Intellinus Classmate PC : Notebook + Tablet PC

INTELLINUS Classmate PC adalah kombinasi Notebook dan Tablet PC hasil teknologi Intel yang dilancarkan di New York, Amerika Syarikat. Ia digunakan secara meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Sepanyol, Perancis, Portugal, Itali, Jerman, Turki, Jepun, China, Korea dan negara-negara Arab. Di Asia Tenggara, Malaysia merupakan pengguna utama komputer riba ini terutamanya di dalam bidang pendidikan yang selari dengan transformasi pendidikan negara.


Gabungan komputer riba dan tablet PC ini mampu berfungsi secara touch screen, ia dilengkapi dengan pelbagai perisian hasil teknologi daripada Intel. Selain dilengkapi skrin yang boleh dipusing mengikut keselesaan pengguna, ia juga mempunyai kamera berpusing yang boleh berfungsi seperti CCTV dan boleh merakam selama 99 jam tanpa henti, pen stylus untuk menulis di atas skrin dan mempunyai bateri yang mampu bertahan sehingga 4 jam.

Apa yang menarik, Intellinus Classmate PC telah membuktikan ketahanannya apabila ia masih boleh berfungsi seperti komputer biasa walaupun skrinnya telah pecah akibat terjatuh pada ketinggian 30 kaki malah ianya masih mampu melindungi dokumen-dokumen yang tersimpan di dalamnya. Ini bermakna, komputer ini sangat sesuai untuk semua peringkat usia iaitu dari 3 tahun dan ke atas. Jika dibandingkan dengan teknologi telefon pintar (smartphone) masa kini, Intellinus Classmate PC adalah lebih berbaloi digunakan kerana ianya tidak hanya terhad bagi kegunaan internet dan permainan sahaja, malah lebih daripada itu terutamanya bagi tujuan pembelajaran.

Selain itu, ia dilengkapi dengan perisian khas Intellinus yang mana tidak ditawarkan oleh mana-mana produk komputer di Malaysia. Antaranya, perisian untuk literasi dan numerasi yang terdiri daripada pelbagai bahasa iaitu Bahasa Arab, Mandarin, English (US), English (UK) , English (CA), France (CA), France (FR), German, Greek, Itali, Japan, Korea, Polish, Portugis (BR), Portugis (PT), Rusia, Spanish (MX), Spanish (ES) dan Turki. Perisian ini mampu membantu pembelajaran kanak-kanak untuk membaca dan mengira dengan cara yang lebih cepat dan berkesan.

Tambahan itu, bagi memenuhi permintaan dan keperluan semasa di Malaysia, Intellinus Sdn. Bhd. telah menambah perisian Kamus Pro yang mampu menterjemahkan ayat dan perkataan kepada lebih 30 bahasa di dunia. Terjemahan yang dilakukan juga turut boleh didengar sebutannya oleh pengguna. Perisian ini mampu membantu penuntut IPTA / IPTS dan juga pelajar-pelajar sekolah membuat tugasan, malah ia juga sesuai digunakan oleh golongan yang bekerja. Perisian Kamus Pro ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat terjemahan malah, mempunyai pelbagai kelebihan seperti, mempunyai pautan ke akhbar online, memaparkan format penulisan surat rasmi serta tak rasmi, koleksi-koleksi kertas soalan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, komputer ini turut dilengkapi dengan perisian Windows Journal yang membolehkan pengguna menulis menggunakan pen Stylus di atas skrin komputer. Perisian ini merupakan pengganti buku nota kerana pengguna boleh membuat catatan dan menyimpannya (save) di dalam komputer, mencetak (print) atau menghantar e-mail melaluinya. Perisian ini bukan sahaja boleh memilih warna dan saiz pen yang dikehendaki malah pengguna boleh menetapkan warna latar dan saiz pemadam yang dikehendaki. Perisian ini kebanyakannya digunakan oleh golongan pelajar IPT ketika di dalam bilik kuliah kerana mampu menjimatkan penggunaan kertas. Bagi golongan bekerja pula, kebanyakan mereka menggunakannya ketika menghadiri mesyuarat atau seminar.

Antara perisian tambahan lain yang turut disertakan oleh Intellinus Sdn. Bhd. ialah perisian literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi (Matematik), IQRA', Al-Quran 30 Juzuk, panduan solat-solat wajib dan sunat, panduan haji dan umrah, himpunan doa, Artage(perisian melukis),Skype, Antivirus Avira, Yahoo Messenger, Microsoft Office 2007 dan banyak lagi.

Intellinus Sdn. Bhd. kini menawarkan harga promosi bagi penuntut IPTA / IPTS, murid-murid sekolah, pensyarah dan guru-guru bernilai RM899 seunit. Tawaran ini sah sehingga 30 April 2012. (tidak termasuk kos pemasangan Windows 7 dan penghantaran). Selepas daripada tarikh promosi ini, Intellinus Classmate PC bernilai RM1,799.00 seunit di pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.intellinus.com.my. Untuk tempahan, dan pertanyaan sila hubungi telefon / sms 017-2494449 atau 019-4471721 atau 011-15756926. Kami turut mempelawa usahawan dan bakal-bakal usahawan untuk menjadi pengedar sah kami di seluruh negara.