Menyedari kepentingan peranan setiausaha guaman dalam firma selain memenuhi permintaan semasa terhadap pekerjaan itu, Akademi Miraj menawarkan kursus latihan kemahiran dalam bidang berkenaan kepada pelajar lepasan sekolah menengah.
Akademi Miraj satu-satunya pusat latihan diiktiraf Kementerian Sumber Manusia Malaysia yang memberi `Jaminan Penempatan Kerja' kepada 120 pelatih kursus itu.
Seramai 80 pelatih kursus Sekretari Guaman pusat itu sudah selesai menjalani latihan pekerjaan dan latihan amali dengan rakan kongsi Akademi Miraj iaitu firma guaman di Lembah Klang.
Pelatih terbabit turut diberi elaun bulanan RM600 oleh firma guaman berkenaan yang jelas menunjukkan kerjaya dalam bidang itu mencabar selain mampu menyediakan pendapatan tinggi.
Pengerusi Akademi Miraj, Datuk Abdul Hamid Said berkata, banyak dokumen berkaitan kes perundangan membabitkan terma tersendiri dan hanya orang mahir dalam bidang itu sahaja dapat melakukannya.
"Akademi Miraj memahami situasi sebenar firma guaman dan peguam sangat memerlukan setiausaha guaman mahir untuk membantu menjalankan tugas harian," katanya.
Menurutnya, seorang peguam memerlukan lebih daripada seorang setiausaha guaman untuk membantu tugasan dan situasi itu menunjukkan terdapat peningkatan permintaan terhadap lulusan bidang berkenaan.
"Dianggar 15,000 peguam berdaftar dengan Majlis Peguam Negara dan antara 2,000 hingga 3,000 graduan undang-undang memasuki alam pekerjaan setiap tahun," katanya.
Pengarah Akademi Miraj, Noreena Abdul Hamid (gambar) berkata, walaupun pelatih pusat latihan itu belum tamat kursus, pekerjaan sudah menanti mereka dan keistimewaan itu tidak didapati dalam kursus lain.
"Pelatih ini mampu melakukan tugasan yang lebih ke arah perundangan seperti merekod dan mengemaskini minit mesyuarat bersama pelanggan, mengendalikan kajian kes mahkamah, menyediakan rekod rayuan kes serta mengurus diari peguam," katanya.
Menurutnya, pelatih kursus berkenaan dilatih pengajar bertauliah yang mahir selain berpengalaman luas dalam bidang perundangan bagi menjamin mutu latihan.
"Akademi ini juga menyiapkan pelatih kami dengan pelbagai subjek tambahan yang boleh diguna pakai secara percuma. Selain itu, pekerjaan ini juga diperlukan di semua agensi kerajaan dan industri berkaitan," katanya.
Pembiayaan untuk kursus ini disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan terdapat juga tajaan kerajaan serta badan berkanun bagi pelatih yang berkelayakan.
Pengambilan pelajar bagi kursus Sekretari Guaman dibuka untuk kemasukan April/Jun 2012 dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-42707428 atau layari laman web www.miraj.com.my.