ia di buka dari jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.