Rumpai laut ALGOLD - Kebaikan kesihatan - ALGOLD SEAWEED dan WINDZ

Rumpai laut ALGOLD mempunyai banyak khasiat dan makanan kesihatan yang sempurna. Ia adalah sebahagian daripada makanan asas penghuni pulau dan penduduk yang tinggal berdekatan pantai.

Orang Jepun mengamalkan pemakanan rumpai laut dengan penuh yakin dan hidangan rumpai laut dibangunkan dengan pesat sekali. Rasa dan seratnya menambah keenakan dan keistimewaan makanan Jepun dan menjadi semakin diminati di Barat.

Seperti namanya, rumpai laut ialah sejenis alga yang membiak dalam air laut. Di Malaysia, Rumpai laut ALGOLD (Algold Seaweed) dikeluarkan oleh syarikat Pitaberry Sdn Bhd untuk pasaran tempatan dan juga eksport. Produk ini mendapat pasaran meluas dan pemakanan rumpai laut dianggap sama tinggi permintaannya seperti sarang burung.

Pengarah Urusan Syarikat Pitaberry Sdn Bhd, En Raymond Chong menyatakan bahawa ALGOLD SEAWEED juga dikategorikan sebagai produk untuk jagaan kulit dan kecantikan kerana mempunyai sifat pelembap dan nyah toksik. Tambahan lagi, ia kaya dengan colloids, zat besi, kalsium, vitamin A, E, K, B kompleks dan beberapa bahan galian lain.

Memandangkan ia wujud dalam bentuk colloids, ia mudah diserap oleh sel-sel badan yang melembapkan kulit anda untuk kelihatan awet muda. Pemakanan ALGOLD SEAWEED dalam jangkamasa panjang membantu pembangunan kanak-kanak, mengurangkan keletihan, menguatkan daya imunisasi, mencegah kemerosotan fungsi organ manusia yang disebabkan oleh proses penuaan, mencegah pereputan tulang dan meningkatkan kekuatan tulang.

Presiden Asian Alliance of Advancement (Kesatuan Kemajuan Asia), Myocho Khan, bersetuju bahawa pemakanan rumpai laut bukanlah sesuatu yang baru memandangkan ia telah dianggap makanan sempurna sejak zaman silam lagi. Beliau juga menyatakan bahawa Universiti Malaysia Sabah adalah pendahulu dalam pembangunan makanan daripada rumpai laut. Hasil kajian menunjukkan bahawa rumpai laut adalah sumber zat besi, kalsium, vitamin A,E, K, B kompleks, asid folik dan banyak lagi zat-zat lain. Ia juga mempunyai sebanyak 56 galian yang dapat membantu melawan penyakit gaya hidup moden.

"Rumpai laut Algold sedap rasanya dan adalah rakan makanan terbaik untuk sambal dalam nasi lemak, rojak, ulam, Yee-Sang, salad, ais kacang, sup dan banyak lagi," ujar Encik Raymond Chong

Ia mudah disediakan dengan hanya mengikut arahan pada pek bungkusan yang dibeli.

ALGOLD SEAWEED boleh dihidangkan sebagai makanan sejuk bersama sos kegemaran anda ataupun boleh dimasukkan dalam hidangan lain yang telah anda sediakan. Rasa rumpai laut ALGOLD sangatlah enak dan menambah dimensi baru dalam hidangan anda.

Dalam penyajian kepada mereka yang sibuk, rumpai laut ALGOLD juga dicampurkan dengan senarai minuman jenama Windz. Ia boleh didapati dalam pelbagai rasa seperti oren, epal, dan campuran manggis, delima dan anggur.

En Raymond Chong menjelaskan, minuman Windz adalah pemulih dahaga yang sangat berkesan dan pada masa yang sama dimuatkan dengan zat yang diperlukan untuk kesihatan.

"Produk ini boleh didapati di restoran dan juga pasaraya seperti My Agro Hypermart (MAEPS),Carrefour, Jusco dan lain-lain. Seterusnya, rumpai ALGOLD akan boleh didapati di rak-rak seperti di pasaraya Mydin, Giant, Tesco dan lain-lain lagi," katanya.

ALGOLD SEAWEED dan WINDZ sedang menjadi pilihan ramai di seluruh pelusuk negara ini. Pasaran seperti di Brunei, China, Kepulauan Re-union Perancis, United Kingdom dan lain-lain Negara telah juga menunjukkan minat dalam produk rumpai laut ini. Dalam perkembangan berterusannya, Syarikat Pitaberry juga sedang melantik pengedar yang sah di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Iris / Jia Ling di talian 03-8944 1199 ataupun layari laman web syarikat di www.pitaberry.com.