Kolej PTPL mengambil inisiatif menawarkan kursus perakaunan sebagai salah satu platform melahirkan pakar profesional dan berkaliber.
Membuka peluang kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia dan Vokasional (SPM/SPMV), mereka akan mendalami perakaunan peringkat asas sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah atau kursus profesional seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).
Program itu mengandungi semua kursus perakaunan diperlukan pasaran seperti kewangan, pengkosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan.
Pelajar juga didedahkan dengan latihan teori dan praktikal sebagai persediaan memasuki komuniti perniagaan dan mengaplikasi ilmu menggunakan sistem manual dan komputer.
Program ini direka khusus bagi melahirkan graduan bertaraf profesional global bagi mengisi kekosongan jawatan pelbagai peringkat yang diperlukan industri.
Untuk mengikuti program diploma selama tiga tahun ini, pelajar perlu mempunyai tiga kepujian dalam mana-mana subjek SPM dengan keutamaan Matematik dan Sains.
Mereka yang berminat juga tidak perlu gusar mengenai yuran pengajian kerana pelbagai pinjaman disediakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain Kolej PTPL melalui Anugerah Presiden PTPL dan institusi perbankan tempatan.