Kumpulan Merakbiru (MBG) adalah pengeluar barangan kemas 999 (24k) dan 916 (22k) tempatan yang menawarkan harga terbaik dan berdaya saing dikalangan pengeluar emas tempatan.
Pengarah Operasi MBG, Fazli Abdullah berkata, MBG memberi jaminan harga yang ditawarkan adalah yang terendah di pasaran tempatan dan ini memberi kelebihan kepada pengedar MBG dan secara tidak langsung harga yang ditawarkan kepada pembeli menjadi lebih murah.
"Produk yang terdapat di MBG ialah barang kemas 999 (24k), barang kemas 916 (22k), syiling emas nabi "Ulul Azmi", jongkong 999.9 dan yang terbaru goldbar 1 gram," katanya.
Fazli menyatakan terdapat permintaan yang mendadak terhadap produk berkenaan sebagai contoh syiling emas nabi "Ulul Azmi" akan berada di pasaran United Kingdom dan Australia pada awal Mac dan produk mampu milik goldbar 1 gram dihasilkan atas permintaan golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang ingin menjadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan.
"Dalam situasi harga emas dunia kini mengalami kenaikan dan penurunan yang tidak menentu, terdapat syarikat yang tidak dapat memenuhi permintaan pengedarnya tetapi situasi ini tidak berlaku di MBG di mana kami memberi jaminan stok sedia ada sentiasa," katanya.
MBG juga menyediakan seminar dan bengkel kerja secara percuma dan berterusan yang bukan saja memberi penerangan dan maklumat berkaitan emas semata-mata, tetapi merangkumi asas perancangan kewangan, pemasaran, hartanah dan saham.
Ini bersesuaian dengan ekonomi semasa yang lebih mencabar dan MBG meletakkan emas sebagai salah satu teras dalam sistem ekonomi.
MBG menekankan perkhidmatan yang terbaik, oleh itu MBG menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada semua pengedar yang diuruskan oleh individu yang berpengalaman dalam bidang ini. Secara tidak langsung segala permasalahan yang berkaitan dengan emas boleh dijawab dan diuruskan secara terus.
Pengedar MBG juga berpeluang menerima insentif jika berjaya mencapai sasaran syarikat. Insentif yang ditawarkan berupa emas, mengerjakan umrah dan melancong keluar negeri. Insentif ini untuk memberi dorongan kepada pengedar supaya lebih kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan perniagaan yang mereka sertai.
Pengedar yang berdaftar dengan MBG hanya perlu melayari laman sesawang www.merakbiru.com.my untuk membuat tempahan secara online pada bila-bila masa (Isnin-Jumaat 24 jam) dan harga di MBG bergerak setiap 40 saat. Ini adalah salah satu kemudahan dan keistimewaan dari MBG.
Kepada yang berminat untuk menyertai MBG, sila daftar di www.merakbiru.com.my atau untuk keterangan lanjut, boleh hubungi 012-932 4766, 012-646 2084, 012-679 7844 atau 012-943 0633. Anda juga boleh mengikuti maklumat dan perkembangan terkini mengenai MBG di laman sosial www.facebook.com/MerakBiruGroup.